100 episodes

Sinar Harian podcast

Sinar Harian sinarharian

    • News

Sinar Harian podcast

    Video tular tangki air kotor bukan berlaku di Sabah - Shahelmey

    Video tular tangki air kotor bukan berlaku di Sabah - Shahelmey

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024
    Berlaku kelemahan dalam kerja penyelenggaran antara punca tangki simpanan air kotor dan tercemar seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
    Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun video yang tular itu bukan berlaku di negeri ini tetapi ia perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak pengurusan kawasan perumahan.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661647/edisi/sabah-sarawak/video-tular-tangki-air-kotor-bukan-berlaku-di-sabah---shahelmey
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #Sabah #ViralTangkiAirKotor

    • 1 min
    [INTERVIU] Kuala Kubu Baharu milik siapa?

    [INTERVIU] Kuala Kubu Baharu milik siapa?

    Pilihan Raya Kecil (PRK) N06 Kuala Kubu Bharu melibatkan calon PH dan PN dijangkakan sengit walaupun secara tradisinya ia dimenangi DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.
    Beberapa perkembangan semasa khususnya ‘trend’ pengundian orang Melayu sejak PRU15 lalu dilihat jadi faktor penting yang bakal mempengaruhi keputusan PRK ini.
    Siapakah bakal bergelar pemenang pada 11 Mei nanti? Mampukah DAP mengekalkan dominasi di sana? Atau ada peluang bagi PN merampas kerusi tersebut?

    • 48 min
    Isu akademik: Khairul Azhari tak mahu komen, fokus pilihan raya

    Isu akademik: Khairul Azhari tak mahu komen, fokus pilihan raya

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024
    Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Diana Azis.
    Beliau didakwa mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan tanpa dianugerahkan ijazah sarjana muda.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661618/berita/politik/isu-akademik-khairul-azhari-tak-mahu-komen-fokus-pilihan-raya
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #CalonPN

    • 1 min
    PRK KKB masa untuk BN balas jasa PH - Ahmad Zahid

    PRK KKB masa untuk BN balas jasa PH - Ahmad Zahid

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024
    Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
    Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PKR, Amanah dan DAP, telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan Parlimen Kemaman.
    Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru itu, BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung Kerajaan Perpaduan.
    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661611/berita/politik/prk-kkb-masa-untuk-bn-balas-jasa-ph---ahmad-zahid
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #ZahidHamidi

    • 3 min
    Rakyat terbeban dengan banyak masalah kos sara hidup - Muhyiddin

    Rakyat terbeban dengan banyak masalah kos sara hidup - Muhyiddin

    BERITA SEMASA 27 APRIL 2024
    Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan kebimbangan dengan situasi ekonomi negara yang kian meruncing dan masalah kos sara hidup dibebani rakyat yang berlarutan.
    Menurutnya, jika perkara itu berterusan, ekonomi negara akan berdepan masa yang sukar dan memberi kesan kepada rakyat.
    Tambahnya lagi, beliau berharap kemenangan buat calon PN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu bagi menguatkan lagi suara pembangkang di DUN Selangor.
    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #MuhyiddinYassin

    • 2 min
    Tatakelola yang baik mampu beri pekerja gaji lebih lumayan dan setimpal

    Tatakelola yang baik mampu beri pekerja gaji lebih lumayan dan setimpal

    Tatakelola yang baik mampu beri pekerja gaji lebih lumayan dan setimpal
    BERITA SEMASA 26 APRIL 2024
    Pengurusan dan tatakelola yang baik membolehkan syarikat untuk memberikan manfaat kepada pekerja apabila mampu menawarkan gaji lebih lumayan dan setimpal.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata prinsip ketelusan boleh mengelakkan pembaziran, seterusnya memberi habuan dan pulangan upah lebih baik kepada pekerja.
    Jelasnya, kesediaan bekerja sebagai satu pasukan dengan prinsip ketelusan mampu mengelak pembaziran boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada pekerja.
    Katannya, jangan remehkan soal ini kerana ada keluarga yang berhak diberi perhatian dan pertimbangan.
    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
    Muzik: Elevate dari www.bensound.com
    #SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #AnwarIbrahim #GajiPekerja

    • 1 min

Top Podcasts In News

The Daily
The New York Times
Serial
Serial Productions & The New York Times
Up First
NPR
The Tucker Carlson Podcast
Tucker Carlson Network
Pod Save America
Crooked Media
Prosecuting Donald Trump
MSNBC