10 Folgen

Podcast by Glombng

Podcast Glombng Glombng

    • Gesellschaft und Kultur

Podcast by Glombng

    Podcast GLOMBNG #10 Bersama Nisha Firdaus: Cuba Semuanya

    Podcast GLOMBNG #10 Bersama Nisha Firdaus: Cuba Semuanya

    Hari ini ramai yang nyatakan hasrat untuk menyumbang kepada penjagaan alam sekitar, tetapi tidak ramai yang ada ilmu untuk melaksanakan hasrat tersebut.

    Nisha Firdaus dari Ecocentric Transitions berkongsi dengan Podcast Glombng langkah-langkah permulaan untuk menjadi seorang pencinta alam sekitar.

    Selanjutnya di glombng.wordpress.com

    Muzik ehsan Bensounds.com

    • 21 Min.
    Podcast Glombng #9 Bersama Lena Hendry: Dokumentari untuk negara!

    Podcast Glombng #9 Bersama Lena Hendry: Dokumentari untuk negara!

    Di dalam podcast glombng kali ini, kita bertemu dengan orang kuat arena dokumentari di Malaysia iaitu Lena Hendry, pengurus program Freedom Film Festival.

    Lena membuat perkongsian tentang ciri-ciri dokumentari, kemampuan dokumentari untuk membawa perubahan positif untuk masyarakat, dan juga cabaran-cabaran yang pembikin filem hadapi dalam membawa isu ke layar perak.

    Dia juga menceritakan pengalamannya dibawa ke mahkamah atas tuduhan menyiar dokumentari tanpa kebenaran.

    Selanjutnya di glombng.wordpress.com

    Anda juga boleh ikut glombng di twitter @glombng, dan juga facebook (glombng) untuk maklumat terkini dari kami.

    Musik ihsan Bensound.com

    • 16 Min.
    Podcast Glombng #8 Bersama Wan Matiin: Dapat makanan berkhasiat, bekalan pun aman

    Podcast Glombng #8 Bersama Wan Matiin: Dapat makanan berkhasiat, bekalan pun aman

    Pengimpotan makanan tidak semestinya menjadi masalah kerana aktiviti ini mampu membawa makanan yang lebih murah ke pasaran. Pada masa yang sama, ia juga menimbulkan persoalan keamanan makanan (food security). Penting untuk sesebuah negara memastikan ia berkemampuan untuk membekalkan peratusan makanan yang bersesuaian sebagai penimbal kepada faktor-faktor luaran yang boleh menganggu bekalan makanan kita.

    Kebun kejiranan salah satu strategi menangani isu ini. Di dalam Podcast Glombng kali ini, Wan Matiin dari Urban Hijau memberi penjelasan tentang kegiatan ini, dan memberi nasihat untuk mereka yang berminat.

    Anda boleh baca lebih lanjut tentang kebun kejiranan dan lain-lain topik menarik di glombng.wordpress.com

    Lagu ihsan Bensound.com

    • 13 Min.
    Podcast Glombng #7 Bersama Azam Hisham: Jangan buang, bikin ulang

    Podcast Glombng #7 Bersama Azam Hisham: Jangan buang, bikin ulang

    Kita bertemu dengan Azam Hisham dari Biji-Biji Initiative di dalam Podcast Glombng kali ini dan dia menjelaskan apa itu konsep ‘upcycling’. Penggunaan semula secara kreatif, atau ‘upcycling’ merupakan cara untuk mengguna semula barang yang hendak dibuang, dengan mengolahnya menjadi bahan baru yang mungkin lain dari tujuan asalnya.

    Biji-Biji dalam usahanya menyebarkan kesedaran tentang ‘upcycling’ membuka bengkel-bengkel yang diisi alatan dan mesin untuk digunakan orang awam yang mempunyai idea-idea untuk mengolah semula barang buangan. Sama ada ia barangan kayu, kain, mahupun elektronik, mereka mengalu-alukan orang ramai untuk pergi ke bengkel dan cuba – dan seterusnya menambahbaik idea mereka.

    Baca lagi di glombng.wordpress.com

    • 16 Min.
    Podcast Glombng #6 Bersama Tarmizi Anuwar: Kebajikan masyarakat, kekayaan individu

    Podcast Glombng #6 Bersama Tarmizi Anuwar: Kebajikan masyarakat, kekayaan individu

    Podcast Glombng kali ini berwawancara dengan Tarmizi Anuwar, koordinator program dari Malaysian Students for Liberty, dan bersama dengan dia kita cuba memahami sudut pandang ekonomi liberal tentang percukaian dan polisi kerajaan yang bersifat kebajikan, seperti subsidi dan bayaran tersasar seperti BR1M.

    Baca lagi di glombng.wordpress.com

    • 11 Min.
    Podcast Glombng #5 bersama Michelle Yesudas: Terhapuskah hasutan dengan pemansuhan akta?

    Podcast Glombng #5 bersama Michelle Yesudas: Terhapuskah hasutan dengan pemansuhan akta?

    Sejak tahun 2014, sudah 114 orang disiasat atau didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 menurut Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Jumlah besar ini lebih mengejutkan apabila kita ingat kembali keputusan Perdana Menteri Najib Razak untuk menghapuskan Akta Hasutan, suatu keputusan yang kemudiannya terpaksa dibatalkan akibat tidak mendapat sokongan golongan konservatif.

    Kita bincang isu ini di dalam Podcast Glombng kali ini, bersama seorang peguam dan pejuang hak asasi Malaysia, Michelle Yesudas.

    Selanjutnya di glombng.wordpress.com

    • 12 Min.

Top‑Podcasts in Gesellschaft und Kultur

Hotel Matze
Matze Hielscher & Mit Vergnügen
Seelenfänger
Bayerischer Rundfunk
TBD mit Luisa Neubauer
Luisa Neubauer & Studio Bummens
Hoss & Hopf
Kiarash Hossainpour & Philip Hopf
Rammstein – Row Zero
NDR, SZ
Otze – Stasi, Punk & Mord
Podimo