31 episodes

Siaran daripada Waroeng Baru, sebuah kolektif memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat.

Waroeng Baru Waroeng Baru

    • News

Siaran daripada Waroeng Baru, sebuah kolektif memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat.

    Soalan-soalan lazim politik Islam bersama Ustaz Marwan Bukhari (Bahagian 1)

    Soalan-soalan lazim politik Islam bersama Ustaz Marwan Bukhari (Bahagian 1)

    Waroeng Baru kembali pasca-pilihanraya untuk terus bertanya tentang isu-isu utama hari ini.

    Salah satu perkara yang menjadi perbincangan ialah fenomena 'gelombang hijau' yang melonjakkan Perikatan Nasional dan parti komponen terbesarnya PAS mendapat jumlah kerusi yang besar di kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam.

    Adakah ini merupakan anjakan ketara kehendak politik orang Melayu yang mahu mencari politik yang lebih patuh syariah? Apakah maksudnya politik Islam?

    Ikuti perbincangan kami bersama Ustaz Marwan Bukhari, penyelidik dan penterjemah untuk lebih memahami situasi ini dan bentuk (atau bentuk-bentuk) politik yang mesra ajaran Islam

    ---

    Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk    melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di  waroengbaru.com/buku

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 30 min
    Nak ke Manifesto? bersama Iskandar Fareez [Bahagian 2]

    Nak ke Manifesto? bersama Iskandar Fareez [Bahagian 2]

    Dalam bahagian ini, kita selami kandungan Tawaran Harapan yang dikemukakan untuk PRU 15. 

    Apakah keutamaan dan pendekatan yang disampaikan Pakatan Harapan kepada pengundi, dan adakah ia benar-benar mampu dilaksanakan.

    Anggota jawatankuasa Tawaran Harapan Iskandar Fareez memberi penjelasan tentang dokumen ini dalam soal jawab kali ini. 

    Baca Tawaran Harapan dengan lebih lanjut di www.kitaboleh.my/PRU15

    Jika anda perlukan bantuan untuk mengundi, semak laman web #UndiBanjir bagi mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan yang disediakan oleh sukarelawan di dalam dan luar Malaysia: https://www.undibanjir.com/ms

    ---

    Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk   melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di  waroengbaru.com/buku

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    Muzik tambahan: Kita Boleh - Vitamin M https://www.youtube.com/watch?v=S49NDOD6chY


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 29 min
    Nak ke Manifesto? bersama Iskandar Fareez [Bahagian 1]

    Nak ke Manifesto? bersama Iskandar Fareez [Bahagian 1]

    Rakyat pasti mengharapkan kerajaan bijak menjalankan tugas, namun apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan?

    Pada kebiasaanya, parti-parti politik akan memperkenalkan manifesto yang memberikan komitmen dan keutamaan mereka untuk tatapan rakyat. Namun kerana tahap kepercayaan yang rendah dan rekod perlaksanaan yang tidak memuaskan, rakyat tidak semestinya mudah mempercayai janji-janji tersebut.

    Maka sejauh manakah manifesto pilihan raya dalam keadaan ini, dan apakah yang rakyat perlu sedar sebelum membuang undi?

    Kita mendengar pandangan Iskandar Fareez tentang keperluan manifesto politik dalam iklim hari ini.  Iskandar merupakan pengarah komunikasi badan pemikir REFSA, dan anggota jawatankuasa pengarang Tawaran Harapan, manifesto PRU15 gabungan Pakatan Harapan.

    Baca Tawaran Harapan dengan lebih lanjut di www.kitaboleh.my/PRU15

    ---

    Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk   melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di  waroengbaru.com/buku

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    Muzik tambahan: Bensound.com


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 25 min
    Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 2]

    Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 2]

    Adakah dasar kerajaan yang telah diperkenalkan atau akan dijanjikan sewaktu kempen PRU-15 benar-benar menepati keperluan perumahan rakyat Malaysia?

    Pemilikan rumah, dan pemudahcaraan pemilikan rumah melalui program seperti sewa untuk beli (rent-to-own),  insentif tunai pembelian rumah berharga mampu di lokasi pinggiran, dan pelanjutan tempoh pinjaman dari maksimum 35 tahun tampak wajar, namun adakah ia menyelesaikan masalah warga kota atau mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual?

    Lebih penting lagi, tanya Fikri Fisal, adakah benar-benar memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan rumah yang sesuai untuk didiami? Dengar sambungan perbincangan tentang perumahan dalam episod kali ini di Waroeng Baru.

    Sekiranya ada terlepas bahagian pertama, anda boleh lihat ringkasannya di laman web kami, www.waroengbaru.com

    Fikri ialah penyelidik ‘barangan awam’ di The Centre. Dia berhasrat  untuk mendalami dan memperbaik pasaran rumah sewa di Malaysia.

    ---

    Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk  melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di  waroengbaru.com/buku


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 30 min
    Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]

    Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]

    Waroeng Baru kembali untuk musim ketiga dalam kehangatan Pilihanraya ke15 yang bakal berlangsung dalam masa sebulan.

    Buat musim ini, kita akan fokus kepada isu-isu utama untuk membantu anda memahami tawaran-tawaran manifesto dengan lebih baik.

    Kita mulakan dengan isu perumahan, sejauh manakah dasar kerajaan berjaya untuk mengawal isu ini sejak awal 2000-an.

    Tetamu kali ini, Fikri Fisal menjelaskan faktor-faktor yang membawa kita ke situasi hari ini, dan kelompongan undang-undang sedia ada, khususnya untuk para penyewa dalam bahagian pertama perbincangan ini.

    Fikri ialah penyelidik ‘barangan awam’ di The Centre. Dia berhasrat untuk mendalami dan memperbaik pasaran rumah sewa di Malaysia.

    ---

    Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di waroengbaru.com/buku


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 36 min
    Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19 [EDISI RINGKAS]

    Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19 [EDISI RINGKAS]

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini]

    Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19?

    Kita tidak boleh sekadar pulang ke asal, dan membenarkan kembalinya struktur ekonomi yang mengayakan hanya segelintir dan memerah hampir ke semua yang lain.

    Ekonomi yang dibangunkan semula pasca pandemik perlulah bersifat lebih adil dan saksama, dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat, keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. Jelas kita perlu meninggalkan gaya hidup dan aktiviti yang bersifat eksploitasi dan hanya berkiblatkan keuntungan semata-mata.

    Dalam finale musim ini,  Prof Jomo Kwame Sundaram, tokoh ekonomi negara, berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan ekonomi kita sejak era 80-an sehingga hari ini, dan implikasi tindakan-tindakan dasar yang diambil kepada kita hari ini. Dia juga menjelaskan sebab-sebab mengapa industri tempatan harus diperkasakan semula secara efektif, dan tidak hanya bergantung kepada aliran pelaburan dari luar.

    Kita juga membincangkan isu kelompongan pemimpin muda, kembalinya akta hasutan, dan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat.

    Episod ini dirakam pada 4 September 2021.

    Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com

    --------

    Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu   rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan   media bebas dan bermartabat di  www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/waroeng-baru/message

    • 1 hr

Top Podcasts In News

Path to Power
Matt Cooper & Ivan Yates
The Rest Is Politics: US
Goalhanger
The Rest Is Politics
Goalhanger Podcasts
The Indo Daily
Irish Independent
Serial
Serial Productions & The New York Times
Brendan O'Connor
RTÉ Radio 1