
73 episodes

Keluar Sekejap Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
-
- Government
-
-
5.0 • 5 Ratings
-
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
For collaboration and sponsorship, contact keluarsekejap@gmail.com
-
Dari Mufti Kepada Menteri, Politik Islam, Kemajmukan Masyarakat Malaysia, Konsert Coldplay
Audio siar Keluar Sekejap Episod 71 yang menampilkan Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mantan Menteri Agama dan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan antaranya telah membincangkan tentang perjalanan beliau dari Mufti kepada Menteri, Politik Islam secara keseluruhannya dan Kemajmukan Masyarakat Malaysia.Episod ini juga membincangkan tentang penganjuran Konsert Coldplay pada bulan lepas yang telah menjadi perbualan ramai, Perwarisan Harta Orang Islam serta Kesepaduan Negara Arab tentang Isu Palestin.Penonton dan pendengar Keluar Sekejap juga boleh memuat turun di Google Store dan Apps Store, aplikasi ‘Al-Inarah’ yang merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UBB Amanah Berhad kerana telah menaja episod kali ini.UBB Amanah Berhad ialah sebuah syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang mengkhusus kepada perancangan harta dengan menjadikan produk Amanah Tunai sebagai produk utama bagi memberikan solusi kepada masalah harta pusaka yang semakin meruncing hari ini. UBB Amanah Berhad mempunyai pengalaman selama 35 tahun sejak tahun 1988 dan telah membantu hampir 60,000 pelanggan di dalam menguruskan Akaun Amanah Tunai mereka. Pada awal tahun ini, UBB Amanah Berhad telah melancarkan produk Amanah Tunai Patuh Syariah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia bagi membantu pelanggan yang beragama Islam khususnya. Produk Amanah Tunai ini dikenali dengan nama AMANAH LIAWM MUMTIR.Berita baik untuk pengikut Keluar Sekejap, sesiapa yang melanggan produk Amanah Tunai Patuh Syariah UBB Amanah Berhad melalui +60172442811 akan mendapat unjuran Pendapatan Amanah sebanyak 6%-8%.Ikuti perkembangan UBB Amanah Berhad di media sosial berikut : Website Rasmi https://www.ubbamanah.comFacebook https://www.facebook.com/ubbamanah?mibextid=LQQJ4dInstagram https://instagram.com/ubbamanah?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==X https://x.com/ubbamanahberhad?s=11&t=SZk0EUfxxKqTZWrHYJdi6w
-
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Pengampunan Dato’ Seri Najib Razak
Audio siar Keluar Sekejap Episod 70 yang menampilkan Peguam Terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah antaranya telah membincangkan Kes Pembunuhan Altantuya yang kembali hangat dibincangkan selepas tular video temubual Koperal Sirul bersama Al-Jazeera dan proses pengampunan Dato’ Seri Najib Razak.
Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskab petang tadi, kenyataan PMX tentang projek ‘Land Bridge’ Thailand serta kempen boikot barangan Israel.
Keluar Sekejap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Vico Malaysia yang telah menaja episod kali ini.
Jenama minuman berperisa coklat malt (Vico) sudah memasuki 3 dekad memberikan kebaikannya kepada rakyat Malaysia. Badan Cergas Minda Cerdas untuk seisi keluarga, Vico berikan yang terbaik menerusi rangkaian take home pack (Pouch), convenient pack (3 in 1) juga on-the-go pack (Vico UHT).
Jom #sapotlokal dan dapatkan kebaikan Vico di kedai-kedai berhampiran atau beli online je di Shopee dan Lazada sekarang.
