Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

  1. 1 DIS

    EP181 Analisis PRN-17 Sabah, Dominasi GRS,Warisan Kukuh,DAP Tumpas,Parti Pusat Semakin Lemah

    Keluar Sekejap Episod 181 membedah keputusan penuh PRN-17 Sabah bersama hos jemputan, Ong Kian Ming yang kembali untuk mengupas angka-angka pilihan raya dan perubahan besar dalam landskap politik negeri Sabah. Episod dibuka analisis angka—siapa yang benar-benar menang, siapa yang tenggelam, dan bagaimana GRS berjaya menguasai medan.Episod ini turut menampilkan tetamu jemputan Philip Golingai, Senior News Editor Star Media Group, yang menawarkan perspektif orang Sabah tentang kejatuhan DAP, kemerosotan UMNO, ketahanan Warisan, gelombang undi Cina serta dinamik KDM. Perbincangan turut merangkumi prospek Kabinet Sabah, kemungkinan peralihan Ketua Menteri dan implikasi nasional terhadap PH, BN dan PRU yang akan datang.Saksikan analisis paling lengkap dan kritikal pasca PRN-17 Sabah hanya di Keluar Sekejap.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my00:00 Intro01:18 Topline Numbers - Keputusan Rasmi PRN-17 Sabah10:00 Winners & Losers Narrative14:11 Cabaran Utama Kekalahan DAP19:46 Swing Voters Berpihak Kepada Warisan28:14 Tetamu Jemputan : Philip Golingai, Penganalisis Politik dan Senior Editor Star Media Group45:28 Masa Depan UMNO & BN Di Sabah58:06 Percaturan Barisan Kabinet Negeri Sabah01:01:21 Peralihan Kuasa Ketua Menteri Sabah01:05:18 Rasional KJ Memilih Kawasan Kempen di Sabah01:16:36 Menjelang Rombakan Kabinet PMX01:18:17 Refleksi Ong Kian Ming

    1j 25m
  2. 26 NOV

    EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial

    Episod 180 ini dibawakan khas oleh MyDigital ID, sebuah platform identiti digital nasional Malaysia yang kini berintegrasi dengan lebih 101 aplikasi kerajaan & swasta bagi memastikan akses perkhidmatan digital kerajaan yang lebih selamat, mudah dan dipercayai. Satu Kunci Untuk Semua , daftar diri anda hari ini! Muat turun MyDigital ID di sini : https://www.digital-id.my/en/download Episod kali ini membuka tirai perbincangan dengan perkembangan terkini MyDigital ID. Status integrasi, FAQ's dan persoalan yang dibangkitkan ramai, peranan identiti digital nasional dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan digital negara serta akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Episod ini kemudian beralih bersama tetamu jemputan Syed Gaddafi Syed Syed Saifuddin, CEO GNI Pharma Sdn Bhd bagi membincangkan cabaran usahawan digital tempatan. Topik meliputi tekanan persaingan di platform e-dagang, isu standard keselamatan produk, model harga tidak seimbang, dan strategi untuk memastikan SME terus berdaya saing dalam ekonomi digital. KS turut menyentuh perkembangan penting PRN-17 Sabah, di mana medan memilih membawa jumlah calon paling tinggi dalam sejarah, persaingan blok politik utama, manifesto parti-parti, isu serta faktor lapangan yang mencorakkan mood pengundi di Sabah. Akhir episod meneliti keputusan kerajaan untuk melarang pembukaan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai tahun depan. Perbincangan merangkumi mekanisme eKYC, penggunaan MyDigital ID sebagai pengesahan umur, kebimbangan buli siber, risiko eksploitasi, isu privasi, serta persoalan besar — sejauh mana larangan ini praktikal untuk dilaksanakan? Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025! Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my 00:00 Intro 00:57 My Digital ID 21:24 ⁠Cabaran Usahawan Digital bersama Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin 59:41 ⁠PRN-17 Sabah 01:13:56 Kawalan Akaun Media Sosial

    1j 18m
  3. 17 NOV

    EP178 | ART 2025, Haluan Baharu Tengku Zafrul, Langkah Selepas Tamat Senator

    Episod 178 KeluarSekejap menampilkan wawancara eksklusif bersama YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjelaskan secara mendalam isu Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) yang ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia.Perbincangan kali ini membongkar persoalan besar adakah perjanjian ini benar-benar menguntungkan Malaysia, atau satu langkah politik yang terpaksa demi melindungi kepentingan strategik negara?Episod ini turut menyentuh masa depan politik Tengku Zafrul, peralihan daripada UMNO ke PKR, serta hala tuju politik beliau selepas ini di peringkat negeri mahupun persekutuan.Episod ini dibawakan khas oleh NUR Power. NUR Power bukan sekadar pembekal elektrik untuk industri teknologi tinggi, tetapi turut menjadi penggerak utama dalam ekosistem tenaga hijau dan inovasi lestari negara. Mereka aktif membangunkan inisiatif tenaga mampan dan menyokong sektor OGSE (Oil, Gas & Energy Services) dalam memastikan industri Malaysia terus berdaya saing serta mesra alam.Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Literasi Tenaga. KeluarSekejap akan turut berada di sana!Jadi, datanglah beramai-ramai ke Karnival Literasi Tenaga untuk bertemu kami secara langsung📍 Tarikh: 29 November 2025📍 Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam📍 Lokasi: KHTP Sports Complex, Kulim, KedahIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    1j 36m
4.6
daripada 5
579 Penilaian

Perihal

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

Anda Mungkin Turut Menyukai