11本のエピソード

Di titik paling bawah, titik kemustahilan dalam lanskap pancaroba kehidupan, agama satu-satunya yang dapat merubah kisah derita menjadi legasi inspirasi.

Bercermin pada legasi teragong dalam sejarah kemanusiaan, kita belajar memaknai ujian & harapan, bagaimana memilih building-blocks kehidupan serta mewarisi pesan praktikal untuk dilazimi sebagai tunjang kekuatan.

Secara teliti, kita jejaki semua ini dalam suasana intim lagi sakral, lewat pertemuan kali pertama antara Rasulullah dengan father-figurenya Ibrahim as di langit ketujuh.

Selamat mendengar, menganyam harapan dan membina legasi impian.

Legasi HijrahEd

    • 宗教/スピリチュアル

    Solat identiti kita | Legasi

    Solat identiti kita | Legasi

    Legasi terbesar yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW ialah solat. Solat yang memberikan kerehatan batin, mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar. Solat adalah titik mula sebuah perubahan.

    • 14分
    Tenang dalam ribut | Legasi

    Tenang dalam ribut | Legasi

    Lafaz-lafaz zikir yang dipesankan oleh Nabi Ibrahim AS membawa ketenangan di dalam mengharungi ribut kehidupan di dunia.
    Membawa kenikmatan abadi di dalam syugra, berupa pohon-pohon subur yang rendang.

    • 14分
    Syurga, rumah kerehatan abadi | Legasi

    Syurga, rumah kerehatan abadi | Legasi

    Allah SWT menyiapkan bagi hamba-hambaNya yang soleh kenikmatan syurga.
    Nikmat yang tidak pernah dilihat mata.
    Nikmat yang tidak pernah didengar oleh telinga.
    Nikmat yang tidak pernah terlintas di dalam hati dan fikiran manusia.
    Semuanya tersedia untuk hambaNya yang soleh dan solehah.

    • 13分
    Hari Arafah & Perkauman | Legasi

    Hari Arafah & Perkauman | Legasi

    Hari Arafah adalah hari terbaik sepanjang tahun. Sebaik-baik hari untuk berdoa.
    Para jemaah haji daripada pelbagai warna kulit, bahasa, keturunan dan etnik berhimpun di padang Arafah mengesakan Allah SWT, meraikan legasi Nabi Ibrahim AS.
    Tiada ikatan yang lebih kuat daripada ikatan kalimah tauhid, la ilaha illah yang menyatukan kita, umat Nabi Muhammad SAW.

    • 13分
    3 hak anak yang perlu dipenuhi ibu bapa | Legasi

    3 hak anak yang perlu dipenuhi ibu bapa | Legasi

    Semua Nabi yang diutuskan selepas Nabi Ibrahim AS adalah daripada anak keturunannya, sehingga Baginda digelar sebagai Abul Anbiya’, Bapa Para Nabi.
    Penting untuk ditegaskan, kita sering bicara soal tanggungjawab anak-anak kepada ayah dan ibu, jangan derhaka kepada ayah dan ibu.
    Ya betul, soal menjaga akhlak dan hubungan dengan kedua orang tua ini amatlah penting. Malah tuntutan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tuntutan terpenting selepas tuntutan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
    Namun jangan kita lupa, ibu bapa juga mempunyai tanggung jawab terhadap anak. Ramai yang mengabaikan tanggungjawab dan menderhakai anak-anak mereka.

    • 11分
    Hati yang mendapat petunjuk Tuhan | Legasi

    Hati yang mendapat petunjuk Tuhan | Legasi

    Melalui kesukaran dan ujian dalam hidup ini kebanyakkan masa buat kita rasa seolah-olah kita keseorangan.
    Terasa seperti tiada sesiapa yang betul-betul faham apa yang kita sedang rasa dan lalui, walaupun ramai yang mungkin berkata “aku faham apa yang kau rasa.”
    Tidak, kita tahu mereka tidak faham.
    Tetapi itu tidak berlaku kepada Allah. Allah maha mendengar dan mengetahui.
    Setiap keperitan atau halangan hidup yang sedang kita hadapi, Allah tahu perasaan kita, Allah tahu ketakutan kita, Allah janji akan memberikan petunjuk kepada hati kita semua menempuh gelora ujian hidup, hanya sahaja dengan satu syarat, mantapkan keimanan

    • 14分

宗教/スピリチュアルのトップPodcast

Dr.Recella presents 江原啓之 おと語り
TOKYO FM
道端ドコカの迷い道 from 5点ラジオ
Michibata Dokoka
オカルト捜査官のFOIラジオ
FOIオカルト捜査官
Temple Morning Radio
松本紹圭
What The Pastors!! -WTP-
PBA
YOKO ch
YOKO|"ただ自分である"をサポートするカウンセラー