Episod 2 - Kenapa Harga Jualan Motosikal Berbeza Dari Yang Diwartakan Oleh Pengeluar?

Pada amnya, pengeluar mana-mana model motosikal akan memberitahu kepada awam harga jualan motosikal tersebut. Akan tetapi untuk model-model motosikal yang popular terutamanya, harga jualan yang didapati di kedai-kedai motosikal kerap kali lebih tinggi daripada itu. Ada juga untuk model-model yang tersangat popular, harga "sebenar" berbanding dengan harga rasmi jauh berbeza. Mengapakah ini berlaku? Apa yang boleh kita, sebagai pengguna lakukan supaya tidak menjadi mangsa kepada penetapan harga yang tidak munasabah ini? Podcast episod kedua ini dihoskan oleh pengarang RodaRoda, Keryl Ajuan, bersama-sama dengan pengamal media motosikal veteran dari @fastlenzTV, Anuar Norick dan penerbit RodaRoda, @YusseriYusoff .
정보
- 프로그램
- 주기격주 업데이트
- 발행일2024년 10월 18일 오전 3:52 UTC
- 길이28분
- 등급전체 연령 사용가