528 episodes

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead

FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳

FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/
IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitab
YouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv
TikTok: tiktok.com/@legasi.tv
Blog: https://legasitv.blogspot.com/

LEGASI.tv Podcast Richard Angelus

    • Religion & Spirituality

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLead

FOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳

FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/
IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitab
YouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv
TikTok: tiktok.com/@legasi.tv
Blog: https://legasitv.blogspot.com/

    Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18)

    Perbincangan E.40 Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah (Lukas 8:1-18)

    Jika kamu pergi ke kitab Injil Lukas bab 8, kamu akan melihat ada tajuk yang diberikan "Ibarat tentang Seorang Penyemai" atau "Perumpamaan tentang Seorang Penabur." Mungkin kamu tidak tahu atau tidak sedar atau kadang-kadang lupa bahawa tajuk itu ialah bukan sebahagian daripada firman Allah. Ia diberikan supaya kita boleh mengetahui gambaran besar tentang petikan firman itu.

    Apabila saya mengkaji petikan dalam Lukas 8:4-15, sebenarnya ia BUKAN ibarat tentang "Seorang Penabur" atau "Benih yang Ditabur" TETAPI "Ibarat tentang Tanah (atau Tempat) Benih itu Ditabur" atau "Ibarat tentang Para Pendengar Firman Allah" 🌿 Apa yang dimaksudkan dengan setiap empat (4) tempat benih firman Allah itu jatuh dan contoh-contohnya? dan apakah pengajaran-pengajaran penting untuk para penabur dan pendengar firman Allah pada masakini?🍃#ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    Untuk mendengar episod-episod podcast berkaitan dengan petikan ini, KLIK LINK yang disediakan:

    Yesus Mesias & Martabat Perempuan dalam Perjanjian Baru 🔗 https://open.spotify.com/episode/44TL3XbfRGfJhLwtllVgz4?si=tn57b5V8Q3Og2OFbF8-ySg

    Kenapa Yesus Mesias Mengajar Melalui Ibarat atau Perumpamaan 🔗 https://open.spotify.com/episode/4YKCUVOwZgpou41A58jL0o?si=yQfsTxJ5TYqMBBtv25N4gQ

    Beberapa Pengajaran Penting untuk Penabur & Mendengar Firman Allah 🔗 https://open.spotify.com/episode/0SXayupLbxvdJwBu0JEwvD?si=u18b-RF7R7GDZquL-0cD_Q

    Iman Kristian Yang Eksklusif dan Inklusif 🔗 https://open.spotify.com/episode/4JnvFaXhgMaQfmH4Z8OgYZ?si=EKr8K3j2Sg6LVjdfO7fQwA

    • 45 min
    Lukas 14:12-14 Tidak Mengharapkan Balasan Agar Dibalas Oleh Allah (& 2 Aplikasi yang Paling Efektif)

    Lukas 14:12-14 Tidak Mengharapkan Balasan Agar Dibalas Oleh Allah (& 2 Aplikasi yang Paling Efektif)

    "Apabila mengadakan suatu majlis makan... janganlah jemput [orang] yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta" (Lukas 14:12-13) 🤨 Strategi yang kurang bijak ❌ tetapi mendapat berkat dan balasan daripada Allah! ✔️


    Dalam era media sosial, publisiti dan sikap mementingkan diri pada masakini, adakah firman Yesus Mesias ini masih relevan? Ada tiga pengajaran penting dan dua aplikasi yang efektif untuk kita - para pengikut Yesus - terus bersikap murah hati dan seperti-Nya 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 33 min
    Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50)

    Perbincangan E.39 Siapakah Yesus Ini Yang Boleh Mengampunkan Dosa? (Lukas 7:36-50)

    Yesus Mesias penah berkata kepada orang ramai: "Ketika Anak Manusia datang, Dia makan dan minum lalu kamu berkata, 'Lihatlah Dia ini... kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa'" (Lukas 7:34). Ini ialah tanggapan orang ("kamu berkata") yang negatif dan TIDAK BENAR kalau mereka berfikir bahawa Yesus meluangkan banyak masa, memiliki carahidup, dan mengeyakan dosa mereka ❌

    Tetapi, tanggapan ini lama-kelamaan menjadi panggilan yang positif kerana MEMANG BENAR bahawa Yesus mengasihi, mendekati dan menarik minat ramai orang berdosa ✔️ Dalam petikan ini, selepas mendengar Yesus ada di kota, "seorang perempuan yang hidup dalam dosa" (Lukas 7:37) datang kepada-Nya. Apa reaksi Simon orang Farisi? Apa respon Yesus Mesias? Bagaimana tindakkan perempuan berdosa ini mengajar kita untuk mengasihi dan mengimani Tuhan? 🤔

