100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News

Sinar Harian podcast

    PRK KKB: Kempen calon PN capai 70 peratus

    PRK KKB: Kempen calon PN capai 70 peratus

    BERITA SEMASA 6 MEI 2024
    Berbaki lima hari tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Perikatan Nasional (PN) telah mencapai lebih 70 peratus kawasan bertemu pengundi, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
    Calonnya, Khairul Azhari Saut berkata, kempen tersebut meliputi kawasan Felda, pasar pagi dan peniaga-peniaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
    Khairul Azhari yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kuala Kubu Baharu memaklumkan, aktiviti berkempen berjalan lancar selain penerimaan pengundi sangat positif.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663007/PRK-KKB:-Kempen-calon-PN-capai-70-peratus
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #PN #PRKKualaKubuBaharu
     

    • 1 min
    Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi

    Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi

    BERITA SEMASA 6 MEI 2024
    Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah di Hotel Roha yang akan mula beroperasi bermula Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.
    Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong berkata, Pusat Rawatan Madinah dilengkapi kemudahan 33 katil termasuk wad pemerhatian kecemasan, wad lelaki dan wad wanita.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663184/berita/nasional/pusat-rawatan-madinah-mula-beroperasi
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Madinah #Makkah #Haji

    • 1 min
    Jangan jadikan peruntukan sebagai tebusan politik – Amira

    Jangan jadikan peruntukan sebagai tebusan politik – Amira

    BERITA SEMASA 6 MEI 2024
    Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz mempersoalkan tindakan kerajaan meletakkan pelbagai syarat bagi membolehkan Ahli Parlimen mendapatkan peruntukkan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin
    Beliau berkata demikian ketika sidang media di mahkamah selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 23 April lalu, berhubung tindakan pemberhentian peruntukan RM4 juta untuk Parlimen Muar, tahun ini.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #JPA #peruntukan #tebusanpolitik

    • 1 min
    [INTERVIU] 'Saya ada kekuatan walau bukan anak tempatan'

    [INTERVIU] 'Saya ada kekuatan walau bukan anak tempatan'

    [INTERVIU] 'Saya ada kekuatan walau bukan anak tempatan'
    Berbekalkan raut wajah dan tutur kata lembut, tidak bermakna beliau tiada kemampuan memimpin sebuah kawasan seperti Kuala Kubu Baharu.
    Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu sangat yakin dengan keupayaan dirinya, bersandarkan legasi ditinggalkan mendiang Lee Kee Hiong yang juga idola beliau.    
    Apa aspirasi, idea juga strategi Sock Tao dalam memenangi hati penduduk berbilang kaum di Kuala Kubu Baharu?
    Jawapannya dalam Interviu pada Ahad, 5 Mei 2024 jam 2 petang di semua platform digital Sinar Harian.
    Muzik: Long River by EdRecords - www.bensound.com #Interviu #SinarHarian #KuasaRakyat #PRKKKB #PRKKualaKubuBaharu #PakatanHarapan #PangSockTao

    • 10 min
    Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar

    Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar

    Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
    BERITA SEMASA 6 MEI 2024
    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung dakwaan kerajaan menghentikan peruntukan dana lebih RM4 juta bagi tujuan perbelanjaan kebajikan rakyat di kawasannya.
    Permohonan itu difailkan Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama tiga pengundi di Parlimen itu terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi, pada 23 April lalu.
    Syed Saddiq berkata, dana itu dibatalkan selepas MUDA menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663139/berita/semasa/syed-saddiq-fail-semakan-tindakan-pm-kerajaan-henti-peruntukan-untuk-muar
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #ParlimenMuar #SyedSaddiq #Mahkamah

    • 1 min
    RM39.5 juta tingkatkan produktiviti pekebun kecil - RISDA

    RM39.5 juta tingkatkan produktiviti pekebun kecil - RISDA

    RM39.5 juta tingkatkan produktiviti pekebun kecil - RISDA
    BERITA SEMASA 6 MEI 2024
    Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited membantu meningkatkan produktiviti dan kemampanan pekebun kecil getah pada tahun ini menerusi peruntukan sebanyak RM39.5 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
    Peruntukan dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang disalurkan kepada agensi berkenaan itu sebagai tanda sokongan kepada 552,543 pekebun kecil di seluruh negara serta mengukuhkan perkembangan industri getah tanah air.
    Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, daripada jumlah tersebut program Peningkatan Produktiviti Getah (PROGET) menerima peruntukan yang tertinggi iaitu sebanyak RM22.96 juta diikuti, Pemulihan Getah Terbiar RM15 juta dan Peningkatan Produktiviti Lateks (PROTEK) sebanyak RM1.61 juta.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: Bensound Dreams dari www.bensound.com
    #BeritaSemasa #SinarHarian #RISDA

    • 2 min

Top Podcasts In News

The Daily
The New York Times
Serial
Serial Productions & The New York Times
Up First
NPR
The Charlie Kirk Show
Charlie Kirk
Pod Save America
Crooked Media
The Ben Shapiro Show
The Daily Wire