Lebih Masa

Nik Nazmi & Nani Roslan

Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan. Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu berkaitan keadilan sosial, tadbirurus yang baik dan kelestarian alam sekitar. Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa dan siri vlog Terlebih Masa. Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.

  1. 3 days ago

    Lebih Masa Ep.103: RCI Tabung Haji: Apa Sebenarnya Berlaku ? Mujahid Buka Cerita

    Dalam episod ke-103, Lebih Masa menampilkan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, bagi mengupas isu yang kembali hangat diperkatakan iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Beliau berkongsi kronologi lengkap daripada dakwaan salah urus, usaha penstrukturan semula ketika pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018, sehinggalah kepada perkembangan terkini selepas laporan RCI dinyahklasifikasikan. Selain mengimbau perjalanan politik dan pengalaman beliau sebagai Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid turut menjelaskan rasional di sebalik keputusan-keputusan yang diambil ketika proses pemulihan Tabung Haji, termasuk isu tadbir urus, subsidi haji, serta cabaran besar yang dihadapi dalam mengembalikan keyakinan pendeposit terhadap institusi tersebut. Turut menjadi perhatian ialah persoalan yang hangat diperdebatkan ketika ini: mengapa laporan RCI Tabung Haji tidak didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih awal, sebaliknya hanya dibentangkan pada waktu ini? Adakah ia sekadar kebetulan, atau mempunyai pertimbangan politik dan pentadbiran tertentu? Saksikan jawapan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa terhadap persoalan ini, serta perbincangan yang sarat dengan fakta, kronologi dan perspektif daripada individu yang berada di barisan hadapan ketika krisis Tabung Haji berlaku. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Ibrahim Sani: https://www.instagram.com/ibrahimsaninet/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Ezza Nur Azira EDITOR: Aben Othman SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Lebih Masa Ep.103: RCI Tabung Haji: Apa Sebenarnya  Berlaku ? Mujahid Buka Cerita
  2. 29 Jul

    Siapa Kena X Ep 6: Pertembungan di Tanah Beradat, Siapa Dapat Mandat?

    PRN Negeri Sembilan semakin hampir, namun apakah sebenarnya yang menjadi keutamaan rakyat? Dalam Episod 6 Siapa Kena X, Kamarul Bahrin Haron turun ke Taman Bukit Kepayang membawakan dua calon daripada parti berbeza untuk berdepan secara terbuka mengenai isu yang paling dekat dengan kehidupan pengundi. Calon BERSATU DUN N.09 Lenggeng, Zool Amali Hussin dan calon HARAPAN DUN N.25 Paroi, Ustaz Ahmad Shahir Mohd Shah berkongsi pandangan mengenai ekonomi negeri, peluang pekerjaan, rumah mampu milik, pembangunan bandar dan luar bandar, selain mengupas isu adat Negeri Sembilan yang hangat diperkatakan sepanjang kempen. Perbincangan berlangsung secara matang dengan kedua-dua calon mempertahankan pendirian masing-masing berdasarkan pengalaman dan visi mereka. Pasted text.txt Jangan lepaskan peluang menyaksikan episod penuh Siapa Kena X Episod 6 pada Khamis, 30 Julai, untuk menilai sendiri hujah, idea dan tawaran daripada kedua-dua calon sebelum rakyat Negeri Sembilan membuat keputusan di peti undi. Kerana akhirnya, pilihan di tangan rakyat akan menentukan hala tuju negeri untuk lima tahun akan datang. Host: Kamarul Bahrin Haron: / kambahrin Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: EDITORIAL: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Shafwan Zaidon KOORDINATOR MEDIA SOSIAL: Ezza Nur Azira PENYUNTING/PENGARAH: Aben Othman PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Arif Salim, Nur Yasmin Osman PENERBIT: Sherry M.Shariff #PRNJohor #PH #PakatanHarapan #BN #BarisanNasional #PN #PerikatanNasional #BERSAMA #MUDA #PKR #DAP #Amanah #UMNO #MCA #MIC #PAS #Bersatu #SPR

    Siapa Kena X Ep 6: Pertembungan di Tanah Beradat, Siapa Dapat Mandat?

About

Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan. Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu berkaitan keadilan sosial, tadbirurus yang baik dan kelestarian alam sekitar. Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa dan siri vlog Terlebih Masa. Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.