Apabila berlaku perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, idea ini mestilah diletakkan di dalam konteks yang betul supaya kita faham apa yang ditiadakan, apa yang diadakan, apakah manfaat yang hendak dicapai dan apakah kemudaratan yang hendak dicegah.
Jika tujuannya adalah untuk meningkatkan motivasi intrinsik di dalam diri para pelajar, ia sebab yang baik.
Pelajar-pelajar boleh belajar sama ada dengan dorongan dalaman atau dorongan luaran. Dorongan luaran mungkin hadiah, gaji, sesuatu yang tidak semestinya negatif, malah banyak yang positif. Cuma, ia bukan datang daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa motivasi luaran ini semakin tidak berkesan dengan bertambahnya umur pelajar. Mereka semakin memerlukan kepada motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini bermaksud, tujuan murid-murid belajar datang daripada diri mereka sendiri.
Mereka bercita-cita untuk menjadi A, B, dan C dan mereka melihat bahawa persekolahan boleh membantu mereka mencapai cita-cita itu. Cita-cita mereka itu pula bukanlah sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka, tetapi mereka sendiri yang mahu mencapainya.
Jika motivasi luaran dihapuskan, ia perlu diganti dengan komponen motivasi dalaman agar persekolahan masih ada motivasi.
Malangnya, selepas UPSR dimansuhkan, apa yang terjadi ialah, persekolahan masih terus bergantung kepada faktor luaran (harapan emak ayah, harapan sekolah, harapan PPD, JPN, KPM, nusa dan bangsa, paksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.
Akhirnya, apa yang terjadi bukannya mengubah persekolahan daripada motivasi ekstrinsik kepada intrinsik lalu menjadikan PBD itu sesuai.
Ia jadi musibah kerana kita telah mengubah daripada persekolahan yang bergantung kepada motivasi ekstsrinik kepada persekolahan yang tidak ada motif dan pelajar hilang segala motivasi untuk belajar.
Ramuan yang salah itu telah menatijahkan darurat pendidikan.
#pendidikanfatamorgana #ubahsegera
Information
- Show
- FrequencyEvery two weeks
- Published28 August 2024 at 13:08 UTC
- Length2 min
- RatingClean