Lebih Masa

Nik Nazmi & Nani Roslan

Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan. Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu berkaitan keadilan sosial, tadbirurus yang baik dan kelestarian alam sekitar. Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa dan siri vlog Terlebih Masa. Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.

  1. 4 days ago

    Kisah Suka Duka Penganjuran Keretapi Sarong

    Sempena Hari Malaysia tahun ini, Lebih Masa menemubual Shamsul Bahrin Zainuzzaman, pengasas dan pengarah acara Keretapi Sarong di bawah LOCCO — sebuah acara komuniti yang bermula 10 tahun lalu dengan hanya empat orang kawan, dan kini menghimpunkan lebih 25,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang setiap tahun. Dalam episod ini, Shamsul berkongsi kisah sebenar di sebalik penganjuran acara berpakaian sarung menaiki pengangkutan awam ini daripada cabaran mencari dana pada tahun-tahun awal, keputusan menolak tawaran kewangan besar demi mengekalkan keaslian acara, sehingga bagaimana Keretapi Sarong kini telah berkembang ke 10 buah negeri dengan acuan masing-masing yang unik mengikut budaya tempatan seperti di Kelantan dan Pulau Pinang. Episod ini turut mendedahkan kelainan istimewa sempena ulang tahun ke-10 tahun ini, termasuk lagu tema baharu "Joget Sarung" nyanyian Aina Abdul dan Didie Shazry, serta pengenalan stesen khas untuk wanita. Episod ini dibawakan khas oleh Royal Selangor, menerusi kempen Telepuk: The Imprint of Heritage yang meraikan seni warisan menghias tekstil menggunakan helai emas. Dengar perbualan penuh episod Lebih Masa ini di YouTube, Spotify dan Apple Podcast — dan jangan lupa subscribe untuk lebih banyak kisah anak Malaysia. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon EDITOR: Amirul SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Kisah Suka Duka Penganjuran Keretapi Sarong
  2. 13 Sept

    Kisah sakit bipolar dan masa dalam penjara - Yasin Sulaiman

    Selepas empat tahun senyap daripada mata masyarakat, legenda muzik yang pernah menggegarkan tanah air dengan lagu "Teman Sejati" bersama kumpulan Brothers dan "Mimpi Laila" serta "Salsabila" kini kembali bersuara. Yasin Sulaiman, tampil eksklusif di Lebih Masa hanya beberapa hari selepas mendapat perkenan dibebaskan secara rasmi oleh Sultan Selangor pada 2 September lalu, selepas melalui hukuman penjara dan rawatan. Dalam episod kali ini, Yasin berkongsi secara terbuka perjalanan panjangnya bergelut dengan penyakit bipolar, bagaimana beliau berusaha mencari penyelesaian kepada simptom manic membawa kepada penahanan pada 2022, serta liku-liku yang membawanya dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi sehingga dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara — sebelum akhirnya dibebaskan dan dilepaskan peringkat mahkamah rayuan. Dari zaman sekolah tahfiz di Arab Saudi, penubuhan kumpulan nasyid Mirwana, kejayaan era World Music, sehingga pengalaman menjadi "penyanyi rasmi" di Penjara Kajang — episod ini membawa pendengar menyelami kisah seorang seniman yang bangkit semula dan membangkitkan persoalan tentang sistem perundangan dan penyakit mental. Saksikan perbualan penuh emosi dan jujur ini hanya di Lebih Masa pada Isnin, 14 September jam 9:00PM di YouTube, Spotify dan Apple Podcast. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon EDITOR: Aben Othman SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Kisah sakit bipolar dan masa dalam penjara - Yasin Sulaiman
  3. 6 Sept