    Dengar penjelasan yang lebih lagi melalui episod podcast ini 🔗 https://open.spotify.com/episode/52ATsTuXrMAkdBQpjNhSB4?si=Wf7tMX6gSrKLo78GhvnUtw

    #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 38 min
    Lukas 14:7-11 Merendahkan Diri Agar Ditinggikan Allah (dan 2 Lagi Pengajaran Penting)

    Lukas 14:7-11 Merendahkan Diri Agar Ditinggikan Allah (dan 2 Lagi Pengajaran Penting)

    Lukas 14:1 dikatakan "orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" seperti burung helang atau anjing yang mengintai mangsanya! Ayat 7 pula dikatakan "Yesus melihat bagaimana tetamu memilih tempat duduk yang terbaik" atau tempat-tempat kehormatan dalam jamuan. Kedua-dua pihak sedang melihat tetapi Yesus lebih 'bahaya' lagi!


    Manusia hanya boleh melihat luaran dan membuat anggapan, tetapi Yesus boleh mengetahui isi hati (Lukas 11:17) dan fikiran (5:22, 6:8) manusia. Mata Yesus lebih 'bahaya'! Oleh itu, Dia menceritakan suatu Ibarat untuk mendedahkan siapa mereka sebenarnya... ♻️ Kenapa meninggikan diri itu bahaya? Bagaimana untuk terus merendahkan diri? Apa itu hipokrit dan delusi rohani? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 40 min
    Perbincangan E.38 Identiti dan Kaitan Di Antara Yesus Mesias dan Yohanes Pembaptis (Lukas 7:18-35)

    Perbincangan E.38 Identiti dan Kaitan Di Antara Yesus Mesias dan Yohanes Pembaptis (Lukas 7:18-35)

    Untuk mengkaji petikan ini dengan lebih mendalam lagi, dengar episod podcast berikut:

    Beriman Tetapi Ada Keraguan (Lukas 7 ayat 18 hingga 23) 🔗 https://open.spotify.com/episode/6D30hVLbwfL5zuI0i7bdrp?si=x9OyiKDMQy-PT4IbAifeRg

    Yang Terkecil dalam Kerajaan Allah Lebih Besar daripada Yohanes Pembaptis (Lukas 7 ayat 24 hingga 28) 🔗 https://open.spotify.com/episode/603UnWJbwlYwu5gARLhGFu?si=94vwlyAzTom95dda3rhZUA

    Orang-Orang Pada Generasi Ini Seperti... (Lukas 7 ayat 29 hingga 35) 🔗 https://open.spotify.com/episode/540PjW0VneclG6rzFKUcEH?si=R-oEZZohRPmEkG16G390YQ

    #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 39 min
    Lukas 14:1-6 Tiga (3) Hal yang Harus Dilakukan Pada Hari Sabat - dan Setiap Hari!

    Lukas 14:1-6 Tiga (3) Hal yang Harus Dilakukan Pada Hari Sabat - dan Setiap Hari!

    "Pada hari Sabat Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkemuka" (Lukas 14:1a). Kemudian kita diberitahu: "Orang terus memerhatikan Yesus dengan teliti" (v.1b). Mereka mengamati dan mengawasi setiap perbuatan dan perkataan Yesus seperti burung helang - atau anjing! - yang mengintai mangsanya 🧐 Mereka tidak peduli tentang mukjizat kesembuhan yang boleh dilakukan oleh Yesus tetapi peduli samada Dia akan melakukannya pada hari Sabat!

    Bagi mereka - dan sekarang juga - hukum Allah (seperti hari Sabat) dinilai berdasarkan apa yang TIDAK HARUS dilakukan ❌ tetapi bagi Yesus, Dia mengajar mereka - dan kita - untuk mentaati firman Allah berdasarkan apa yang HARUS dilakukan ✔️ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

    • 34 min

Top Podcasts In Religion & Spirituality

الشيخ ياسين الجمري
Yaseen Aljamri
الشيخ بدر المشاري درس السيرة النبوية Sheikh Badr Mishari - Seerah of Prophet Muhammad
Badr Mishari
محاضرات العلامة المنير
Almoneer.org | العلامة المنير
بودكاست شقشقة
بودكاست شقشقة
سماحة الشيخ هاني البناء
سماحة الشيخ هاني البناء
Messages by Desiring God
Desiring God