Keluar Sekejap Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
-
- Governo
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
For collaboration and sponsorship, contact keluarsekejap@gmail.com
-
Pemandu Grab dipukul, KJ menjawab isu vaksin AZ
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 107 menyentuh mengenai isu pengiring polis kepada Pemangku Sultan Johor yang didakwa memukul seorang pemandu Grab OKU serta penjelasan berkenaan risiko kejadian darah beku yang dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.
Episod ini juga mengulas secara sepintas lalu perkembangan antarabangsa iaitu Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK) dan India serta sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas kesalahan memalsukan rekod perniagaan.
Episod ini ditaja oleh Rock Garden & Himalaya Camping Resort iaitu lokasi retreat KS yang berlangsung baru-baru ini. Maklumat lanjut mengenai Rock Garden & Himalaya Camping Resort boleh didapati menerusi pautan berikut:
https://himalayacamp.com
https://rockgardencampingresort.com
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio/Stat/Bacaan/Tontonan pilihan minggu ini:
SH - The Audio Long Read | He likes scaring people': how Modi's right-hand man, Amit Shah, runs India
https://www.theguardian.com/news/audio/2024/may/27/he-likes-scaring-people-how-modis-right-hand-man-amit-shah-runs-india-podcast
SH - New BYD hybrid can drive non-stop from Singapore to Bangkok
https://www.businesstimes.com.sg/companies-markets/transport-logistics/new-byd-hybrid-can-drive-non-stop-singapore-bangkok
KJ - China's World View: Demystifying China to Prevent Global Conflict | David Daokui Li
https://mphonline.com/products/chinas-world-view
KJ - Can you make it to the end? | National Autistic Society
https://www.youtube.com/watch?v=aPknwW8mPAM -
Hannah Terpaling Suci?, Budi + Padu = Budu, Pelan Semikonduktor, Rafah Berdarah
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 106 antaranya membincangkan tentang serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim zionis ke atas kem di zon selamat Rafah yang telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin serta cadangan respon yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia terhadap serangan terbaharu ini.
Episod ini turut mengulas mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Dana Pemacu KWAP, Program Budi MADANI serta pelaksanaan kaedah kod QR dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Episod ini diakhiri dengan menyentuh perihal isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Pautan pilihan:
Keynote interview with George Yeo: Asia’s future in a multipolar world order : https://youtube.com/watch?v=WoWf_uqM9g0
Religion used as an 'excuse' in Gaza war | Centre Stage with Dr Omar Suleiman : https://m.youtube.com/watch?si=hCbbyDVrJ77VXgU2 -
Perutusan PMX, UiTM Buka Kepada Non Bumi?, MAHB dan Blackrock
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 105 antaranya membincangkan Perutusan Negara oleh PMX malam tadi.Episod ini turut membincangkan tentang pembukaan UiTM kepada bukan Bumiputera untuk program kardiotoraks.Keluar Sekejap turut mengulas tentang penswastaan MAHB yang berkai dengan Blackrock.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di taja.keluarsekejap@gmail.com.
-
Najib & Tahanan Rumah?, Rationalisasi Subsidi, Akaun 3 KWSP, PM Baharu Singapura
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 104 antaranya membincangkan jawapan PMX dalam interview bersama Bloomberg di Qatar tentang rasionalisasi subsidi dan tahanan rumah Bossku.
Episod ini turut membincangkan penstrukturan semula Akaun KWSP.
Keluar Sekejap turut mengulas tentang Perdana Menteri Singapura yang baru mengangkat sumpah pada rabu yang lepas.
Bacaan Pilihan Minggu Ini (Read of The Week)
KJ : The Edge May 13 - Chipping in to move the ENE value chain
SH : Talking to my daughter by Yanis Varoufakis
Tontonan Pilihan Minggu Ini
(Watch of The Week)
KJ : https://youtu.be/wRAQezn85tw?si=6jbzPRpzjcTet14o
SH : The Stranger https://www.netflix.com/my-en/title/81621414
Statistik Pilihan Minggu Ini
(Stats of The Week)
KJ : https://news.online.ua/en/russia-china-economic-friendship-could-rattle-the-world-ft-878503/
SH : https://www.worldairportawards.com/worlds-top-100-airports-2024/
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di taja.keluarsekejap@gmail.com. -
Post-Match Analysis PRK KKB, Ulang Tahun UMNO Ke-78, Ranjau Sepanjang Jalan, PBB Iktiraf Palestin
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 103 antaranya membincangkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bahru yang telah dimenangi oleh Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada Sabtu yang lepas.
Episod ini turut membincangkan tentang solusi untuk UMNO bangkit sebagai parti terbesar melayu sempena ulang tahun ke-78.
Keluar Sekejap turut mengulas tentang kajian UNICEF yang bertajuk Ranjau Sepanjang Jalan serta PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di taja.keluarsekejap@gmail.com. -
World Press Freedom Index, DSA: Pempamer Bekal Senjata Ke Israel, Belajar Tinggi Nak Ke Mana?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 102 yang bersiaran secara langsung di UCSI University antaranya membincangkan kedudukan Malaysia yang jatuh 34 anak tangga ke tempat 107 dalam
World Press Freedom Index yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF).
Episod ini turut membincangkan tentang Pempamer di DSA dan NATSEC Asia 2024 yang terlibat secara langsung membekal senjata ke Israel.
Keluar Sekejap turut mengulas tentang Pengajian Tinggi di Malaysia yang juga menampilkan Professor Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah binti Tapsir, Vice-Chancellor UCSI University.
Dikesempatan ini, Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada UCSI yang telah menaja episod ini.
Universiti UCSI mempunyai tawaran istimewa untuk penonton dan pendengar KS sejajar dengan pengambilan pelajar bulan Mei yang sedang berlangsung.
- Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam SPM boleh mendapat biasiswa sebanyak 45%. Kuantum biasiswa ditentukan oleh keputusan peperiksaan dan pelajar boleh menikmati biasiswa sehingga 100%.
- Pelajar yang mendaftar untuk pengambilan Mei juga akan menikmati pengecualian yuran pendaftaran sebanyak 50%.
- Calon Sarjana dan PhD juga akan menikmati biasiswa pascasiswazah sehingga 50%.
Hubungi Universiti UCSI dengan pautan WhatsApp ini https://api.whatsapp.com/send?phone=601135081585
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau emel kami di taja.keluarsekejap@gmail.com.