Lima usaha telah saya lakukan untuk memperolehi ijazah sarjana dalam tempoh 20 tahun semenjak 2004. Kesemuanya tidak berjaya sampai ke penghujung kerana kegagalan saya menghasilkan sebuah tesis / disertasi. Seorang penulis buku prolifik gagal menghasilkan sebuah tesis, ia menjadi misteri dan kekecewaan yang amat mendalam di dalam diri. Sehinggalah akhirnya saya menerima diagnosis ADHD pada akhir tahun 2021 lalu memulakan intervensi perubatan dan ubah suai kehidupan. Kesannya sangat besar dan saya memberanikan diri kembali semula ke kampus. Pada bulan Jun 2024, program Postgraduate Certificate in Innovation and Enterprises Development di Tangent, Trinity College Dublin, telah berjaya saya sempurnakan dengan lancar menepati masa enam bulan yang ditetapkan, Alhamdulillah. Ia adalah di bawah pembiayaan penuh Springboard+ di Ireland. Kini saya mencuba buat kali keenam untuk memperolehi ijazah sarjana pendidikan. Alhamdulillah, saya menerima tawaran program Sarjana Pendidikan Khas (Diversity and Inclusion) di School of Education, Trinity College Dublin sebagai pelajar sepenuh masa selama setahun. Kajian kualitatif saya tertumpu kepada penggunaan teknologi berasaskan artificial intelligence di kalangan pelajar ADHD peringkat universiti seperti saya. Pembelajaran kali ini adalah atas pembiayaan sendiri. Saya sedang di dalam proses rayuan agar status pelajar antarabangsa saya ditukar kepada status EU untuk potongan yuran sebanyak 50%. Status EU adalah berasaskan residensi lima tahun dan saya telah bermastautin di EU (Finland dan Ireland) semenjak 2016. Jika berjaya, 90% yuran telah disempurnakan. Seandainya gagal, ada baki €8,000 yang perlu saya lunaskan. Mohon doa sahabat semua. Saya mengalu-alukan sumbangan, serta honorarium melalui perkhidmatan kemahiran di dalam bentuk ceramah, forum, seminar, latihan berkelompok, konsultasi pendidikan dan latihan profesyen keguruan untuk individu dan organisasi. Sumbangan ini bertujuan menampung kos pengangkutan harian, pembelian buku-buku, beberapa peralatan pembelajaran, serta langganan aplikasi berasaskan AI yang saya gunakan untuk pembelajaran sendiri, serta penyelidikan yang sedang dilakukan. Terima kasih. Hasrizal Abdul Jamil Master of Education (Diversity & Inclusion) School of Education, TCD Trinity College Dublin Republic of Ireland 🔵 GOFUNDME.RIZAL.IE #mytcdjourney🇲🇾🇮🇪 #adhddewasa #adhdmalaysia
Maklumat
- Rancangan
- KekerapanDua Minggu Sekali
- Diterbitkan6 Oktober 2024 12:32 PTG UTC
- Panjang10 min
- PenilaianBersih