531 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead

FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳

FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/
IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitab
YouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv
TikTok: tiktok.com/@legasi.tv
Blog: https://legasitv.blogspot.com/

LEGASI.tv Podcast Richard Angelus

    • Religion & Spirituality

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead

FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳

FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/
IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitab
YouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv
TikTok: tiktok.com/@legasi.tv
Blog: https://legasitv.blogspot.com/

    Lukas 14:25-35 Pertimbangkan Dahulu... SEBELUM Menjadi Murid Yesus Mesias

    Lukas 14:25-35 Pertimbangkan Dahulu... SEBELUM Menjadi Murid Yesus Mesias

    Apabila Yesus Mesias menyatakan kebenaran, Dia tidak hanya berkata tentang hal-hal yang indah tetapi juga realiti yang disebaliknya. Contohnya, Dia berfirman tentang menikmati hidup kekal atau menanggung hukuman kekal; bertaubat dan diselamatkan atau enggan dan binasa; masuk ke dalam kerajaan syurga atau dihumban ke neraka; dianiaya kerana mengikuti-Nya atau disukai kerana menyangkal-Nya. Semua ini bergantung kepada respon kita kepada-Nya ⚖️


    Oleh itu, sebelum kamu - yang berada di hujung-hujung tanduk - menjadi murid Yesus, pertimbangkan dahulu, fikirkan dahulu, dan membuat perhitungan dahulu. Kos dan kesan. Mengikuti-Nya sampai akhir ✔️ atau tidak langsung ❌ Bagi yang sudah menjadi murid Yesus, adakah kamu akan komited sampai akhir? Bagi yang sedang mempertimbangkan, adakah ia berbaloi? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 56 min
    Perbincangan E. 41 Siapakah Ibu dan Saudara-Saudara Yesus SEKARANG? (Lukas 8:19-21)

    Perbincangan E. 41 Siapakah Ibu dan Saudara-Saudara Yesus SEKARANG? (Lukas 8:19-21)

    Lukas 8:19-21, "Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya kerana kesesakan orang ramai. Yesus diberitahu, 'Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.' Yesus menjawab kepada mereka, 'Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.'"

    Untuk mendengar episod podcast berkaitan dengan petikan ini, PERGI KE 🔗 https://open.spotify.com/episode/5VxERDKYpXpEiB6cMueFAH?si=rXpSIUoCSHuCQM6tgz6hOg

    #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 22 min
    Lukas 14:15-24 Jemputan Ke Jamuan Dalam Kerajaan Allah - Adakah Kamu Akan Datang? Pasti?

    Lukas 14:15-24 Jemputan Ke Jamuan Dalam Kerajaan Allah - Adakah Kamu Akan Datang? Pasti?

    Ada seorang, setelah mendengar kata-kata Tuhan Yesus Mesias, berkata dengan lantang: "Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah" (Lukas 14:15). Kenyataan ini benar dan Alkitabiah tetapi adakah dia - malah kamu dan saya - pasti atau benar-benar yakin akan berada di sana? 🤔


    Apakah yang dimaksudkan dengan "jamuan dalam kerajaan Allah"? Siapakah orang yang dijemput? Bagaimana orang (dahulu dan sekarang) meresponi jemputan itu? Akhirnya siapa yang akan pergi dan "dijamu"? Dan lebih penting lagi, bagaimana kita boleh masuk ke dalam kerajaan Allah? 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 53 min
    Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18)

    Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18)

    Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu.

    Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Ditabur" TETAPI "Ibarat tentang Tanah (atau Tempat) Benih itu Ditabur" atau "Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah" 🌿 Apa yang dimaksudkan dengan setiap empat (4) tempat benih firman Allah itu jatuh dan contoh-contohnya? dan apakah pengajaran-pengajaran penting untuk para penabur dan pendengar firman Allah pada masakini?🍃#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    Untuk mendengar episod-episod podcast berkaitan dengan petikan ini, KLIK LINK yang disediakan:

    Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru 🔗 https://open.spotify.com/episode/44TL3XbfRGfJhLwtllVgz4?si=tn57b5V8Q3Og2OFbF8-ySg

    Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan 🔗 https://open.spotify.com/episode/4YKCUVOwZgpou41A58jL0o?si=yQfsTxJ5TYqMBBtv25N4gQ

    Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah 🔗 https://open.spotify.com/episode/0SXayupLbxvdJwBu0JEwvD?si=u18b-RF7R7GDZquL-0cD_Q

    Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif 🔗 https://open.spotify.com/episode/4JnvFaXhgMaQfmH4Z8OgYZ?si=EKr8K3j2Sg6LVjdfO7fQwA

    • 45 min
    Lukas 14:12-14 Tidak Mengharapkan Balasan Agar Dibalas Oleh Allah (& 2 Aplikasi yang Paling Efektif)

    Lukas 14:12-14 Tidak Mengharapkan Balasan Agar Dibalas Oleh Allah (& 2 Aplikasi yang Paling Efektif)

    "Apabila mengadakan suatu majlis makan... janganlah jemput [orang] yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta" (Lukas 14:12-13) 🤨 Strategi yang kurang bijak ❌ tetapi mendapat berkat dan balasan daripada Allah! ✔️


    Dalam era media sosial, publisiti dan sikap mementingkan diri pada masakini, adakah firman Yesus Mesias ini masih relevan? Ada tiga pengajaran penting dan dua aplikasi yang efektif untuk kita - para pengikut Yesus - terus bersikap murah hati dan seperti-Nya 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 33 min
    Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50)

    Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50)

    Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌

    Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati dan menarik minat ramai orang berdosa ✔️ Dalam petikan ini, selepas mendengar Yesus ada di kota, "seorang perempuan yang hidup dalam dosa" (Lukas 7:37) datang kepada-Nya. Apa reaksi Simon orang Farisi? Apa respon Yesus Mesias? Bagaimana tindakkan perempuan berdosa ini mengajar kita untuk mengasihi dan mengimani Tuhan? 🤔

    Dengar penjelasan yang lebih lagi melalui episod podcast ini 🔗 https://open.spotify.com/episode/52ATsTuXrMAkdBQpjNhSB4?si=Wf7tMX6gSrKLo78GhvnUtw

    #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 38 min

Top Podcasts In Religion & Spirituality

Girls Gone Bible
Girls Gone Bible
The Sadhguru Podcast - Of Mystics and Mistakes
Sadhguru Official
Църква Пробуждане с Максим Асенов
Awakening Church
Life.Church with Craig Groeschel
Life.Church
БЕЗ ГРАНИЦИ с Невена Цонева
Nevena Tsoneva
Celebration Church WI Video
Celebration Church, Green Bay