6 episodes

Saluran audio siar paling syok sendiri. Tercipta kerana obses bercakap berseorangan. Pseudo segalanya. Oh, kadangkala kami ada tetamu jemputan!

Coklat Angin Aminuddin Zain

    • Society & Culture

Saluran audio siar paling syok sendiri. Tercipta kerana obses bercakap berseorangan. Pseudo segalanya. Oh, kadangkala kami ada tetamu jemputan!

    #6 - Citer Serem Jilid 1 (Jin Botak, Bangi dan Ampang Point)

    #6 - Citer Serem Jilid 1 (Jin Botak, Bangi dan Ampang Point)

    Tetamu tetap CAP, Murtaza a.k.a Wan Je berkongsi pengalaman berhadapan dengan pelbagai bentuk makhluk bernama jin. Dari Bangi hingga ke Kuala Kangsar, melihat susuk berbadan manusia berkepala kerbau dan bagaimana ruqyah menghilangkan sebahagian memorinya antara bahagian menarik episod kali ini. Bukan setakat itu sahaja, malah Ampang yang kini dipegang Zuraida Kamarudin (tuan kpd saka yg bernama HafizRayyan di Twitter) juga tidak ketinggalan memberikan pengalaman yang sukar dilupakan dalam kamus (dwibahasa) hidup Murtaza. 

    • 1 hr 16 min
    #5 - Apa Jadi Masa COVID-19?

    #5 - Apa Jadi Masa COVID-19?

    Walaupun COVID-19 dilihat sebuah bala, namun ada juga sisi lain yang mungkin dalam diam kita lupa bahawa ia menyenangkan, dalam cara tidak pernah kita hadapi sebelum ini; naik turun hal perdagangan moden, pengalaman kelas melalui skrin, pendidikan anak-anak yang tidak efektif, ketidakadilan pendidikan disebabkan capaian internet yang tidak sekata, kebantutan watak dan personaliti akibat kehilangan ruang sosial dan usia muda ketika di universiti, hotel ternama yang menghubungi bekas pelanggan untuk menjual kek bulan dan rahmat pada bapa yang menjalani pembedahan ketika hospital dipenuhi pesakit COVID-19. 

    Amaran: Hos lebih banyak bercakap daripada tetamu. 

    Harapan: Hos lebih sedar diri dan teratur menguruskan masa dalam episod akan datang.

    • 38 min
    #4 - Seputar iPhone 13 dan iOS 15

    #4 - Seputar iPhone 13 dan iOS 15

    Dengan tetamu jemputan (lama) Murtaza a.k.a Wan Je dan (baru) Aini Mazalan berkongsi pendapat tentang iPhone 13 dan iOS 15 yang akan dilancarkan Oktober nanti. Apakah iPhone 13 hadir dengan naik taraf yang berbaloi atau sekadar model baru memenuhi ritual tahunan Apple? Adakah iOS 15 benar-benar menawarkan ciri baru yang bermanfaat atau hanya fungsi tambahan? Wan Je selaku pedagang dan peminat Apple mengulasnya lanjut dalam episod kali ini.

    • 36 min
    #3 - Melayu Malas?

    #3 - Melayu Malas?

    Siapa Melayu? Kenapa mereka dikatakan pemalas? Siapa yang rajin dan meletakkan label sedemikian? Apa yang ada pada masa depan untuk orang Melayu yang berbekalkan kemalasan?

    Dirakam dalam format video pada Jun 2018, episod kali ini juga sekadar ulangan dari beberapa tahun lepas. Klik pautan ini ( https://www.youtube.com/watch?v=PbYb1mIrmc0&t=35s) untuk ke video asal.

    • 7 min
    #2 - Sedekad di Media Sosial

    #2 - Sedekad di Media Sosial

    2020 bermaksud sudah lebih 10 tahun kami hidup bersama media sosial. Bermula dengan Friendster hinggalah ke Twitter yang sudah beberapa kali dinyahaktif, panel jemputan, Murtaza a.k.a Wan Je memberi reaksi dan berkongsi pandangan mengenai isi Episod 1. Sejam (lebih) ini kami bersembang dengan lebih terperinci tentang manusia dan media sosial yang saling mempengaruhi satu sama lain, perilaku pelik anak-anak bangku sekolah di Instagram, fasa hidup di media sosial, pengalaman kami mendewasa bersamanya, menghidup realiti tanpa skrin, dan akhirnya menyimpul kemas topik ini sehingga tidak akan wujud lagi wacana dan kesimpulan yang boleh dikemukakan dari mana-mana bahagian dunia selepas ini.



    Oh ya, beberapa nama tokoh juga ada disebut seperti Pedoq (@pedoqpop) *hats off*

    • 1 hr 5 min
    #1 - 30 Hari Tanpa Media Sosial

    #1 - 30 Hari Tanpa Media Sosial

    Di episod tama ini saya keseorangan berbicara tentang sebab dan pengalaman meninggalkan media sosial selama 30 hari. 

    • 10 min

Top Podcasts In Society & Culture

Fryktløs
Både Og & Blåkläder
Svarttrost Dok
Svarttrost
Mer än bara morsa!
Kenza & Ines
Fladseth
Moderne Media
Where Everybody Knows Your Name with Ted Danson and Woody Harrelson (sometimes)
Team Coco & Ted Danson, Woody Harrelson
Grenseløs
BATONG MEDIA og Bauer Media