216 episódios

Himpunan Podcast terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #Podcast Pendidikan

Radio Pendidikan KPM Radio Pendidikan Mendidik Jiwa dan Minda

    • Educação

Himpunan Podcast terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #Podcast Pendidikan

    Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS

    Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS

    SINOPSIS
    Selepas kerangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang  untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri.

    Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang. dan atapnya daripada rambut. Setelah diberitahu tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sultan sebelum berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan rombongannya telah kembali semula ke Melaka. Tun Mamat telah menyampaikan segala perkhabaran kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melupakan hasratnya kerana tidak sanggup memberikan darah anakandanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Puteri Gunung Ledang.

    • 24 min
    Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Hindari Sifat Negatif

    Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Hindari Sifat Negatif

    Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.

    • 28 min
    Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Konsep Kenabian

    Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Konsep Kenabian

    Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapakah nabi dan rasul serta apakah peranan mereka . Seterusnya dijelaskan juga hikmah rasul daripada kalangan manusia. Kecintaan terhadap rasul dapat dipupuk apabila mereka memahami konsep kenabian ini dengan sepenuhnya.  

    • 24 min
    SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau

    SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau

    Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.

    • 27 min
    SEJARAH TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

    SEJARAH TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

    Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan

    masyarakat sehingga kini.

    • 27 min
    SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

    SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

    Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.

    • 22 min

Top podcasts em Educação

Flow Podcast
Estúdios Flow
Top Áudio Livros
Top Áudio Livros
Inglês do Zero
Jader Lelis
6 Minute English
BBC Radio
Histórias em Inglês com Duolingo
Duolingo
Psicologia na Prática
Alana Anijar