Sekilas Fakta

Malaysiakini

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM

  1. 2d ago

    Loke Undur Kerana Tahanan Rumah Najib: Perlu Atau Isyarat Politik? | EXPLAIN SIKIT EP40

    Isu pemenjaraan rumah Datuk Seri Najib Razak terus mencetuskan pelbagai persoalan, daripada kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, syarat RM50 juta, siapa yang akan memantau pemenjaraan di rumah, hinggalah kepada persoalan sama ada sabitan Najib masih kekal. Dalam episod ini, dua panel mengupas dari sudut perlembagaan dan undang-undang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemenjaraan rumah. Perbincangan menjadi lebih panas apabila tindakan Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan turut dipersoalkan, termasuk persoalan sama ada beliau perlu berundur selepas keputusan pengampunan tersebut. Turut dibahaskan ialah persoalan besar , jika ada pihak yang mahu mengehadkan kuasa pengampunan, mengapa tidak dibawa pindaan Perkara 42 di Parlimen? Ikuti perbincangan dari perspektif undang-undang, Prof Abdul Aziz Bari, bekas ahli akademik dan pensyarah dalam bidang undang-undang dan kini masih memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Perak  serta penel kedua ialah  Tuan Haniff Khatri yang merupakan Peguam Kanan. ---------------------------------------------------------------------------------- ►Timestamps 00:00 — Apa sebenarnya maksud pemenjaraan rumah Najib? 04:00 — Kuasa pengampunan Agong: Sejauh mana batasnya? 08:00 — RM50 juta: Syarat sebelum Najib boleh jalani hukuman di rumah 13:00 — Siapa pantau Najib jika dipenjara di rumah? 18:00 — Rumah Najib tak cukup spesifikasi? Apa berlaku selepas ini? 23:00 — Pengampunan tak padam sabitan Najib 28:00 — Pemenjaraan rumah: Pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia 34:00 — 1MDB berbeza dengan kes SRC: Apa status hukuman Najib? 42:00 — Anthony Loke letak jawatan: Perlu atau tidak? 50:00 — “Kenapa tak pinda Perkara 42?”: Panel persoal tindakan kerajaan ------------ 🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama.  Pengacara : Mastura Malak, Hariz Mohd Penerbit: Mastura Malak Penerbit Kanan: Azreen Madzlan Penyunting Visual: Mohd Azudin Shah Jurukamera : Mohd Azudin Shah, Phung Yie Wen  Terbitan: KiniTV #ExplainSikit #kemelutNegerisembilan #Tuankumukhriz #Negerisembilan #perebutahtakhta #HanifffKhatri #AziziBari ----- Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di: Spotify: https://mk.my/A1IGfbX Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY

  2. 2d ago

    Darurat, Tribunal Diraja Boleh Jadi Jalan Keluar Krisis N Sembilan? | EXPLAIN SIKIT EP39

    Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan semakin hangat apabila timbul pertikaian mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar, kuasa Undang Yang Empat serta kesan terhadap pentadbiran negeri. Apa jalan penyelesaian yang wajar dari sudut Perlembagaan dan undang-undang? Dalam episod ini, Prof Abdul Aziz Bari dan Haniff Khatri turut mengupas percaturan politik menjelang PRN Melaka, termasuk rundingan UMNO-PAS, pembahagian kerusi dan kemungkinan kerjasama antara parti. ---------------------------------------------------------------------------------- ►Timestamps 4:55 - Siapa yang mempunyai kuasa dari sudut undang-undang untuk menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan? 9:18 - Siapa sebenarnya mempunyai kata putus mengenai status 10 Exco 11:55 - Cadangan wujudkan Tribunal Diraja 20:45 - Jika dari awal tidak sah, maka adakah perlu diistihar darurat? 23:09 - Undang-undang tubuh Negeri Sembilan ialah adat pepatih 26:42 - Perlu cari penyelesaian supaya tidak semakin lumpuh 36:06 - Umum 'Darurat' untuk penyelesaian sementara 39:32 - Sign siapakah yang boleh digunakan ketika konflik berlaku ? 42:34 : Cadangan bubarkan Parlimen dan buat PRN baru adalah tidak boleh diterima 44:01 - Isu PRN Melaka. Siapa akan bekerjasama dengan siapa ? ------------ 🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara : Mastura Malak, Hariz Mohd Penerbit: Mastura Malak Penerbit Kanan: Azreen Madzlan Penyunting Visual: Mohd Azudin Shah Jurukamera : Mohd Azudin Shah, Phung Yie Wen Terbitan: KiniTV #ExplainSikit #kemelutNegerisembilan #Tuankumukhriz #Negerisembilan #perebutahtakhta #HanifffKhatri #AziziBari ----- Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di: Spotify: https://mk.my/A1IGfbX Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY

About

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM