10 min

2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW Hasrizal

    • Self-Improvement

Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman.  Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis.  Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam?  Ummu Aiman menjawab kepada mereka berdua: sesungguhnya aku demi Allah maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam, dan aku bukan menangis kerana itu.  Akan tetapi aku menangis kerana (dengan pemergian baginda) wahyu dari langit sesungguhnya telah terputus buat selama-lamanya.  (Petikan Al-Bidayah wa al-Nihayah 5: 273 - 275)

Tidak kiralah apa jua masalah yang kita hadapi, tiada lagi wahyu yang akan hadir menjawab secara langsung. Apa yang ada hanyalah dua bekalan, yang Nabi Muhammad sallallāh 'alayhi wa sallam janjikan bahawa selagi kita berpegang dengannya, kita tidak akan tersesat.  Kitab Allah (Al-Quran), dan  Sunnah Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam.  Sesibuk mana pun kita, peruntukkanlah masa dan usaha untuk berdamping dengan al-Quran, dan sunnah baginda, mempelajari, berusaha memahami, dan konsisten mengamalkannya. Moga ia menjadi agenda penghias tahun 2021 kita, walau apa jua ujian yang sedang dan bakal melanda.

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message