14 avsnitt

Podcast dari Malaysia tentang pembikinan kandungan digital - podcasting, videography, musik, kewartawanan dan banyak lagi!

Kondenser adalah podcast yang diterbitkan oleh laman podkast.my!

Kondenser podkast.my

    • Utbildning

Podcast dari Malaysia tentang pembikinan kandungan digital - podcasting, videography, musik, kewartawanan dan banyak lagi!

Kondenser adalah podcast yang diterbitkan oleh laman podkast.my!

    KHAS: Mengajar Depan Kamera Bukan Mudah

    KHAS: Mengajar Depan Kamera Bukan Mudah

    Episod khas ini menumpukan kepada penyampaian pembelajaran dalam norma baharu. Apakah cikgu dan pensyarah boleh  mengajar di hadapan kamera dengan mudah?

    Kondenser mendengar pandangan guru-guru dan pensyarah universiti dalam mengajar di hadapan laptop/camera semasa PKP, dan juga mendengar pendapat pakar pembelajaran digital dan futuristik - Dr. Helmi Norman, dari Pusat Pengajaran dan Pembangunan Korikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.



    Episod ini dirakam pada 23hb Februari 2021

    • 57 min
    VODCAST, CLUBHOUSE, PENERBIT JENAKA KAMPUNG KALUT

    VODCAST, CLUBHOUSE, PENERBIT JENAKA KAMPUNG KALUT

    Episod ke-sebelas Kondenser kali ini melihat kepada penerbitan podcast dalam bentuk visual ataupun ‘Vodcast”. Kami kongsikan antara kelebihan dan kekurangan Vodcast. Anda pasti tahu sitcom Jenaka Kampung Kalut? Kami menjemput Penerbit TV dan radio berpengalaman, Haizren Mohd Esa sebagai tetamu untuk episod kali ini.

    • 40 min
    AUDIO MIXING, PdPR DAN SHARON WEE

    AUDIO MIXING, PdPR DAN SHARON WEE

    Episod kesepuluh Kondenser melihat kepada aspek-aspek mixing. Kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda titikberatkan apabila menyunting episod anda menggunakan DAW. 

    Seterusnya, kami menjawab soalan daripada Cikgu Ida yang bertanyakan soalan tentang cara-cara menggunakan podkast dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Ingin menjadi hos rancangan TV atau podkast, tetapi tidak ada latar belakang media? Dengar temuramah kami bersama Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara!

    Sharon menceritakan perjalanannya dari seorang atlit kebangsaan kepada pengamal media dan hos di Astro Arena. Apa lagi yang Sharon terajui sekarang?

    • 45 min
    PERANCANGAN PODKAST & DR. KHOR SWEE KHENG

    PERANCANGAN PODKAST & DR. KHOR SWEE KHENG

    Dalam episod ke-9 Kondenser, kami menemuramah pakar sistem kesihatan ternama, Dr. Khor Swee Kheng. Kami juga berbincang mengenai cara merancang podkast anda. Segmen berita kali mendalami sejarah podkast pertama pada awal abad ini.

    • 45 min
    TEKNIK EQUALISATION, KEVIN BARNABY ARTIS SUARA LATAR

    TEKNIK EQUALISATION, KEVIN BARNABY ARTIS SUARA LATAR

    Kondenser bercakap mengenai teknik asas dalam membuat "Equalisation", berfokuskan kepada suntingan suara di dalam podkast. Akhir sekali, kami bersembang dengan Kevin Barnaby, artis suara latar yang anda mungkin pernah dengar dalam iklan dan juga filem animasi terkenal. Kevin memberi tips-tips untuk membuat "voiceover", dan bagaimana anda boleh meningkatkan mutu suara anda!

    • 45 min
    Setup Rakaman semasa PKP, Pengalaman Luqman membuat liputan PRU14

    Setup Rakaman semasa PKP, Pengalaman Luqman membuat liputan PRU14

    Bagaimana merakam semasa PKP? Kami kongsikan setup kami dalam episod  yang dirakam pada hari pertama PKP 2.0.  Luqman Hariz menceritakan pengalamannya membuat liputan semasa pilihanraya umum (PRU) pada tahun 2018.

    • 58 min

Mest populära poddar inom Utbildning

4000 veckor
Christina Stielli
Max Tänt med Max Villman
Max Villman
SMART PRAT
SMART PSYKIATRI
Sjuka Fakta
Simon Körösi
The Mel Robbins Podcast
Mel Robbins
Simple Swedish Podcast
Swedish Linguist