229 episodes

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Hasrizal Hasrizal Abdul Jamil

    • Society & Culture
    • 4.8 • 33 Ratings

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    Jangan Pula Masuk Neraka 'Kerana Palestin'

    Jangan Pula Masuk Neraka 'Kerana Palestin'

    Dek mengabaikan akhlak, janganlah nanti ada yang masuk Neraka ‘kerana Palestin’. Akhlak, tiada kompromi. Allah swt tetap menilai solidariti kita sebagai Muslim sama ada ia menjadi pahala atau dosa. 



    “Tegakkan agama, dan jangan kamu berpecah belah dalam urusan menegakkan agama itu!” (surah al-Syura ayat 13)



    #menuntutilmu #belajar #palestin #bebaspalestin #akhlak #akhlaq #gaza #rafah #solidariti #boikot #bds #bdsmalaysia 


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 6 min
    Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK

    Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK

    Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UKJika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasihat yang anda sampaikan sebelum kejadian itu berlaku, ketika kejadian itu berlaku, ataupun selepas terjadinya kejadian berkenaan?



    Artikel penuh di blog www.saifulislam.com



    #palestin #palestine #bebaspalestin #freepalestine #gaza #rafah


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 11 min
    Ancient Arrogance Dismissing Youth

    Ancient Arrogance Dismissing Youth

    Let’s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? That’s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities.

    This is not a modern issue. The arrogance is ancient. As ancient as the humans themselves.

    It echoes a story from the Quran, where the young Prophet Ibrahim - peace be upon him - challenges the older leaders, the elites. In Chapter 21, Verse 60, the response he receives is dismissive: “We heard about this young man who speaks ill about them, what was his name again? Ibrahim!?”

    The way they mockingly struggle to recall his name shows their attempt to undermine him, not by debating facts, but by belittling his youth.

    This kind of dismissal is an ad hominem attack, discrediting the person because they are young, assuming they lack knowledge or understanding. But here’s a reality check: age does not define the validity of one's arguments.

    Don’t be discouraged by this tactic. Remember, this same elite arrogance contributed to Hillary Clinton's loss to Trump.

    It’s a reminder that those who fail to respect and engage with all voices, regardless of age, risk becoming irrelevant.

    Keep raising your voice. Truth matters, no matter who speaks it or their age. Your perspective is valid. Stay informed, stay vocal!

    #YouthVoice #palestine #alleyesonrafah #eyesonrafah #gaza #endgenocide #palestine🇵🇸 #bebaspalestin #فلسطين #فلسطين🇵🇸 #غزة #الأقصى


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 2 min
    Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat

    Kebangkitan Anak Muda Kampus Amerika Syarikat

    Kebangkitan anak muda di kampus-kampus Amerika Syarikat. Meneladani bagaimana perjuangan anak muda bernama Ibrahim (alayhi al-salam) diremehkan oleh orang tua dengan alasan “ala anak muda, bising je lebih!” daripada Surah al-Anbiya’ ayat ke-60.

    #bebaspalestin #palestin #palestine #ibrah #anakmuda #solidariti #gaza #anbiya


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 7 min
    Sahaja Aku Gembira Lillahi Ta’ala

    Sahaja Aku Gembira Lillahi Ta’ala

    Sudah menjadi kebiasaan dalam kelaziman hidup ini, kita menyambut hari raya dalam suasana gembira, bertemu keluarga dan sahabat handai. Tetapi semasa lebih 30 ribu saudara kita di Palestin telah dibunuh, dan yang masih hidup pula berdepan dengan kebuluran dan penderitaan yang tak sudah, hati kita berbelah bagi. Serba salah antara hendak bergembira dalam kesedihan terkenangkan mereka. Ada kalanya hingga datang rasa malas beraya, seumpama raya itu jadi tidak bermakna. Malah mungkin setengahnya rasa terhina dan bersalah hendak bergembira pada hari raya.

    Di sinilah pentingnya untuk kita mengembalikan kegembiraan hari raya itu kepada punca gembira yang sebenar. Kita menginsafi hakikat kegembiraan kita mestilah datang daripada Allah subhanahu wa ta ‘ala. Dalam erti kata yang lain, kita gembira kerana Allah.

    Gembira kerana selesai menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan.

    Gembira dapat membayar zakat fitrah.

