ADA APA DENGAN U?

USIM Podcast

.

  1. Bakat USIM Ep 1: Rahsia Pendebat Terbaik | USIM Podcast

    EPISODE 1

    Bakat USIM Ep 1: Rahsia Pendebat Terbaik | USIM Podcast

    Perdebatan bukan sekadar aktiviti akademik, tetapi juga merupakan platform untuk menonjolkan bakat dan kemahiran berfikir kritis. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), perdebatan telah menjadi salah satu cara mahasiswa mengekspresikan diri dan mengasah kemahiran komunikasi mereka. Dalam siri terbaru Bakat USIM ini, kita akan menjelajahi kisah inspirasi para pendebat di USIM yang telah mencapai kejayaan luar biasa. Hos Podcast- Muhammad Zamratur Rahman Bin Yussri Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Hos Podcast- Nur Rasyiqah Unigkutti Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang Pencapaian Debat Bahasa Arab: -Pendebat Terbaik Sepuluh Teratas Munazaroh 'Abra Internet 2020 -Tempat Kedua Pertandingan Debat Sempena Sambutan Mahrajan Bahasa Arab Anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam 2021 -Tempat Ketiga Pendebat Terbaik Keseluruhan Kejohanan Debat Bahasa Arab Intervarsiti Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 2022 -Tempat Ketiga Pertandingan Debat Bahasa Arab ‘Festival Dunia Arab 4.0 Asean 2022’ -Naib Johan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2022 -Pendebat Terbaik Liga Debat Kategori Bahasa Arab Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM2022 -Pendebat Terbaik Akhir Debat Kategori Bahasa Arab Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2022 -Johan 2nd Asian Qatar Debate Championship 2023 Tetamu Podcast- Muhammad Najmie Bin Abdullah Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa) Pencapai Debat Bahasa Melayu: -Johan Debat Menteri Besar Selangor 2024 -Johan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 -Naib Johan Debat Nuklear 2022 -Johan Debat Belia Negeri Sembilan 2022 -Pendebat Terbaik Akhir Kejohanan Debat NC 2022 -Johan Debat Bahasa Melayu NC 2022

    28 min
  2. Nyala Rasa Pemuisi Muda USIM | USIM Podcast

    EPISODE 2

    Nyala Rasa Pemuisi Muda USIM | USIM Podcast

    Puisi bukan hanya untuk golongan yang lebih tua; ia adalah bentuk ekspresi yang hidup, bernafas, dan meresap ke dalam setiap generasi. Puisi adalah cara untuk menyampaikan perasaan dan pemikiran yang kompleks, sering kali menggunakan metafora dan imej yang kaya untuk menyampaikan makna yang lebih mendalam. Ikuti perjalanan dua penyair muda dalam Siri Bakat USIM ini dan terokai pandangan, inspirasi, serta kejayaan mereka. Saksikan perbincangan ini bersama host Nur Rasyiqah Unigkutti dan ⁠Amira Alhumaira Akmal serta tetamu Muhammad Zamratur Rahman bin Yussri dan Muhammad Najmie Abdullah, pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hos Podcast- Nur Rasyiqah Unigkutti Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang Hos Podcast- ⁠Amira Alhumaira Akmal Pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Tetamu Podcast- Muhammad Zamratur Rahman Bin Yussri Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Pencapaian Sayembara Puisi : -Johan Sayembara Puisi Keluarga Perpaduan Peringkat IPT, Tahun 2023 -Johan Sayembara Deklamasi Puisi Ke-37 peringkat WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Tahun 2023 -Johan Sayembara Deklamasi Puisi Ke-38 peringkat WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Tahun 2024 -Johan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Menara Kuala Lumpur 2024 Tetamu Podcast- Najmi Adli bin Mustaffa Pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Pencapaian Sayembara Puisi - Naib Johan FEStKUM - Johan Puisi Negeri Sembilan Kategori Dewasa - ⁠Naib Johan SDPK Negeri Sembilan - ⁠Ketiga SDPK Negeri Sembilan - ⁠Finalis Puisi Alam Sekitar, UMW Kategori IPTA, KEB - ⁠Ketiga Puisi Terbuka Kuala Lumpur

    41 min

About

.