Financial Faiz

Faiz Azmi

Faiz Azmi is the founder of Financial Faiz, a brand that advocates for financial literacy among Malaysians from all walks of life. He has been in the real estate, mortgage, investment and takaful industries in various capacities. As a brand, Financial Faiz is growing rapidly on various social media platforms, including YouTube, TikTok, Instagram, and Twitter

  1. 1 day ago

    [S03:E70] Subsidi diesel cecah RM5 Bilion, sampai bila kerajaan tanggung? - Tan Sri Johan Merican

    Bila kerajaan potong subsidi atau memperluaskan cukai, perkara pertama yang rakyat nampak ialah duit keluar daripada poket sendiri. Tetapi ramai tidak nampak beban yang masih ditanggung negara akibat hutang, pencen, ketirisan dan skandal kewangan terdahulu.1MDB meninggalkan liabiliti puluhan bilion ringgit, KWAP pula mengalami kerugian RM160 juta dalam pelaburan eFishery. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengurangkan defisit, membantu PKS, membayar pencen penjawat awam dan memastikan sistem perolehan negara tidak lagi mudah disalahgunakan.Financial Faiz kali ini bersama YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, membincangkan realiti pengurusan duit negara, perbezaan SST dan GST, risiko rundingan terus serta usaha mengelakkan skandal seperti 1MDB daripada berulang. Pada pandangan korang, kerajaan sudah cukup telus dalam menjelaskan ke mana duit rakyat dibelanjakan? Timestamp: (00:00) Intro(02:12) Apakah tugas KSP Kementerian Kewangan Malaysia?(11:43) Mengapa BUDI Diesel tidak dilaksanakan serentak dengan BUDI95?(20:03) Mengapa ramai masih belum memahami BUDI Diesel?(30:04) Pembiayaan kerajaan bawah RM100,000 untuk perusahaan mikro dan PKS(36:00) Akta Tanggungjawab Fiskal 2023(42:57) GST vs SST(50:54) Adakah pertimbangan politik diambil kira sebelum SST dilaksanakan?(53:48) Bagaimana kerajaan boleh mengubah persepsi rakyat?(59:12) Bagaimana kerajaan menentukan golongan yang perlu dibantu?(1:08:02) Bagaimana KWAP boleh terpedaya dengan eFishery?(1:19:04) Adakah KWAP akan mendapatkan semula wang RM160 juta?

  2. 11 Jun

    Saham jatuh sehingga 98%, rakyat Malaysia makin rasa Astro tidak lagi berbaloi

    Download MooMoo Apps sekarang dan guna feature MooMoo AI, financial assistant yang integrate terus dalam apps. MooMoo ni online broker yang regulated by SC Malaysia dan dah ada lebih 1 juta users. Register percuma sekarang. Kalau korang nak extra rewards up to RM1,900, sebelum buat first deposit, search “special deposit” dan masukkan kod FF77 untuk unlock more rewards. Download MooMoo Apps sekarang: Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.moomoo.trade.my Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/moomoo-stocks-trading/id6752380457?ppid=a7e81d48-0ee1-40e8-b67e-0a50ed02255e Dulu, kalau sebut World Cup di Malaysia, ramai orang akan teringat Astro. Selama lebih 20 tahun, live sport seperti World Cup dan EPL menjadi antara senjata paling kuat Astro untuk kekalkan pelanggan. Walaupun ramai orang hanya tengok beberapa channel sahaja, sukan langsung tetap jadi sebab utama mereka terus melanggan. Tapi kali ini, Astro gagal menjadi penyiar utama FIFA World Cup di Malaysia. Perkara ini bukan sekadar isu hak siaran bola tetapi ia adalah simbol besar bahawa kuasa Astro dalam industri TV berbayar sudah berubah. Dalam video ini, kita bincang kenapa Astro boleh jatuh daripada gergasi media Malaysia kepada syarikat yang sahamnya pernah berada pada paras RM3.70, tetapi kini tinggal sekitar 6 sen. Adakah ini salah streaming? Salah model bundle? Salah harga langganan? Atau sebenarnya pengguna hari ini memang dah tak perlukan Astro macam dulu? Korang rasa, bila Astro hilang World Cup, adakah itu tanda era Astro sudah tamat? Timestamps: (00:00) Intro (01:18) Kenapa Astro kehilangan value? (02:14) Sejarah Astro dan pesaingnya (03:34) Penguasaan Astro (05:32) Iklan (06:23) Langganan Astro yang 'paksa rela' (08:23) Astro masih ikut cara lama (09:25) Isu cetak rompak (10:47) Astro masih buat duit melalui iklan (12:37) Kesimpulan (13:28) Pentutup

  3. 2 Jun

    [S03:E68] Cashless: Pilihan pengguna atau paksaan teknologi? - Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, Economist

    Malaysia semakin menuju ke arah masyarakat tanpa tunai. Daripada QR Pay, kad, RFID sehinggalah penggunaan AI dalam pembayaran digital, semuanya kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita.Dalam episod ini, Financial Faiz bersama Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid membincangkan bagaimana budaya cashless berkembang dengan begitu pantas di Malaysia, faktor yang mendorong pengguna semakin selesa menggunakan pembayaran digital, peranan AI dalam meningkatkan keselamatan transaksi, risiko scam, serta masa depan sistem pembayaran negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.Adakah wang tunai masih relevan? Kenapa masih ada peniaga yang enggan menerima QR? Dan bagaimana teknologi akan mengubah cara kita berbelanja, menyimpan dan mengurus wang pada masa hadapan? Timestamp (00:00) Pengenalan(04:02) Kenapa masyarakat semakin selesa dengan pembayaran tanpa tunai?(06:24) Apa beza cashless hari ini berbanding dahulu?(13:21) Kenapa masih ada peniaga yang memilih wang tunai?(15:24) Bolehkah QR membantu membanteras perniagaan tidak berdaftar?(17:39) Bagaimana kepercayaan terhadap sistem cashless boleh dipertingkatkan?(24:57) Adakah golongan muda pemacu budaya cashless?(28:39) Apa itu Program PayNet Digital Campus?(34:24) Adakah orang muda menjadi ‘cikgu digital’ kepada ibu bapa mereka?(38:46) Apa itu Open Finance?(40:25) Adakah transaksi rentas sempadan akan menjadi lebih pantas pada masa depan?(46:17) Apakah peranan AI dalam kewangan harian kita?

About

Faiz Azmi is the founder of Financial Faiz, a brand that advocates for financial literacy among Malaysians from all walks of life. He has been in the real estate, mortgage, investment and takaful industries in various capacities. As a brand, Financial Faiz is growing rapidly on various social media platforms, including YouTube, TikTok, Instagram, and Twitter