Fazrul Fahmee Ismail
Fazrul Fahmee Ismail mendapat ijazah Kejuruteraan Kimia & Minor in Arabic dari Purdue University, West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau juga mendapat ijazah bahasa arab dari Alim International Arabic Learning Centre, Kaherah, Mesir. Fazrul Ismail ialah seorang penyelidik, jurulatih, penceramah dan coach dalam bidang keusahawanan dan softskills serta banyak menyampaikan siri latihan mengambil pengajaran dari al-Quran dan Sunnah. Latarbelakang pendidikan beliau di US dan Mesir menjadikan modul beliau amat istimewa untuk peserta yang pernah menyertai program beliau. Beliau amat suka untuk membimbing dan mendidik individu yang berwawasan yang ingin berjaya. Antara buku dan artikel yang ditulis oleh beliau adalah ❖ Panduan Asas Teknik Ulul Albab – Sifir 16 (2019) ❖ Board Game: QINGO – Quranic Bingo (2018) ❖ Produk : Flash 114 (2017) – flash card untuk mengingati 114 Surah dalam Quran ❖ Nikmatnya Tadabbur Tazakkur (2016) ❖ Bina Modul (2016) ❖ Sinopsis 114 Surah (2016) ❖ Kolumnis Majalah i diterbitkan oleh Karangkraf (2004 - 2016). ❖ Ebook Saya Mahu Belon (2013) ❖ Buku Lonjakkan Potensi Diri – MasterPIES (2012) ❖ Kolumnis majalah Zuriat di Singapura (2010-2011) ❖ Al-Fatihah Workbook – disiapkan di US (2009) ❖ Hidup Zero Alasan (2005) – diterbitkan bawah PTS ❖ Pemikiran Sistemik (2004)- diterbitkan di Malaysia oleh PTS Publications & Distributors. ❖ Pemikiran Sistemik (2003)– diterbitkan di Mesir ❖ Systems Thinking in Action –teknik aplikasi Pemikiran Sistemik ❖ Teknik Komunikasi untuk Nuqaba’ ❖ Mengapa 10? – menerangkan mengapa ada 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik ❖ Amalan Berjaya bagi Lelaki dan Wanita –konsep berjaya yang dinyatakan dalam Surah al-Mukminoon
À propos
Informations
- CréationUnknown
- Années d’activité2021 - 2024
- Épisodes991
- ClassificationTous publics
- Site web de l’émission