Hasrizal

Hasrizal Abdul Jamil
Hasrizal

PODCAST.HASRIZAL.COM 📌 Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

  1. 27 OCT

    Jangan Pandang Pesakit Kusta Lama-lama

    Di dalam sepotong hadith, Rasulullah ﷺ pernah bersabda,  «لا تضيموا النظر إلى المجزومين»  «Janganlah kamu memanjangkan renungan kamu kepada pengidap penyakit kusta. »  Ada beberapa riwayat lain yang mempunyai sambungan daripada apa yang telah disebutkan tadi. Rasulullah ﷺ  memberitahu kepada kita bahawa penglihatan yang pertama itu bahagian kita, tetapi jangan pula ia dipanjang-panjangkan.  Apa yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah ketika mana Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar menjauhkan diri daripada penyakit kusta, pada masa yang sama Rasulullah ﷺ  juga menjaga hati dan perasaan pesakit penyakit kusta ini tadi.  Apabila kita merenung pesakit berkenaan, ia mungkin mendatangkan rasa tidak selesa, semakin terasing dan rendah diri dengan penyakit yang ditanggung oleh pesakit berkenaan. Ini menggambarkan bagaimana Rasulullah ﷺ  sebagai rahmat kepada sekelian alam, hinggakan perasaan dan apa yang dialami di dalam jiwa pesakit itu pun baginda berikan perhatian dan memperingatkannya kepada umat.  Saya melihat bagaimana hadis ini satu daripada dimensi yang boleh menampakkan bagaimana inklusif dan pengasihnya Rasulullah ﷺ  membawa mesej Islam. Islam yang diungkapkan oleh baginda ketika dunia masih gelap daripada konsep inklusif seperti mana yang dibincangkan pada hari ini. Pengajarannya kepada kita dalam konteks zaman ini:  Kita perlu peka dan berhalus dari segi tingkah laku kita dan kesannya kepada orang sekeliling.  Kadang-kadang cara kita memerhati, cara kita berinteraksi, mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling kita dalam keadaan mungkin kita tidak sedar. Apatah lagi jika kita mendakwa bahawa rasa hendak tengok atau tidak itu adalah hak kita lantas tidak peduli kepada kesannya terhadap orang lain.  Jika kita berakhlak dengan akhlak yang diajar oleh Nabi Muhammad ﷺ , dunia ini akan menjadi lebih baik.  Maka janganlah kita dalam itibak kita mengikut teladan Nabi ﷺ , kita menghadkan ikutan kita hanya kepada menepatkan soal ibadah kita dengan cara baginda beribadah, ataupun akidah kita dengan akidah yang diajar oleh Nabi ﷺ.Sebaliknya akhlak kita juga mestilah selari bertepatan dengan akhlak Nabi ﷺ. Masyarakat yang remeh-meremehkan satu sama lain, buli-membuli, siapa lebih betul berbanding siapa… tidak ada siapa yang menang dalam situasi sebegini. Masyarakat diheret kepada kerosakan dan kemusnahan.  Semoga ada manfaat daripada peringatan bersama yang saya kongsikan ini.  Wallahu a’lam. #tazkirah #muhasabah #renungan #peringatan #inklusif #hasrizalabduljamil #ustazhasrizal