    Nazir Razak: Rejected & then went on to transform CIMB

    What does it take to build a Malaysian institution that can compete beyond our shores? In Overtime Episode 3, Tan Sri Nazir Razak joins Nani Roslan and Nik Nazmi for a candid conversation about ambition, leadership, failure, and the unexpected journey that took him from the son of Malaysia’s second Prime Minister to the helm of CIMB — transforming a relatively small merchant bank into one of ASEAN’s leading financial institutions. Beyond the boardroom and the balance sheets, the conversation also delves into one of the most consequential chapters in Malaysia’s recent history. Nazir was asked about his brother, former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, including the extent of his knowledge and what he did in relation to the 1MDB saga. From navigating the expectations that came with the Razak name to making bold corporate decisions, Nazir shares his reflections on leadership, resilience, accountability and the challenges of building institutions amid political and national pressures. In a rapidly changing world shaped by technology, AI and new economic realities, Malaysia needs leaders who dare to dream bigger and companies willing to compete bigger. Join Tan Sri Nazir Razak in a wide-ranging conversation about ambition, nation-building, corporate excellence, family, accountability and the future of Malaysia — and what it really takes to build Malaysian institutions that can stand proudly on the global stage. Hosts: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Nani Roslan: @naniroslan Like, Follow, Share, Subscribe: TikTok / FB / Instagram / YouTube – @lebihmasa You can also listen to this broadcast in audio format: Spotify / Apple Podcasts – Lebih Masa Would you like your brand to collaborate with a media platform that champions a more equitable, sustainable, and united Malaysia? Let’s start the conversation at hello@lebih-masa.com Credits: EXECUTIVE PRODUCER: Johan Ariff PRODUCER: Sherry M. Shariff TECHNICIAN: Shafwan Zaidon EDITING / GFX / FINAL MIX: Aben Othman SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira #niknazmi #naniroslan #nazirrazak #tunabdulrazak

    Nazir Razak: Rejected & then went on to transform CIMB
  4. 30 Aug

    Semua Nak Tanam Pokok, Tapi...

    Dalam episod terbaharu Lebih Masa berbual dengan Profesor Madya Dr. Ahmad Aldrie Amir seorang saintis mangrove dan pengasas MyGROVE — tentang khazanah yang sering terlepas pandang di pesisir pantai Malaysia: hutan paya bakau. Dari tsunami Aceh 2004 sehingga krisis pembangunan pantai hari ini, episod ini mendedahkan mengapa "karbon biru" ini penting untuk kelangsungan negara. Dr. Aldrie berkongsi penemuan uniknya semasa PhD tentang fenomena pokok bakau yang mati berdiri secara misteri akibat sambaran petir, sejarah menarik Hutan Simpan Bakau Matang yang telah diuruskan sejak lebih 100 tahun, serta perkaitan luar biasa antara burung berhijrah dari Siberia dengan kesihatan ekosistem paya bakau kita. Turut dikongsikan ialah detik peribadi beliau bersama pejuang konservasi legenda, Dr. Jane Goodall. Episod ini turut membincangkan realiti keras di sebalik trend "tanam pokok" korporat, kepentingan perlindungan penuh berbanding eksploitasi, dan kenapa masa depan hutan bakau Malaysia bergantung kepada tindakan segera. Saksikan episod penuh di YouTube, Spotify dan Apple Podcast pada Isnin, 31 Ogos jam 9:00 PM dan jangan lupa tekan subscribe untuk tidak ketinggalan episod-episod Lebih Masa akan datang. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff EDITOR: Aben Othman SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Semua Nak Tanam Pokok, Tapi...
  5. 23 Aug

    Apa Akan Jadi Pada Universiti?

    Lebih Masa Episod 107 kembali bersama Nik Nazmi dan Nani Roslan untuk membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan kehidupan rakyat, daripada cuaca panas yang menjejaskan kesihatan, hinggalah keputusan UPU yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan calon dan keluarga. Perbincangan turut menyentuh kos sara hidup yang terus menjadi kebimbangan, khususnya dalam kalangan golongan muda yang berdepan peningkatan harga makanan, sewa rumah dan cabaran untuk mencapai perkara penting dalam kehidupan seperti melanjutkan pengajian, berkahwin atau memiliki rumah. Dalam episod ini, isu perumahan awam dan usaha membina semula daya tahan komuniti turut menjadi perhatian. Selain itu, Nik Nazmi dan Nani Roslan mengupas perkembangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta persoalan yang lebih besar selepas pemansuhan tersebut. Adakah reformasi pendidikan tinggi benar-benar mampu menjamin kebebasan akademik, autonomi universiti dan ruang demokrasi mahasiswa? Saksikan Lebih Masa Episod 107 pada Isnin, 24 Ogos, jam 9.00 malam di semua platform Lebih Masa. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon EDITOR: Amirul SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Apa Akan Jadi Pada Universiti?
  6. 16 Aug