    Gembira meraikan perubahan diri serba sedikit ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

    Kegembiraan itu adalah hasil kurniaan Allah, peluang untuk kita beribadah dan melakukan benda-benda yang Dia suka.

    Jika kita gembira kerana Allah, maka kita ada kekuatan untuk mengimbangkan di antara gembira dan sedih. Kegembiraan kita tidak menggambarkan seolah-olah kita melupakan saudara-saudara kita yang menderita. Manakala kesedihan kita pula tidak sampai hingga kita terlupa, Aidilfitri ini adalah hari perayaan yang Allah berikan kepada kita.

    Allah bukan bagi saja-saja, malah sampai ke tahap Allah haramkan kita berpuasa. Berdosa. Mengkhianati Abu al-Qasim, Nabi ﷺ. Semalamnya berdosa jika tidak berpuasa. Esoknya berdosa jika berpuasa.

    Pada hari raya Aidilfitri, kita diwajibkan bergembira. Tetapi dengan kegembiraan yang bukan datang daripada adat budaya semata-mata, apatah lagi gembira yang lalai, hingga melupakan Dia, meninggalkan solat. Sebaliknya kita gembira dengan kegembiraan halal yang Allah sediakan hari khusus untuknya.

    Satu Syawwal tahun ini, satu Syawwal yang amat saya rasakan bahawa sesungguhnya “sahaja aku gembira, Lillahi ta‘ala.”


    #aidilfitri #aidilfitri1445 #aidilfitri2024 #selamathariraya #hariraya #hariraya2024


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 3 min
    Episod 6: Ayat 6 Surah al-Hashr: Usaha Siapa?

    Episod 6: Ayat 6 Surah al-Hashr: Usaha Siapa?

    AYAT 6 SURAH AL-HASHR

    Allah swt bezakan harta tinggalan musuh sama ada harta itu ditinggalkan selepas selesainya peperangan (ghanimah), atau harta yang ditinggalkan tanpa terjadinya peperangan (al-fai’). Bani Nadhir mengalah dah meninggalkan Madinah, bukan dengan usaha umat Islam, tetapi dengan Allah sendiri mencampakkan rasa takut ke dalam hati Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada perjanjian mereka bersama komuniti Madinah.

    Hari ini, pembelaan dan kemenangan untuk Palestin, sama ada ia akan meninggalkan ghanimah atau al-fai’, kita perlu fikir sebagai saksi kepada jenayah G yang dilakukan oleh ziyonees ke atas Palestin, apa usaha kita? Dan tidak malukah selepas 30 ribu dibunuh, masih ada yang memilih berkecuali? Isunya bukan soal apa orang kata, tetapi kita sendiri untuk berdiri di hadapan Tuhan. Nak cakap apa kepada anak-anak kalau kita sibuk dengan hal sendiri semasa Palestin dimusnahkan, barat bangkit, manakala kita memilih untuk neutral tidak melakukan apa-apa?

    #bebaspalestin #palestin #gaza #palestine #hentikanpeperangan


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 3 min

Customer Reviews

4.8 out of 5
33 Ratings

33 Ratings

Nazry Iskandar ,

Ilmu di Hujung Jari

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz untuk Podcast ini. Saya follow penulisan Ustaz baik dari buku-buku hingga ke sini.

Teruskan penyampaian ilmu untuk penyediaan menghadapi urusan dunia dan akhirat.

Adipirlo ,

PODCAST ILMU YANG BAGUS

Alhamdullilah, terima kasih ustaz di atas perkongsian ilmu. Mudah faham dan jelas.

Amirul Malaysia ,

Good information

Alhamdulilah suka follow topic dr Ustz

Top Podcasts In Society & Culture

搞钱女孩|女性成长访谈播客
搞钱女孩创始人小辉
唐陽雞酒屋
唐綺陽
THE FUYOH
THE FUYOH | 平凡人的互助會
不把天聊si
我要WhatYouNeed
No Stupid Questions
Freakonomics Radio + Stitcher
思維槓桿
麥可米克

You Might Also Like

Nouman Ali Khan
Muslim Central
Mindful Muslimah Speaks
Mindful Muslimah Speaks
The Thinking Muslim
Muhammad Jalal
TIBER
Tiber Podcast
TTYL: Talk To You Later
Nell Hanan, Sarancak, Zul.Zamir, Haze