387 episodes

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura Berita Harian Singapura

    • Arts

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

    Dari kecil dah jadi mangsa dadah

    Dari kecil dah jadi mangsa dadah

    Bila kita bincangkan tentang dadah, kita selalu cakap tentang penyalah guna dan bagaimana mereka terjejas akibat dadah.
    Namun, kita jarang dengar tentang apa yang dilalui ahli keluarga mereka yang menderita disebabkan mereka.Sempena Hari Dadah Sedunia pada 26 Jun, No Tapis bercakap dengan Encik Rizal Mustafa dan Cik Siti Rozianti Ahmad Ramlee yang menjadi mangsa apabila bapa mereka menyalah guna dadah. Dalam episod ini, mereka berkongsi bagaimana dadah telah memusnahkan keluarga mereka dan meragut nyawa seorang ahli keluarga.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 37 min
    Berenang dengan sebelah tangan...boleh ke?

    Berenang dengan sebelah tangan...boleh ke?

    Meskipun dilahirkan sebelah tangan tidak terbentuk sempurna, ini tidak menjadi hambatan bagi Moza Alyka Baihakki melakukan apa yang diimpikan, iaitu untuk berenang mewakili negara.
    Dalam episod No Tapis kali ini, Moza dan bapanya, bekas pemain bola sepak negara Baihakki Khaizan berkongsi perjalanan dan persiapan untuk mencapai sasaran menyertai Sukan Paralimpik 2026.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 43 min
    Bukan gila tapi ada penyakit jarang jumpa

    Bukan gila tapi ada penyakit jarang jumpa

    Bayangkan, anda tidak sihat dan pergi ke doktor untuk mendapatkan bantuan.Tetapi, semua ujian kesihatan anda tidak menunjukkan sebarang isu malah, doktor menuduh anda menipu tentang kesihatan anda. Ini yang berlaku kepada Encik Hazwady Nazran.
    Dalam episod No Tapis kali ini, Encik Hazwady, seorang pencipta lagu berkongsi pengalamannya mengalami penyakit autoimun yang jarang ditemui, anti-NMDA Encephalitis.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 37 min
    Ibu bapa tak tahu jaga anak?

    Ibu bapa tak tahu jaga anak?

    “Tahniah! Awak dah jadi seorang ibu/bapa sekarang!”
    Kata-kata ini menandakan mulanya perjalanan baru bagi setiap pasangan yang baru menimang cahaya mata. Namun, jelas perjalanan tersebut bukan mudah. 
    Dalam podcast No Tapis kali ini, Pegawai Program KidSTART, Cik Halimah Ghazalie dan Cik Jazimah Haron berkongsi cabaran yang biasa dihadapi ibu bapa serta menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pembangunan awal kanak-kanak.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 34 min
    Apabila pembantu rumah bercuti….

    Apabila pembantu rumah bercuti….

    Lazimnya pembantu rumah di Singapura akan meluangkan hari cuti mereka dengan kegiatan riadah seperti berkelah atau bersiar-siar. Namun ada juga segelintir yang memanfaatkan masa itu untuk meningkatkan diri.
    Episod No Tapis kali ini menampilkan pembantu rumah, Sri Mulyani dan Fitri yang berwawasan dan berkongsi usaha mereka mempertingkat kemahiran melalui pelbagai kursus supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila pulang ke Indonesia nanti.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 42 min
    Cheekies ingin berkembang jadi jenama antarabangsa?

    Cheekies ingin berkembang jadi jenama antarabangsa?

    Mula sebagai perniagaan untuk bantu keluarga, pengasas Cheekies, Encik Nabill Shukry Johari, kini ingin kembangkan perniagaan ke Indonesia.
    Dalam podcast No Tapis kali ini, Encik Nabill berkongsi perjalanannya sebagai anak muda yang mengendali perniagaan sepenuh masa, bekerja sepenuh masa dan belajar sebagai pelajar sambilan.
    See omnystudio.com/listener for privacy information.

    • 31 min

Top Podcasts In Arts

Roundfinger Channel
Roundfinger Channel
Readery
Readery
Good Night #ฟังก่อนนอน
Mission To The Moon Media
Myths and Legends
Jason Weiser, Carissa Weiser, Nextpod
Arttrovert
Salmon Podcast
อ่านแล้วอ่านเล่า
Ta Thananon Domthong