    3 min
  2. 6 OCT

    Cuba Sekali Lagi Buat Kali Keenam - Sarjana di TCD Episod 1

    Lima usaha telah saya lakukan untuk memperolehi ijazah sarjana dalam tempoh 20 tahun semenjak 2004. Kesemuanya tidak berjaya sampai ke penghujung kerana kegagalan saya menghasilkan sebuah tesis / disertasi. Seorang penulis buku prolifik gagal menghasilkan sebuah tesis, ia menjadi misteri dan kekecewaan yang amat mendalam di dalam diri. Sehinggalah akhirnya saya menerima diagnosis ADHD pada akhir tahun 2021 lalu memulakan intervensi perubatan dan ubah suai kehidupan. Kesannya sangat besar dan saya memberanikan diri kembali semula ke kampus. Pada bulan Jun 2024, program Postgraduate Certificate in Innovation and Enterprises Development di Tangent, Trinity College Dublin, telah berjaya saya sempurnakan dengan lancar menepati masa enam bulan yang ditetapkan, Alhamdulillah. Ia adalah di bawah pembiayaan penuh Springboard+ di Ireland. Kini saya mencuba buat kali keenam untuk memperolehi ijazah sarjana pendidikan. Alhamdulillah, saya menerima tawaran program Sarjana Pendidikan Khas (Diversity and Inclusion) di School of Education, Trinity College Dublin sebagai pelajar sepenuh masa selama setahun. Kajian kualitatif saya tertumpu kepada penggunaan teknologi berasaskan artificial intelligence di kalangan pelajar ADHD peringkat universiti seperti saya. Pembelajaran kali ini adalah atas pembiayaan sendiri. Saya sedang di dalam proses rayuan agar status pelajar antarabangsa saya ditukar kepada status EU untuk potongan yuran sebanyak 50%. Status EU adalah berasaskan residensi lima tahun dan saya telah bermastautin di EU (Finland dan Ireland) semenjak 2016. Jika berjaya, 90% yuran telah disempurnakan. Seandainya gagal, ada baki €8,000 yang perlu saya lunaskan. Mohon doa sahabat semua. Saya mengalu-alukan sumbangan, serta honorarium melalui perkhidmatan kemahiran di dalam bentuk ceramah, forum, seminar, latihan berkelompok, konsultasi pendidikan dan latihan profesyen keguruan untuk individu dan organisasi. Sumbangan ini bertujuan menampung kos pengangkutan harian, pembelian buku-buku, beberapa peralatan pembelajaran, serta langganan aplikasi berasaskan AI yang saya gunakan untuk pembelajaran sendiri, serta penyelidikan yang sedang dilakukan. Terima kasih. Hasrizal Abdul Jamil Master of Education (Diversity & Inclusion) School of Education, TCD Trinity College Dublin Republic of Ireland 🔵 GOFUNDME.RIZAL.IE #mytcdjourney🇲🇾🇮🇪 #adhddewasa #adhdmalaysia

    10 min
  3. 28 AUG

    Mansuhkan UPSR, Masukkan PBD, Tetapi Tidak Menjadi

    Apabila berlaku perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, idea ini mestilah diletakkan di dalam konteks yang betul supaya kita faham apa yang ditiadakan, apa yang diadakan, apakah manfaat yang hendak dicapai dan apakah kemudaratan yang hendak dicegah.Jika tujuannya adalah untuk meningkatkan motivasi intrinsik di dalam diri para pelajar, ia sebab yang baik.Pelajar-pelajar boleh belajar sama ada dengan dorongan dalaman atau dorongan luaran. Dorongan luaran mungkin hadiah, gaji, sesuatu yang tidak semestinya negatif, malah banyak yang positif. Cuma, ia bukan datang daripada dalam diri pelajar itu sendiri.Kajian-kajian menunjukkan bahawa motivasi luaran ini semakin tidak berkesan dengan bertambahnya umur pelajar. Mereka semakin memerlukan kepada motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini bermaksud, tujuan murid-murid belajar datang daripada diri mereka sendiri.Mereka bercita-cita untuk menjadi A, B, dan C dan mereka melihat bahawa persekolahan boleh membantu mereka mencapai cita-cita itu. Cita-cita mereka itu pula bukanlah sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka, tetapi mereka sendiri yang mahu mencapainya.Jika motivasi luaran dihapuskan, ia perlu diganti dengan komponen motivasi dalaman agar persekolahan masih ada motivasi.Malangnya, selepas UPSR dimansuhkan, apa yang terjadi ialah, persekolahan masih terus bergantung kepada faktor luaran (harapan emak ayah, harapan sekolah, harapan PPD, JPN, KPM, nusa dan bangsa, paksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.Akhirnya, apa yang terjadi bukannya mengubah persekolahan daripada motivasi ekstrinsik kepada intrinsik lalu menjadikan PBD itu sesuai. Ia jadi musibah kerana kita telah mengubah daripada persekolahan yang bergantung kepada motivasi ekstsrinik kepada persekolahan yang tidak ada motif dan pelajar hilang segala motivasi untuk belajar.Ramuan yang salah itu telah menatijahkan darurat pendidikan.#pendidikanfatamorgana #ubahsegera

    2 min
4.8
out of 5
33 Ratings

About

PODCAST.HASRIZAL.COM 📌 Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

You Might Also Like

To listen to explicit episodes, sign in.

Stay up to date with this show

Sign in or sign up to follow shows, save episodes and get the latest updates.

Select a country or region

Africa, Middle East, and India

Asia Pacific

Europe

Latin America and the Caribbean

The United States and Canada