    Pandangan Tentang PMX, Muhyiddin dan BERSAMA

    Selepas hampir dua tahun sejak penampilan pertamanya di Lebih Masa, Shahril Hamdan kembali dan kali ini dia lebih terbuka daripada sebelum ini. Daripada kisah membesar di flat Seksyen 8 Shah Alam, latar belakang keluarga kacukan Cina-Melayu, sehingga sebab sebenar dia belum bersedia menyahut jemputan pulang ke UMNO walaupun sahabatnya Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan itu. Adakah Shahril akan ke BERSAMA atau parti lain? Jawapannya mungkin bukan seperti yang anda jangkakan. Episod ini turut menyelami analisis politik semasa: sama ada Anwar Ibrahim mampu bertahan sehingga tamat penggal, momentum kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional, serta nasihat terus terang Shahril kepada Anwar, Muhyiddin Yassin, dan parti-parti baharu seperti BERSAMA. Tidak ketinggalan perbincangan mendalam tentang AI, pusat data, dan kenapa rakyat Malaysia semakin skeptikal terhadap teknologi ini serta penjelasan Shahril tentang audio siar barunya, Keris & Silicon, dan kolaborasi kontroversial KS bersama FMT. Jangan lepaskan tonton episod penuh pada Isnin, 17 Ogos jam 9:00 PM di semua platform Lebih Masa. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon EDITOR: Amirul SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira

    Pandangan Tentang PMX, Muhyiddin dan BERSAMA
  7. 9 Aug

    Dari Dewan Bahasa dan Pustaka Sampai Gedebe. Siapa Wan Ismail Golok dan Pokya? - Sabri Yunus

    Apa yang membezakan pelawak dahulu dengan pelawak hari ini? Menurut Sabri Yunus, dunia komedi sudah banyak berubah. Kalau dahulu pelakon melalui proses latihan dan rehearsal yang panjang, hari ini kandungan boleh dihasilkan dengan pantas untuk memenuhi tuntutan media sosial. Namun di sebalik gelak tawa, ada satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan dalam dunia seni — proses dan rasa. Dalam Episod 105 Lebih Masa, Sabri Yunus berkongsi kisah perjalanan hidupnya daripada membesar di Kelantan, menjadi pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka, terlibat dalam teater, sehingga lahirnya watak-watak yang dekat dengan generasi penonton seperti Ismail Golok dan Pok Ya. Dan bagaimana pula beliau mencipta watak Ismail Golok? “Nama masa tu tak ada pun… tapi nama ni kena letak yang terus melekat.” Jangan lupa saksikan Lebih Masa Episod 105 bersama Sabri Yunus pada Isnin, 10 Ogos 2026 jam 9:00 malamdisemua platfom Lebih Masa Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: https://www.instagram.com/niknazminikahmad/ Nani Roslan: https://www.instagram.com/naniroc/ Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon EDITOR: Aben Othman SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira #LebihMasa #LebihMasa105 #SabriYunus #PokYa #IsmailGolok

    Dari Dewan Bahasa dan Pustaka Sampai Gedebe. Siapa Wan Ismail Golok dan Pokya? - Sabri Yunus

Ratings & Reviews

4.9
out of 5
12 Ratings

About

Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan. Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu berkaitan keadilan sosial, tadbirurus yang baik dan kelestarian alam sekitar. Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa dan siri vlog Terlebih Masa. Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.