100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News
    • 5.0 • 1 Rating

Sinar Harian podcast

    Ranting Hati jadi tempat jemaah luah perasaan

    Ranting Hati jadi tempat jemaah luah perasaan

    BERITA SEMASA 21 MEI 2024
    Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) membuat satu inisiatif baharu untuk mendekatkan diri dengan jemaah haji Malaysia menerusi kaedah penulisan Ranting Hati, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
    Kaunselor Mohd Najib Harun berkata, ‘pohon’ Ranting Hati ini merupakan tempat jemaah haji meluah perasaan sepanjang menunaikan ibadat di Tanah Suci Makkah menerusi kaedah penulisan.
    Menurutnya, kaedah seumpama itu diwujudkan buat pertama kalinya dan mekanisme seperti ini tidak menggunakan kaunselor sebaliknya melibatkan jemaah dengan jemaah yang lain.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665841/berita/nasional/ranting-hati-jadi-tempat-jemaah-luah-perasaan
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #ArabSaudi #RantingHati #JemaahHaji #Haji

    • 1 min
    Pasukan peronda bertugas walaupun suhu 52 darjah Celsius

    Pasukan peronda bertugas walaupun suhu 52 darjah Celsius

    Pasukan peronda bertugas walaupun suhu 52 darjah Celsius
    BERITA SEMASA 20 MEI 2024  
    Pasukan Unit Peronda Tabung Haji (Tabung Haji) merupakan anggota barisan hadapan yang perlu bertugas di bawah cahaya terik matahari dengan suhu mencecah 52 darjah Celsius demi memastikan keselamatan 31,600 jemaah haji Malaysia, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
    Ketua Unit Peronda, Inspektor Mohamad Amer Jawahil berkata, unit tersebut mempunyai 18 anggota dan berperanan memantau perjalanan pergi balik jemaah haji Malaysia di sekitar Masjidil Haram.
    Menurutnya, unit peronda bertugas 24 jam dengan mempunyai tiga syif iaitu bermula waktu pukul 7 pagi, 2 petang dan 10 malam.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665700/berita/nasional/pasukan-peronda-bertugas-walaupun-suhu-52-darjah-celsius
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji

    • 2 min
    Saksi terima 250 mesej, panggilan video mengaibkan Ebit Lew

    Saksi terima 250 mesej, panggilan video mengaibkan Ebit Lew

    BERITA SEMASA 20 MEI 2024
    Saksi pendakwaan yang kesembilan bagi kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima sehingga 250 mesej dan panggilan video pendakwah tersebut dalam keadaan berbogel melalui aplikasi WhatsApp, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
    Saksi wanita yang juga pengadu dalam kes ini memberitahu mahkamah bahawa Ebit Lew mula menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp pada jam 2.28 pagi 4 Mac 2021.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/665792/berita/semasa/saksi-terima-250-mesej-panggilan-video-mengaibkan-ebit-lew
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #EbitLew

    • 1 min
    Diugut bunuh: Teresa Kok kekal tenang, bekerja seperti biasa

    Diugut bunuh: Teresa Kok kekal tenang, bekerja seperti biasa

    Diugut bunuh: Teresa Kok kekal tenang, bekerja seperti biasa
    BERITA SEMASA 20 MEI 2024   
    Ugutan bunuh yang diterima tidak merencatkan semangat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa.
    Teresa Kok berkata, pada pagi Isnin beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah turun ke lawatan tapak kolam takungan banjir di Kampung Bohol, Puchong.
    Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung notis ugutan berkenaan.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665754/berita/politik/diugut-bunuh-teresa-kok-kekal-tenang-bekerja-seperti-biasa
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #TeresaKok #UgutBunuh

    • 1 min
    Syahid akhirat buat 2 anggota terkorban serangan Balai Polis Ulu Tiram

    Syahid akhirat buat 2 anggota terkorban serangan Balai Polis Ulu Tiram

    BERITA SEMASA 20 MEI 2024
    Kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, diputuskan sebagai syahid akhirat.
    Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi mesyuarat khas pada Jumaat yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/665736/berita/semasa/syahid-akhirat-buat-2-anggota-terkorban-serangan-balai-polis-ulu-tiram
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Polis #PDRM #BalaipolisUluTiram

    • 1 min
    Parti liar dalam tren, KTM perlu beri penjelasan - UMNO Kedah

    Parti liar dalam tren, KTM perlu beri penjelasan - UMNO Kedah

    Parti liar dalam tren, KTM perlu beri penjelasan - UMNO Kedah
    BERITA SEMASA 20 MEI 2024      
    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu tampil memberi penjelasan berhubung penganjuran parti liar persendirian dalam koc miliknya yang didakwa kali pertama di Asia Tenggara.
    Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu dikatakan tidak selari dengan adat kesopanan dan budaya timur masyarakat Malaysia.
    Menurutnya, tindakan itu dikatakan tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam Melayu.
    Jelas beliau, penjelasan perlu diberikan berhubung bagaimana KTM boleh terlepas dalam perkara seperti itu.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665710/berita/semasa/parti-liar-dalam-tren-ktm-perlu-beri-penjelasan---umno-kedah
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #KTMB

    • 1 min

Customer Reviews

5.0 out of 5
1 Rating

1 Rating

Top Podcasts In News

Global News Podcast
BBC World Service
The Global Story
BBC World Service
BBK Network @ Podcast
BBK Network
The Daily
The New York Times
Economist Podcasts
The Economist
Ringgit and Sense
BFM Media