6 episodes

Ulum Al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Perbincangannya memfokuskan kepada beberapa topik utama dalam pengajian ilmu Al-Quran iaitu definisi umum Al-Quran dan Ulum Al-Quran, ayat terawal dan terakhir diturunkan, ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, sebab-sebab penurunan ayat, penurunan al-Quran, kemukjizatan Al-Quran, perumpamaan Al-Quran, kisah-kisah Al-Quran, tafsir dan perkembangannya dan sejarah Al-Quran. Topik-topik yang dipilih ini adalah asas untuk memahami isi kandungan al-Quran.

(Podcast) Ulum Al-Quran Open University Malaysia

    • Religion & Spirituality

    Episod 1 - Al-Quran dan Ulum Al-Quran (Bahagian 1)

    Episod 1 - Al-Quran dan Ulum Al-Quran (Bahagian 1)

    Episod pertama kursus ini dimulakan dengan perbincangan tentang definisi Al-Quran yang diberikan oleh para ulama, nama-nama dan sifat Al-Quran.

    • 32 min
    Episod 1 - Berinteraksi dengan Al-Quran (Bahagian 2)

    Episod 1 - Berinteraksi dengan Al-Quran (Bahagian 2)

    Episod pertama bahagian kedua dimulakan dengan perbincangan mengenai interaksi dengan Al-Quran.

    • 36 min
    Episod 1 - Kelebihan Al-Quran (Bahagian 3)

    Episod 1 - Kelebihan Al-Quran (Bahagian 3)

    Episod pertama bahagian kedua dimulakan dengan perbincangan mengenai kelebihan Al-Quran dan hubung kaitnya dengan kitab-kitab samawi yang lain. Akhir sekali, anda diperkenalkan ilmu Ulum Al-Quran dan diperincikannya dengan memaparkan sejarah penulisan dan karya-karya berkaitan yang dihasilkan oleh para ulama.

    • 23 min
    Episod 2 - Mengetahui Ayat Pertama dan Terakhir Diturunkan

    Episod 2 - Mengetahui Ayat Pertama dan Terakhir Diturunkan

    Episod kedua ini membincangkan tentang ayat terawal dan terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan perbahasannya adalah berdasarkan pandangan para ulama. Selain itu anda akan didedahkan dengan sorotan kepentingan dan faedah mengetahui ayat terawal dan terakhir diturunkan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    • 33 min
    Episod 3 - Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah

    Episod 3 - Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah

    Episod ketiga membincangkan tiga perkara yang utama iaitu definisi Makkiyyah dan Madaniyyah, ciri-ciri ayat Makkiyyah dan Madaniyyah serta faedah mengetahui ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Perbincangannya dimulakan dengan pendedahan tentang beberapa definisi dari segi literasi dan terminologi tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang dikemukakan oleh para ulama. Seterusnya anda didedahkan dengan kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh para ulama yang meletak tanda-tanda dan ciri-ciri yang menunjukkan satu surah itu Makkiyyah atau Madaniyyah. Akhir sekali, anda akan didedahkan bagaimana pengetahuan tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang banyak memberi faedah kepada umat Islam dalam memahami ayat-ayat al-Quran.

    • 36 min
    Episod 4 - Sebab-sebab Penurunan Ayat

    Episod 4 - Sebab-sebab Penurunan Ayat

    Episod keempat ini akan membawa anda mempelajari tentang pengertian sebab nuzul seperti yang dibahaskan oleh para ulama. Aspek lain yang dibincangkan menyentuh tentang rupa bentuk sebab-sebab penurunan ayat yang boleh dilihat dalam dua rupa bentuk iaitu sebab penurunan ayat yang berbentuk peristiwa dan sebab penurunan ayat yang berbentuk pertanyaan. Seterusnya anda akan didedahkan dengan perbincangan tentang kepentingan sebab nuzul dan faedahnya kepada umat Islam. Perbincangan berikutnya adalah menyentuh tentang pembahagian Al-Quran dan sumber-sumber bagi mengetahui sebabsebab penurunan ayat dan yang terakhir membincangkan tentang pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaznya yang umum dan bukan sebabnya yang khusus.

    • 35 min

Top Podcasts In Religion & Spirituality

Listeners Also Subscribed To

More by Open University Malaysia