Berita baik untuk followers Keluar Sekejap Podcast, Vico nak bagi diskaun RM2 kalau korang beli produk Vico secara online dengan minimum pembelian serendah RM20 tau. Terhad untuk 1000 orang pertama yang tebus menggunakan link istimewa ni;
Shoppe: https://shopee.com.my/voucher/details?evcode=VklDT0tT&from_source=voucher-wallet&promotionId=764707292266496&signature=91a4aba39d49114de0076c8c4b8c22981cf9c8a24ad9aa2058d8f55bea6926ed
Lazada: https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/my/store_lp/voucher?sellerId=vokbw590ql2&voucherId=vnr91wlm7oebk9&scene=store&domain=SHOP
Vico juga selalu anjurkan peraduan-peraduan menarik tau. Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi team Vico dengan melayari laman web https://www.vico.com.my/ atau follow semua akaun media sosial Vico di Facebook & Instagram untuk dapatkan update terkini mengenai mereka. -
Setahun PMX, Kongres Nasional PKR, Perhimpunan Agung Bersatu, Nik Elin
Audio siar Keluar Sekejap Episod 69 antaranya telah membincangkan tentang prestasi setahun pentadbiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Madani.
Episod ini juga mengupas sedikit perjalanan Kongres Nasional PKR 2023 dan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas.
Kami turut mengambil kesempatan membicarakan tentang kes Nik Elin dan pembekuan akaun Aman Palestin.
Turut disertakan :
Penulisan Rencana daripada Khairy Jamaluddin tentang prestasi setahun PMX : https://fulcrum.sg/anwars-first-year-performative-and-underperforming/
Temu Bual Shahril Hamdan di BFM tentang prestasi setahun PMX : https://www.bfm.my/podcast/morning-run/the-breakfast-grille/anwar-ibrahim-pmx-reform-politics-madani-government
Keluar Sekejap bersama rakan-rakan audio siar juga telah mengumumkan penganjuran Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL PodFest 2024) pada 3 dan 4 Februari tahun depan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.KLpodfest.com.
Tiket ke pesta audio siar pertama di Malaysia ini akan mula dijual pada 1 Disember 2023. Untuk pengumuman lanjut, ikuti juga laman media sosial KL PodFest di:
IG: @KLPodFest
TikTok: @KLPodFestival
FB: https://.facebook.com/klpodfest -
Fungsi Bank Dunia, Bank Dunia dikuasai Amerika Syarikat, Prestasi Ekonomi Madani
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia, Apurva Sanghi, menjadi tetamu Keluar Sekejap bagi Episod Ke-68 yang antaranya menjelaskan latar belakang, fungsi dan kedudukan Bank Dunia.
Keluar Sekejap kali ini mengambil kesempatan bertanyakan soalan panas berkenaan konotasi dikaitkan dengan Bank Dunia seperti ia dikuasai oleh Amerika Syarikat serta bersifat menindas negara-negara membangun.
Apurva Sanghi juga berkongsi pandangan beliau tentang Prestasi Ekonomi Negara dan Kerangka Ekonomi Madani yang dibawa oleh kerajaan pimpinan PMX. -
Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani
Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini.
Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri.
Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpelembagaan, adalah dipertikaikan.
Episod ini turut menyertakan pautan hansard Parlimen pada 2022 yang menunjukkan wakil Peguam Negara pada ketika itu serta beberapa pakar undang-undang bersependapat bahawa GEG tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.
Disertakan butiran-butiran yang dinyatakan oleh KJ tentang perbincangan berkaitan GEG :
Hansard - Mesyuarat JKPK RUU Kawalan Produk Merokok dan Tembakau - https://bit.ly/3QPpUpK
PENYATA - JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022- https://bit.ly/40J6ze -
Refleksi Terhadap Episod Bersama Tun M, Sidang Kemuncak Tergempar OIC, Projek “Land Bridge” Thailand
Episod 66 Keluar Sekejap telah membincangkan refleksi terhadap Episod bersama YABhg Tun Mahathir Mohamad dan Sidang Kemuncak Tergempar OIC yang berlangsung di Riyadh pada Sabtu lepas.
Keluar Sekejap juga berkesempatan membincangkan tentang idea PM Thailand tentang Projek “Land Bridge” melalui Selat Melaka.
Disertakan link podcast dan khutbah yang dinyatakan oleh KJ dan SH dalam episod ini : -
https://youtu.be/xE0UAP8EGEc?si=PkxNKUyfOp3kY3MB-
https://www.youtube.com/live/hJNqWcPWhws?si=oLFe-sgJ2whNsO0x