Anxiety & Me - Bahasa

Anxiety and Me (Bahasa)

Mental Health awareness

Episodes

  1. 08/08/2020

    Anxiety and ME - EP3 - Bagaimana Anxiety Disorder Mengubah Hidup Saya

    #STOPTHESTIGMAOFMENTALHEALTH Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kali ini, saya akan berkongsi tentang bagaimana Anxiety Disorder mengubah hidup saya. Saya percaya, pada anda yang telah atau sedang menghadapi masalah Anxiety Disorder ini, apa yang kita nampak adalah keburukan Anxiety Disorder ini dan kita mahu kembali kepada kehidupan kita sebelum kita bersama dengan Anxiety Disorder. Saya tak nafikan, memang betul, ketika kita kene Anxiety Disorder ini, kualiti hidup kita amat teruk. Ada yang berkurung, ada yang sentiasa takut dan sebagainya. Saya adalah salah seorang yang mengalami masalah ini. Tetapi, jika anda berjaya train minda dan pemikiran anda, saya pasti, anda akan melihat Anxiety ini dari aspek yang berbeza. Seperti yang saya selalu tekankan, untuk melatih minda dan pemikiran kita jika kita mempunyai penyakit Anxiety Disorder ini, bukan lah mudah. Ia perlu dilakukan secara konsisten. Biar sikit, tapi berterusan, dari banyak, lepastu tak nak buat langsung sebab kita tak nampak perubahan. Anxiety Disorders ini banyak mengubah hidup saya. Jujur saya cakap, actually, saya jadi lebih baik or better person dari sebelum saya kene Anxiety Disorder. Saya yakin ramai diluar sana yang rasa nak kan kehidupan sebelum kene Anxiety Disorder, tapi percaya lah, jika anda berjaya train minda dan pemikiran anda, anda akan nampak yang diri anda skrg adalah lebih baik dari sebelum anda kene Anxiety Disorder. Saya kongsikan bagaimana Anxiety Disorder mengubah saya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya di video di atas. Thanks much! Website: https://anxietyandme.my/ Podcast/Spotify: https://bit.ly/anxietyandmeBM Facebook: https://www.facebook.com/anxietyandme... Instagram: https://www.instagram.com/anxietyandm...

    23 min

About

Mental Health awareness