100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News

Sinar Harian podcast

    Reformasi pendidikan negara selari titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina

    Reformasi pendidikan negara selari titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Reformasi pendidikan negara yang sedang giat dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada waktu ini selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang mahukan sistem pendidikan negara berubah, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman
    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini KPM giat melaksanakan pelbagai inisiatif di setiap peringkat bagi memperkasakan sistem pendidikan negara.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/664079/berita/nasional/reformasi-pendidikan-negara-selari-titah-tunku-mahkota-ismail---fadhlina
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #TMJ #FadhlinaSidek

    • 30 sec
    Tempias PRK, lokasi menarik Kuala Kubu Baharu jadi tumpuan

    Tempias PRK, lokasi menarik Kuala Kubu Baharu jadi tumpuan

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Disebalik kemeriahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, ramai mengambil kesempatan untuk mengunjungi pelbagai tempat pelancongan menarik di sekitarnya.
    Paling menjadi tumpuan Bukit Kutu, Bukit Batu Pahat, White Water Rafting dan Sungai Pertak
    Tidak terkecuali, World of Phalaenopsis Ulu Yam yang terletak di Kampung Sungai Kamin, Batang Kali dan lorong seni pelancongan di pekan Kuala Kubu Baharu.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #KualaKubuBaharu

    • 1 min
    'Doakan Faisal pulang sebelum Aidiladha'

    'Doakan Faisal pulang sebelum Aidiladha'

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang. 
    Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala. 
    Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya. 
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664033/berita/sukan/doakan-faisal-pulang-sebelum-aidiladha
    Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim #SelangorFC #SimbahAsid

    • 1 min
    Kerajaan sedia rawat penerima vaksin alami kesan sampingan

    Kerajaan sedia rawat penerima vaksin alami kesan sampingan

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Kerajaan akan bertanggungjawab merawat penerima vaksin Covid-19 yang terbukti mengalami kesan sampingan termasuk jenis AstraZeneca selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.
    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan juga mempunyai kaedah merawat kesan sampingan tersebut kerana mempunyai semua data berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI). 
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/664038/berita/nasional/kerajaan-sedia-rawat-penerima-vaksin-alami-kesan-sampingan
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #vaksin #covid19 #Pfizer #Sinovac #AstraZeneca

    • 1 min
    Keputusan SPM kekal diumum 27 Mei - Fadhlina

    Keputusan SPM kekal diumum 27 Mei - Fadhlina

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei ini.
    Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.
    Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dilaporkan berkata, ini kerana guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2024 #FadhlinaSidek

    • 1 min
    Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg

    Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg

    BERITA SEMASA 10 MEI 2024
    Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
    Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
    Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #buayatembaga900kgditangkap

    • 1 min

Top Podcasts In News

The Daily
The New York Times
Serial
Serial Productions & The New York Times
Up First
NPR
The Ben Shapiro Show
The Daily Wire
Truth with Vivek Ramaswamy
Vivek Ramaswamy
Pod Save America
Crooked Media