18 episodes

"Mencari Makna di Balik Tirai Kehidupan"

Sehirup Erti Kalam Kehidupan

    • Education

"Mencari Makna di Balik Tirai Kehidupan"

    Imperialisme Intelektual, Bedah Filem Abang Adik & Maryam Pagi ke Malam (Siri #SembuhDenganFilem 02)

    Imperialisme Intelektual, Bedah Filem Abang Adik & Maryam Pagi ke Malam (Siri #SembuhDenganFilem 02)

    Kali ini kami borak di luar, secara berhadapan. Mencuba suasana baru, jadi mohon maaf andai ada gangguan bunyi latar.



    Fokus kali ini adalah refleksi kami berdua berkenaan rehlah santai kami seharian pada hari Sabtu lalu menghadiri wacana dan juga menonton filem bersama.



    1. Pelancaran Buku "Imperialisme Intelektual" karya Syed Hussein Alatas

    2. Review Filem "Abang Adik" dan "Maryam Pagi ke Malam"



    Selamat mendengar, semoga bermanfaat.

    • 49 min
    Lepas SPM : Persimpangan Tanpa Tanda

    Lepas SPM : Persimpangan Tanpa Tanda

    Kita dijamu dengan pelbagai data dan statistik sejak kebelakangan ini tentang pelajar-pelajar lepasan SPM yang cenderung untuk tidak menyambung pengajian ke pendidikan tinggi atas berbagai sebab dan faktor. Khususnya sejak pandemik, angka itu semakin bertambah dan bertambah.



    Sudah ramai penganalisis, pempengaruh dan pihak yang memberi pandangan dan pendirian masing-masing terhadap isu ini.



    Namun, ketika banyaknya persoalan-persoalan yang timbul, ada segelintir pihak yang mengundurkan langkah mereka ke belakang, memilih untuk berfikir masak sebelum memuntahkan opini ke ruang awam. Dua mamat muda yang masih di bangku pengajian sarjana muda ini, cuba mencari persoalan akar di sebalik "permasalahan" lepasan SPM ini. Mereka juga tergolong dalam generasi baru hasil dari kilang-kilang sistem pendidikan tanah air.



    Di dalam menjawab persoalan, "jika diberi pilihan kepada lepasan SPM,sama ada untuk meneruskan pengajian atau terus ke medan bekerja",



    kata mereka, "mungkin selama ini kita bertanya soalan yang salah (atau setidak-tidaknya kurang tepat)?"



    Dan jika mereka berpandangan sedemikian, maka apakah persoalan yang betul? Apakah mereka hanya berbual di awang-awangan, atau sebenarnya ada perspektif berbeza yang mereka berusaha untuk ketengahkan?



    Jemput layan podcast dua mamat poyo di podcast #sehiruperti ini.

    Semoga ada manfaatnya. Jika tidak ada, boleh Keluar Sekejap. ;)

    • 1 hr 22 min
    Siri #SembuhDenganFilem 01 - Imaginur, The Menu & Saranan Lain

    Siri #SembuhDenganFilem 01 - Imaginur, The Menu & Saranan Lain

    Episod kali ini adalah siri pertama bagi segmen #SembuhDenganFilem.

    Kami berbicara soal filem-filem yang telah kami tonton dan tekuni. Di dalam episod ini, kami berkongsi sisi pandang kami masing-masing tentang filem Imaginur, The Menu dan juga beberapa filem-filem lain yang turut kami bualkan.

    Ada beberapa persoalan dibangkitan terkait dengan budaya menonton dan membedah filem dalam kalangan masyarakat. Di era digital yang memuntahkan kandungan-kandungan tanpa batas, sejauh mana kita bersikap kritis dan analitik terhadapnya? Apakah content (khususnya filem) telah berjaya memberdayakan kita, atau ia hanya sebatas hiburan dan escapism?

    • 1 hr 55 min
    Merenung Zin Renung

    Merenung Zin Renung

    Episod kali ini kami ulas serba sedikit terkait dengan zin terbaru kami yang berjudul "Renung". Apa cerita di sebalik penerbitan zin kami, dan apa mesej utama yang hendak disampaikan kepada para pembaca?

    Jika anda berminat untuk dapatkan naskhah zin Renung (edisi pertama), boleh hubungi kami melalui Whatsapp : +601110405264.

    Jangan lupa "Like, Share & Follow" kami.
    Semoga bermanfaat, terima kasih.

    • 38 min
    Menahan Diri Pasca PRU15

    Menahan Diri Pasca PRU15

    Kembali ke episod pertama kami bagi tahun 2023. Sudah lama merencang nak berbual topik pilihanraya ni, sejak sebelum PRU15 lagi sudah pasang niat. Tapi, apakan daya, masa tidak menyebelahi hajat. Maka, kami gantikan refleksi pilihanraya tempoh hari ke tahun baru.

    Antara persoalan yang sempat kami sentuh; (1) bagaimana pengalaman pertama mengundi?, (2) tanggapan pra pilihanraya, (3) perkaitan politik, budaya dan pendidikan dan (4) refleksi pasca pilihanraya.

    Maafkan kami jika kualiti audio kurang memberangsangkan. InsyaAllah, akan cuba diperbaiki selepas ini. Semoga bermanfaat.

    Jangan lupa "Like, Share & Follow" kami.

    • 1 hr 21 min
    Masturbasi Informasi, Konsumerisme & Surah al-Hujurat

    Masturbasi Informasi, Konsumerisme & Surah al-Hujurat

    Kali ini kita berbual soal fenomena kebanjiran maklumat yang menghantui setiap dari kita yang hidup di era digital dan konsumerisme informasi tanpa batas.

    • 1 hr 37 min

Top Podcasts In Education

The Mel Robbins Podcast
Mel Robbins
The Rich Roll Podcast
Rich Roll
TED Talks Daily
TED
The Daily Stoic
Daily Stoic | Wondery
The Jordan B. Peterson Podcast
Dr. Jordan B. Peterson
The Subtle Art of Not Giving a F*ck Podcast
Mark Manson