Ratib Al-Haddad adalah zikir yang boleh di amalkan setiap hari, ianya adalah himpunanan yang berdasarkan ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, serta doa-doa yang bertujuan perlindungan diri serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Ianya adalah salah satu himpunan zikir yang begitu terkenal dan sudah menjadi kebiasaan amalan oleh ramai masyarakat muslim dimerata dunia.
Ianya disusun oleh salah seorang ulama terkemuka dari Hadramaut, Yaman, iaitu Imam Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al-Haddad. Beliau merupakan seorang Ulama mujaddid kurun ke-12.
Ratibul Hadad disusun pada 27 Ramadhan 1071 Hijriah (lebih dari 370 tahun yang lalu), Kelebihan Ratib Al-Haddad ini sangat banyak, bahkan pada zaman Imam Haddad sendiri sudah pun tersebar Ratib ini dan telah menjadi sebuah amalan yang di baca oleh kelompok yang ramai secara berjamaah di Masjidil Haram di Kota Mekkah & juga di Masjid Nabawi di Kota Madinah.
Sepertimana Ratib Al-Attas & juga Ratib Al-Haddad ini serta amalan-amalan yang dikumpulkan oleh para Ulama-ulama besar & para awliya Allah, semua amalan-amalan ini adalah merupakan seperti senjata bagi orang yang beriman, ianya jika di baca dengan istiqamah dan penuh ikhlas & khyusuk kepada Allah, akan mengkuatkan keyakinan kita kepada Allah dan pasti akan merasai kelebihan dan keberkatannya.
*Boleh di baca secara sendiri atau juga beramai-ramai.
*Sebaiknya di baca 2 kali sehari, pada Pagi (setelah subuh) & malam ( setelah maghrib atau setelah isya). Atau paling kurang sekali setiap hari pada waktu malam.
Semoga Allah kurniakan kita taufiq dan hidayah agar dapat mengamalkan amalan-amalan orang soleh, dan kelak di kumpulkan kita bersama mereka. amin
untuk pdf Ratib Al-Haddad boleh copy di bawah atau dari youtube Habib Nael (Bacaan Ratib Al-Haddad Oleh Habib Nael Ben Taher);
https://drive.google.com/file/d/1NRsJbjTYGZLSC1hUmOSZBdHpNrfqThtJ/view?usp=sharing
#habibnaelbentaher
#ratibalhaddad #imamalhaddad
Information
- Show
- Published23 June 2021 at 10:52 UTC
- Length22 min
- Season1
- Episode2
- RatingClean