Sambal Kicap Podcast baroka inisiatif
-
- Society & Culture
Sambal Kicap Podcast digerakkan oleh rakan-rakan Baroka.Blessed akan menceritakan isu sosial & budaya dari suara lokal di Johor Bahru & sekitar Malaysia.
-
05 EP : MEMBEDAH ESCAPISM BERSAMA JIBAM
Kali ini bersama host Tok Rimau bersama tetamu Sambal Kicap Podcast iaitu Jibam a.k.a Sifu Kompang yang akan berkongsi pengalaman perjalanan hidup beliau dalam mencari erti "ESCAPISM" yang sebenar untuk dirinya. Mari le sama-sama kita throwback kisah lama dan cipta perkara baru bersama Melompat lebih tinggi! #sambalkicappodcast #tompokbudaya
-
04 EP : TOK RIMAU || 10 TAHUN GERAKAN INDIE SENI JOHOR BAHRU
Bersama host Rayhan mengajak rakan-rakan menyantuni tetamu Sambal Kicap Podcast kali ini Tok Rimau yang akan berkongsi pengalaman beliau sepanjang dalam 'scene'
Mari le sama-sama kita throwback kisah lama dan cipta perkara baru bersama
Melompat lebih tinggi!
#sambalkicappodcast #tompokbudaya -
03 EP MUKBANG PODCAST: PENIAGA KECIL & RESEPI UNIK!
Bersama host kali ini Rayhan mengajak kawannya Amad & Atiqah berkongsi juadah makanan di gerai-gerai jalanan sekitar perumahan seperti Peneram Kopi, Teh power & Nasi Daging Utara. Sambil itu mereka menyelami isu semasa yang dihadapi oleh peniaga kecil ketika pandemi Covid 19. Ayoh dengarkan celoteh mereka!
#sambalkicappodcast #barokablessed -
02 EP GERAK DAYA PANDEMIK: BUDAYA SEMASA BERLAKU DI MALAYSIA
Bersama host Ahmad Fitrie mengajak rakannya Ali Adenan, Rayhan Ahmad & Atikah Othman berbicara santai tentang budaya-budaya yang timbul sepanjang pandemik Covid 19 seperti Bendera Putih, Puisi Darurat, Hartal Doktor Kontrak, Lawan & Lain-lain.
-
01 EP SELETAR: TOK BATIN KAIS BERKONGSI
01 EP - Bersama host Fahmie Yaacob mewawancara Tok Batin Kais tentang asal usul sejarah lama Orang Asli Seletar sehingga kehidupan mereka sekarang sebagai orang Melayu Proto (pertama) mendiami kawasan perairan Johor Bahru.
Teks Wawancara: Ahmad Fitrie
Audio & Gambar: Ezammuddin Khamis -