Nik Abdul Aziz

Unknown
Nik Abdul Aziz Podcast

YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kelantan pada 10 Januari 1931. Pendidikannya bermula dalam bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah, beliau menyambung pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan beroleh Master Degree in Arts (M.A) dalam bidang Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir. Permulaan kariernya, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru di Ma’ahad Muhammadi, Kota Bharu sebelum menceburkan diri dalam dunia politik dan pendakwah bebas. Pada tahun 1967, beliau mula bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kelantan Hilir (1967 – 1974), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974 – 1986), Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Semut Api (1986 – 1995) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Chempaka (1995 – 12 Februari 2015). Dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober 1990 hingga 6 Mei 2013. Tokoh tersohor ini juga pernah menjawat sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (1971 – 1995), Pesuruhjaya PAS Kelantan (1978 dan Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS (1991 – 12 Februari 2015) Beliau berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka dikurniakan 10 orang anak. Pada 12 Februari 2015, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau, Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

About

To listen to explicit episodes, sign in.

Stay up to date with this show

Sign in or sign up to follow shows, save episodes and get the latest updates.

Select a country or region

Africa, Middle East, and India

Asia Pacific

Europe

Latin America and the Caribbean

The United States and Canada