52 episodes

Podcast Hasrizal Abdul Jamil

Support my work

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.me/iamrizal

An educator and learning designer, blogger and author, advocates children-centered learning, parenting and domestic policy.

Follow me on

Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/hasrizal2020
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com
Edublog: http://hasrizal.com

Hasrizal Hasrizal Abdul Jamil

    • Self Help
    • 5.0 • 4 Ratings

Podcast Hasrizal Abdul Jamil

Support my work

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.me/iamrizal

An educator and learning designer, blogger and author, advocates children-centered learning, parenting and domestic policy.

Follow me on

Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/hasrizal2020
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com
Edublog: http://hasrizal.com

    Co-Rumination: Anak Remaja Berduet Menuju Kemurungan

    Co-Rumination: Anak Remaja Berduet Menuju Kemurungan

    Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial tanpa had.

    Ibu bapa kepada anak remaja, kuatkanlah semangat dan carilah kekuataan untuk menguruskan anak tatkala mereka terjebak dalam situasi sebegini. Nasihat kita mungkin dianggap musuh kerana mengganggu persahabatan mereka, walaupun mereka sedang saling menuju ke lembah masalah.

    Berhati-hatilah dalam memberi kebenaran kepada penggunaan telefon pintar dan media sosial. Ia mungkin keputusan yang paling anda kesali di kemudian hari.

    Semoga Allah melimpahkan petunjuk dan kekuatan untuk kita mendidik anak-anak remaja di akhir zaman ini.

    • 9 min
    2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW

    2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW

    Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman.  Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis.  Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam?  Ummu Aiman menjawab kepada mereka berdua: sesungguhnya aku demi Allah maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam, dan aku bukan menangis kerana itu.  Akan tetapi aku menangis kerana (dengan pemergian baginda) wahyu dari langit sesungguhnya telah terputus buat selama-lamanya.  (Petikan Al-Bidayah wa al-Nihayah 5: 273 - 275)

    Tidak kiralah apa jua masalah yang kita hadapi, tiada lagi wahyu yang akan hadir menjawab secara langsung. Apa yang ada hanyalah dua bekalan, yang Nabi Muhammad sallallāh 'alayhi wa sallam janjikan bahawa selagi kita berpegang dengannya, kita tidak akan tersesat.  Kitab Allah (Al-Quran), dan  Sunnah Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam.  Sesibuk mana pun kita, peruntukkanlah masa dan usaha untuk berdamping dengan al-Quran, dan sunnah baginda, mempelajari, berusaha memahami, dan konsisten mengamalkannya. Moga ia menjadi agenda penghias tahun 2021 kita, walau apa jua ujian yang sedang dan bakal melanda.

    • 10 min
    Solat Tak Boleh Rukuk dan Sujud: Kisah Cabaran Amalan Agama di Negeri Asing

    Solat Tak Boleh Rukuk dan Sujud: Kisah Cabaran Amalan Agama di Negeri Asing

    Tinggal di negara ‘asing’ yang Muslim adalah kaum minoriti, memberi cabaran unik yang mungkin kurang difahami oleh mereka yang tidak mengamalkannya. Berkaitan dengan solat, bagaimanakah ia boleh dilaksanakan oleh kita, dan anak-anak kita, dalam suasana asing seperti ini? Jom kita bersembang mengenainya, bersama kenangan bersolat Jumaat di London bersama al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi, seputar firman Allah:

    فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ

    "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.." (Al-Taghabun, Ayat 16)

    • 11 min
    Ubah Bahasa Mengajar Untuk Ubah Hasil Belajar

    Ubah Bahasa Mengajar Untuk Ubah Hasil Belajar

    Ulasan Buku Teacher & Child oleh Dr Haim Ginott:

    ACCEPTANCE AND ACKNOWLEDGMENT

    Teachers are told that children need understanding and acceptance. What they are not told is how to convey it under difficult classroom conditions. Communicating acceptance and understanding is a complex art with a unique language. Here are some guidelines:

    In communicating with children there is a crucial difference between critical and uncritical messages. In making demands on children an uncritical message invites cooperation, a critical one engenders resistance. Examples:

    A child interrupts his teacher.

    TEACHER A: I Would like to finish my statement.

    TEACHER B: You are very rude. You are interrupting.

    Two boys are conversing while homework is being assigned.

    TEACHER A: I am assigning homework now. It needs to be written down.

    TEACHER B: Don't you have anything better to do than to talk? Why don't you start writing this down?

    Scene: Monday morning. Class is in disorder. Children walk around, talking noisily.

    TEACHER A: I Would like to begin.

    TEACHER B: Stop the noise. Sit down. All of you. The weekend is over. This is not a discotheque.

    A boy answers a teacher's questions without raising his hand or waiting his turn.

    TEACHER A: I Would like to hear answers from many children.

    TEACHER B: Who gave you permission to talk? You are not the only one in the class. Stop monopolizing the discussion. It's rude and unfair.



    Do we want to be Teacher A or Teacher B? Which one our students deserve?

    • 6 min
    Tip Keibubapaan Mendepani Anak Remaja Yang Ingin Membun** Diri

    Tip Keibubapaan Mendepani Anak Remaja Yang Ingin Membun** Diri

    Saya memilih untuk tidak berkongsi pandangan dalam bentuk penulisan kerana tidak mahu ia dipetik secara salah di luar konteks. Selepas dihubungi beberapa pihak yang meminta saya mengemukakan pandangan mengenai ‘confession’ seorang ibu di halaman IIUM Confession mengenai masalah anaknya yang suic****, saya kongsikan pandangan saya melalui video ini.  Pada minit ke 18:52 saya ingin menyebut bahawa tindakan membun** diri adalah ‘permanent reaction kepada temporary *problem, dan bukannya temporary solution seperti yang saya sebut. Maaf atas kesilapan pertuturan.  Artikel asal ibu berkenaan boleh dibaca di https://iiumc.com/945am11262020/ Ia bukan pandangan professional. Saya hanya seorang bapa, dan guru, berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan serba sedikit ilmu pengetahuan yang ada. Jika anda, atau insan tersayang dikenal pasti berada di dalam risiko dan memerlukan bantuan, segera dapatkan bantuan daripada pihak profesional.  Antaranya adalah befrienders.org.my di talian 03-76272929 [24 hours] atau emel sam@befrienders.org.my

    • 20 min
    Abah Bukan Menyibuk

    Abah Bukan Menyibuk

    Assalamualaikum dan hello sahabat semua. Apabila saya tanya anak soalan-soalan selepas pulang dari sekolah, saya bukan menyibuk. Sembang itu bagus. Tetapi sembang dengan beberapa strategi berasaskan sains pembelajaran akan memaksimumkan manfaatnya. Apabila saya tanya anak kawan-kawan hari ini makan apa, siapa yang hadir siapa yang tidak hadir, saya sedang cuba menanam soalan-soalan yang mendorong anak lebih peka dengan persekitarannya, selepas terkesan dengan toksik skrin (telefon bimbit) yang menyempitkan fokus hingga tidak peduli apa yang berlaku di kelilingnya. Ikuti perkongsian kali ini, terima kasih.

    • 7 min

Customer Reviews

5.0 out of 5
4 Ratings

4 Ratings

Top Podcasts In Self Help