100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News

Sinar Harian podcast

    Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa

    Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa

    Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa
    BERITA SEMASA 9 MEI 2024
    Jemaah haji perlu menjaga adab sekiranya diberi peluang untuk memasuki Raudah dengan perlu mengutamakan solat sunat serta berdoa berbanding terus mengambil gambar.
    Pengurus Ibadat Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata, jemaah perlu dirikan solat terlebih dahulu seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat taubat dan sebagainya.
    Menurutnya, jemaah juga perlu berdoa sebanyak yang mungkin selama mana berada di kawasan Raudah yang merupakan tempat mustajab berdoa.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663726/berita/nasional/adab-masuk-ke-raudah-jemaah-perlu-solat-dan-berdoa
    Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #ArabSaudi #Haji #Raudah
     

    • 2 min
    Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

    Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

    Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata
    BERITA SEMASA 9 MEI 2024 
    Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan.
    Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
    MFL menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL.
    Jelasnya, penarikan diri Selangor FC sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663824/berita/sukan/selangor-fc-tarik-diri-jdt-dapat-tiga-mata
    Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Selangor #FaisalHalim #SultanSelangor #SelangorFC #MFL #PialaSumbangsih
     
     

    • 1 min
    Manifesto PN hasil keluhan rakyat, bukan 'ciplak' PH - Khairul Azhari

    Manifesto PN hasil keluhan rakyat, bukan 'ciplak' PH - Khairul Azhari

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024
    Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menafikan dakwaan ‘menciplak’ manifesto calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.
    Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu menegaskan, manifesto yang dilancarkan Isnin lalu itu adalah hasil keluhan daripada pelbagai pihak di Kuala Kubu Baharu yang mahukan perubahan di kawasan tersebut.
    Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/663761/Manifesto-PN-hasil-keluhan-rakyat,-bukan-&%23039;ciplak&%23039;-PH---Khairul-Azhari
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PN #PH #KhairulAzhari

    • 26 sec
    Surat kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar minggu depan

    Surat kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar minggu depan

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024
    Surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar kepada mereka minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
    Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, notis tersebut akan dihantar serentak kepada semua wakil rakyat terlibat sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu selesai.
    Ketua Pembangkang itu turut menegaskan, kepimpinan parti jelas dengan keputusan untuk menghentikan keahlian Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang menjadi antara wakil rakyat terawal menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663753/berita/politik/surat-kepada-7-wakil-rakyat-bersatu-dihantar-minggu-depan
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #Bersatu #PN

    • 1 min
    Lapan lelaki mengaku masuk hutan tanpa permit

    Lapan lelaki mengaku masuk hutan tanpa permit

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024 
    Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis selepas didakwa memasuki hutan simpan kekal tanpa permit, dua bulan lalu.
    Tertuduh, Mohamad Shukri Abd Latif, 48; Jamil Chew Abdullah, 55; Che Mohd Rabillah Che Hassan, 36; Mohd Fadzli Abd Latif, 44; Fahmie Adiran Azmi, 35; Muhammad Rezwan Harun, 41; Mohd Anuar Md Jusoh, 50 dan Azrul Hafizi Abdullah, 41, masing-masing didakwa atas satu pertuduhan.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663784/berita/semasa/lapan-lelaki-mengaku-masuk-hutan-tanpa-permit
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #permit #hutansimpan

    • 1 min
    Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain

    Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain

    BERITA SEMASA 9 MEI 2024
    Tun Dr Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
    Ketika sebutan kes di hadapan Hakim, Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, susulan permohonan bekas Menteri Kewangan tersebut, pendakwaan akan memfailkan afidavit hujahan.
    Bagaimanapun jelasnya, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan afidavit tersebut.
    Azura kemudian mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan afidavit dan hujahan sebelum 4 Julai depan.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663785/berita/semasa/tun-daim-mohon-kesnya-didengar-hakim-lain
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesTunDaim #mahkamah

    • 1 min

Top Podcasts In News

The Daily
The New York Times
Up First
NPR
Serial
Serial Productions & The New York Times
The Ben Shapiro Show
The Daily Wire
Pod Save America
Crooked Media
The Megyn Kelly Show
SiriusXM