Episod 7: Tetamu khas dari Bukit Aman memberikan pandangan PDRM tentang keselamatan di jalanraya.

Sprocket Pecah

Dalam episod ke-7 ini, Sprocket Pecah telah menjemput Superintendent Khairul Azhar Ismail dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM yang berpusat di Bukit Aman untuk memberikan pendapat dan pandangan beliau tentang hal-hal berkenaan dengan pengguna-pengguna jalanraya, terutama sekali penunggang motosikal. Jabatan beliau mengambil kira setiap statistik kemalangan jalanraya di seluruh negara, dan unit JSPT PDRM ini banyak menumpukan perhatian mereka dalam mencuba untuk menegah jumlah kemalangan ini dari bertambah. Menurut Superintendent Khairul, jika pengguna jalanraya itu bekerjasama di antara mereka, berhemah, berhati-hati dan sentiasa fokus kepada apa yang sedang mereka lakukan, kerja JSPT akan menjadi lebih senang kerana pengguna-pengguna akan kurang menjadi statistik sedih dan ngeri. Kami juga bertanya beberapa soalan kepada beliau, seperti: 1. Keberkesanan operasi "pukat" 2. Samada "dashcam" boleh digunakan sebagai bukti dalam siasatan 3. Samada lorong kecemasan boleh digunakan oleh motosikal Terima kasih tidak terhingga kepada Superintendent Khairul yang sangat sabar dan peramah dalam menjawab soalan-soalan kami, serta memberikan ilmu dan penerangan tentang kerja jabatan beliau dan PDRM.

للاستماع إلى حلقات ذات محتوى فاضح، قم بتسجيل الدخول.

اطلع على آخر مستجدات هذا البرنامج

قم بتسجيل الدخول أو التسجيل لمتابعة البرامج وحفظ الحلقات والحصول على آخر التحديثات.

تحديد بلد أو منطقة

أفريقيا والشرق الأوسط، والهند

آسيا والمحيط الهادئ

أوروبا

أمريكا اللاتينية والكاريبي

الولايات المتحدة وكندا