1 hr 22 min

Lepas SPM : Persimpangan Tanpa Tanda Sehirup Erti

    • Self-Improvement

Kita dijamu dengan pelbagai data dan statistik sejak kebelakangan ini tentang pelajar-pelajar lepasan SPM yang cenderung untuk tidak menyambung pengajian ke pendidikan tinggi atas berbagai sebab dan faktor. Khususnya sejak pandemik, angka itu semakin bertambah dan bertambah.

Sudah ramai penganalisis, pempengaruh dan pihak yang memberi pandangan dan pendirian masing-masing terhadap isu ini.

Namun, ketika banyaknya persoalan-persoalan yang timbul, ada segelintir pihak yang mengundurkan langkah mereka ke belakang, memilih untuk berfikir masak sebelum memuntahkan opini ke ruang awam. Dua mamat muda yang masih di bangku pengajian sarjana muda ini, cuba mencari persoalan akar di sebalik "permasalahan" lepasan SPM ini. Mereka juga tergolong dalam generasi baru hasil dari kilang-kilang sistem pendidikan tanah air.

Di dalam menjawab persoalan, "jika diberi pilihan kepada lepasan SPM,sama ada untuk meneruskan pengajian atau terus ke medan bekerja",

kata mereka, "mungkin selama ini kita bertanya soalan yang salah (atau setidak-tidaknya kurang tepat)?"

Dan jika mereka berpandangan sedemikian, maka apakah persoalan yang betul? Apakah mereka hanya berbual di awang-awangan, atau sebenarnya ada perspektif berbeza yang mereka berusaha untuk ketengahkan?

Jemput layan podcast dua mamat poyo di podcast #sehiruperti ini.

Semoga ada manfaatnya. Jika tidak ada, boleh Keluar Sekejap. ;)