100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News

Sinar Harian podcast

    Rumah terbuka Aidilfitri di KKB, boleh jadi satu kesalahan - Bersih

    Rumah terbuka Aidilfitri di KKB, boleh jadi satu kesalahan - Bersih

    BERITA SEMASA 26 APRIL 2024 
    Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Sabtu ini boleh bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR) kerana berlangsung semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK), lapor wartawan Sinar Harian, Qurratul Aina Quddus.
    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti sambutan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya dalam program itu juga merupakan satu kesalahan di bawah akta berkenaan.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661451/berita/politik/rumah-terbuka-aidilfitri-di-kkb-boleh-jadi-satu-kesalahan-pilihan-raya---bersih
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #rumahterbuka #PRK #KKB #PRKKKB

    • 1 min
    KPT tidak sekat kebebasan akademik universiti

    KPT tidak sekat kebebasan akademik universiti

    BERITA SEMASA 26 APRIL 2024 
    Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya tidak pernah menyekat kebebasan akademik setiap universiti di dalam negara, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Adnan.
    Sebaliknya, kata beliau, apa yang menjadi persoalan adalah kenyataan dikeluarkan oleh profesor pro-Israel jemputan Universiti Malaya (UM), Dr Bruce Gilley menyentuh mengenai keselamatan dan imej negara.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661449/berita/nasional/kpt-tidak-sekat-kebebasan-akademik-universiti
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #KPT #universiti #BruceGilley

    • 3 min
    PRK KKB: Sanusi dakwa kerajaan tidak fokus masalah negara

    PRK KKB: Sanusi dakwa kerajaan tidak fokus masalah negara

    BERITA SEMASA 26 APRIL 2024 
    Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kerajaan tidak memberi fokus sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah negara.
    Menurutnya, Kerajaan Perpaduan kini dilihat lebih gemar untuk bercerita mengenai keburukan yang terdapat pada pihak pembangkang.
    Tambah beliau, rakyat kini mampu membuat penilaian terhadap pimpinan kerajaan ketika ini setelah pelbagai isu yang timbul masih tiada penyelesaian.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661410/berita/politik/prk-kkb-sanusi-dakwa-kerajaan-tidak-fokus-masalah-negara
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #sanusi #PRK #KKB #PRKKKB

    • 3 min
    PM Anwar nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City, Johor

    PM Anwar nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City, Johor

    BERITA SEMASA 25 APRIL 2024 
    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
    Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata, Tak ada, mereka bangkitkan (isu) lesen kasino itu tipu.. Tak betul.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan Anwar bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661351/berita/nasional/pm-anwar-nafi-kerajaan-beri-lesen-kasino-di-forest-city-johor
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #anwaribrahim #casino #forestcity #johor

    • 1 min
    Kastam Sabah rampas minuman keras RM1.9 juta

    Kastam Sabah rampas minuman keras RM1.9 juta

    BERITA SEMASA 25 APRIL 2024
    Taktik penyeludup membuat pengisytiharan palsu pada dokumen gagal mengaburi mata pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah apabila sebanyak lima kontena berisi minuman keras bernilai RM1.9 juta termasuk cukai dirampas di Pelabuhan Sepanggar baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah JKDM Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kejayaan rampasan itu hasil kerjasama daripada Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu dan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar.
    Menurutnya, lima kontena tersebut berisi minuman keras disyaki cuba diseludup masuk dari Hong Kong dan Singapura ke negara ini tanpa sebarang duti dan cukai.
    Jelas beliau, rampasan dibuat pada 16, 17 dan 18 April lalu selepas mendapat maklumat daripada risikan ibu pejabat terhadap lima kontena dengan anggaran RM473,000 manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat sebanyak RM1.9 juta.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #kastamrampasminumankeras #Sabah

    • 2 min
    Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM

    Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM

    BERITA SEMASA 25 APRIL 2024
    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
    Beliau berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
    Azam berkata, maklumat lanjut berhubung kes termasuk kesalahan yang dilakukan kesemua mereka tidak akan diperincikan lagi buat masa ini.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661340/berita/semasa/isytihar-harta-tun-m-antara-individu-yang-disiasat-sprm
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #isytiharharta #TunMdisiasatsprm

    • 1 min

Top Podcasts In News

The Daily
The New York Times
Serial
Serial Productions & The New York Times
Up First
NPR
The Tucker Carlson Podcast
Tucker Carlson Network
Prosecuting Donald Trump
MSNBC
The Megyn Kelly Show
SiriusXM