10 episodes

Sukan Malaysia sememangnya penuh dengan kisah suka & duka. Ada juga cerita di sebalik cerita, yang mungkin masih tersimpan sebagai antara misteri di kalangan peminat sukan negara. Nota Kaki merungkai epilog & enigma yang mewarnai medan sukan Malaysia.

Nota Kaki Radio Arena ASTRO ARENA

    • Sport

Sukan Malaysia sememangnya penuh dengan kisah suka & duka. Ada juga cerita di sebalik cerita, yang mungkin masih tersimpan sebagai antara misteri di kalangan peminat sukan negara. Nota Kaki merungkai epilog & enigma yang mewarnai medan sukan Malaysia.

    NOTA KAKI EPISOD 10 - ODISI PARTISAN : SAKSI SEJARAH DI TANAH SEBERANG

    NOTA KAKI EPISOD 10 - ODISI PARTISAN : SAKSI SEJARAH DI TANAH SEBERANG

    Gelora Bung Karno. 

    Buat mana-mana rakyat Malaysia, stadium keramat warga Jakarta ini dilihat ibarat medan perang. Tetapi buat Alfadli Awaluddin, lawan tetap lawan. Berbekalkan emosi, jiwa dan Jalur Gemilang, Alfadli menembusi Gelora Bung Karno untuk melihat Malaysia mencipta sejarah di pentas Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Masuk sebagai Alfadli, keluar sebagai Rambo. Ini kisah individu yang mencetus revolusi budaya sokongan bolasepak di Malaysia.

    • 29 min
    NOTA KAKI EPISOD 9 - HIKAYAT ZIYAD : NEGARAKU DI BUMI RIO

    NOTA KAKI EPISOD 9 - HIKAYAT ZIYAD : NEGARAKU DI BUMI RIO

    Ziyad Zulkifli melakar sejarah apabila menyumbang pingat emas buat Negara menerusi acara lontar peluru di Sukan Paralimpik 2016. Bermula di dapur, menyajikan sajian Char Kuetiau, akhirnya berdiri di puncak podium di bumi Amerika Selatan, serta mencipta 2 kali rekod dunia. Ini bukan dongeng penglipurlara. Ini Hikayat Ziyad Zulkifli : Negaraku di Bumi Rio.

    • 24 min
    NOTA KAKI EPISOD 8 - ABANG JAGO MALAYA : KEJUTAN DI JALAK HARUPAT

    NOTA KAKI EPISOD 8 - ABANG JAGO MALAYA : KEJUTAN DI JALAK HARUPAT

    2 jaringan Safawi Rasid memastikan tiada apa yang mustahil untuk skuad kebangsaan menamatkan kemarau kemenangan selama 44 tahun di tangan Korea Selatan yang turut dibintangi pemain Piala Dunia Son Heung Min dalam temasya Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

    • 21 min
    NOTA KAKI EPISOD 7 - CHUA BOON HUAT "I SEE YOU LATER"

    NOTA KAKI EPISOD 7 - CHUA BOON HUAT "I SEE YOU LATER"

    Chua Boon Huat telah meninggal dunia pada tanggal 1 Ogos 2013. Satu kehilangan yang besar untuk Skuad Hoki Negara. Mengenang jasa "Ah Boon" dengan detik-detik akhir yang dikongsi oleh teman seperjuangan mendiang. Terima Kasih Chua Boon Huat

    • 30 min
    NOTA KAKI EPISOD 6 - DISORIENTASI : KELANA TANPA KONKLUSI

    NOTA KAKI EPISOD 6 - DISORIENTASI : KELANA TANPA KONKLUSI

    Selepas kontrak di India ditamatkan lebih awal, Stanley Bernard cuba nasib di Indonesia, tapi kekacauan politik yang berlaku memusnahkan semuanya. Walaupun menyertai pemilihan bermula di Persibo Bojonegoro, Putra Samarinda sehingga Persiba Balikpapan, mereka buat keputusan untuk tidak mengambil Stanley atas faktor keselamatan.

    Stanley terpaksa berlindung 5 hari di Kedutaan Malaysia sehinggalah dapat tiket untuk pulang ke Malaysia dengan selamat.

    • 25 min
    NOTA KAKI EPISOD 5 - SEMONGKO : EMAS JAKARTA YANG KEREN BANGET

    NOTA KAKI EPISOD 5 - SEMONGKO : EMAS JAKARTA YANG KEREN BANGET

    Skuad Takraw Malaysia berjaya menamatkan kemarau 24 tahun emas Sukan Asia bagi acara regu apabila melakukan keajaiban bangkit selepas tewas set pertama 18-21 kepada tuan rumah, Indonesia. Di set kedua, pada detik Malaysia ketinggalan 11-15, regu Malaysia bangkit meraih 11 mata paling keren untuk menang set kedua 22-20 dan muncul juara apabila menang set penentuan 21-11.

    Pertukaran tekong, pergeseran dengan keputusan berat sebelah wasit , dan serangan psikologi tuan rumah antara kenangan manis yang pasti terpahat diingatan Abdul Talib Ahmad, Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Azlan Alias, Farhan Adam dan Norhafizi Abdul Razak di bumi Palembang.

    • 23 min

Top Podcasts In Sport

The Rest Is Football
Goalhanger Podcasts
Whateley
SEN
SEN Breakfast
SEN
Football Weekly
The Guardian
The Howie Games
LiSTNR
Bizarre with Mick Molloy and Titus O’Reily
Sport Bizarre