Borak Daily Podcast

Borak Daily

Berita bukan sekadar fakta. Di Borak Daily Podcast, kami bedah isu, soal naratif, dan bawa suara rakyat ke pentas utama. Satu podcast untuk anda faham cerita di sebalik berita

  1. Apr 3

    Podcast KPT Episod 22: TVET dan Revolusi Kemahiran Baharu

    TVET dan Revolusi Kemahiran Baharu Bagaimana TVET membentuk generasi berkemahiran yang lebih bersedia mendepani dunia pekerjaan masa kini? Dalam era teknologi, AI dan perubahan industri yang pantas, bagaimana institusi pendidikan tinggi menyesuaikan latihan dan kemahiran agar terus relevan dengan keperluan semasa? Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, termasuk usaha mendekatkan pelajar dengan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antara yang dikupas dalam episod ini: Segmen Ekosistem TVET & Masa Depan Kemahiran Dr. Syamsuri Abdullah (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti) Kupasan mengenai landskap TVET negara, kebolehpasaran graduan, hubungan strategik dengan industri serta keperluan menguasai kemahiran baharu dalam era digital. Segmen Perkongsian Pakar: Cuaca, Monsun & Risiko Bencana Ts. Ir. Dr. Goh Tian Lai (UKM) Perbincangan mengenai situasi cuaca tidak menentu, banjir, tanah runtuh dan kepentingan kesedaran masyarakat terhadap risiko bencana. Segmen Kisah Kejayaan Kepakaran KPT Dr. Muhammad Karbela Reza Ramlan (HCTM, UKM) Perkongsian mengenai rekonstruksi ACL secara penjagaan harian, satu inovasi rawatan yang mempercepatkan proses pemulihan pesakit. Hos: Encik Hafizi Rosli Dengarkan episod ini untuk memahami bagaimana TVET, kepakaran akademia dan inovasi institusi KPT terus memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara. 🎙️

    1h 5m
  2. Mar 19

    Podcast KPT Episod 20 (Khas) : Memilih Laluan, Membina Masa Depan

    Memilih Laluan, Membina Masa Depan Bagaimana pelajar lepasan SPM boleh membuat pilihan terbaik untuk masa depan mereka? Apakah laluan pengajian yang tersedia, dan bagaimana menentukan kursus serta institusi yang paling sesuai dengan minat dan potensi diri? Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan secara menyeluruh panduan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi — daripada proses permohonan UPU, pemilihan kursus, sehinggalah kepada peluang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antara yang dikupas dalam episod ini: Segmen Laluan & Permohonan UPU: Encik Mohd Najib Mohd Sarif (Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT) Kupasan mengenai proses permohonan UPU Online, tips pemilihan program, kesilapan lazim pelajar serta panduan untuk memastikan permohonan dibuat dengan tepat dan teratur. Segmen Jom Masuk Universiti & Akses Maklumat: Perkongsian tentang platform Jom Masuk Universiti (JMU) sebagai medium utama untuk pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat, konsultasi serta pendedahan kepada pelbagai pilihan pengajian secara fizikal dan maya. Segmen Biasiswa & Bantuan Kewangan: Puan Rohaizah Muhamad (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Biasiswa, KPT) Penerangan mengenai jenis penajaan, bantuan kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh KPT, termasuk peluang kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan. Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat) Dengarkan episod ini untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih laluan pendidikan — kerana setiap pilihan hari ini adalah asas kepada masa depan yang lebih baik. 🎙️

    44 min
  3. Mar 19

    Podcast KPT Episod 19 (Khas): Suara Mahasiswa, Masa Depan Negara

    Suara Mahasiswa, Masa Depan Negara Sejauh mana suara mahasiswa benar-benar mempengaruhi hala tuju pendidikan tinggi negara? Bagaimana pandangan, aspirasi dan kritikan pelajar dapat diterjemahkan menjadi dasar yang lebih inklusif dan relevan? Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan peranan mahasiswa sebagai pemegang taruh utama dalam ekosistem pendidikan tinggi. Daripada isu kebebasan bersuara, pemerkasaan pelajar, sehinggalah kepada cabaran realiti selepas graduasi — semuanya dikupas secara terbuka dan mendalam. Antara yang dikupas dalam episod ini: Segmen Perspektif Kepimpinan KPT: YB Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) Kupasan mengenai peranan mahasiswa dalam pembentukan dasar, kepentingan engagement berterusan serta pendekatan KPT dalam memperkasa suara pelajar di peringkat nasional. Segmen Suara Mahasiswa & Kebebasan Bersuara: Perbincangan tentang bagaimana mahasiswa boleh menyuarakan pandangan secara matang dan bertanggungjawab dalam era media sosial, termasuk cabaran misinformation dan batas kebebasan bersuara. Segmen Akses Pendidikan & Masa Depan Graduan: Kupasan mengenai pendidikan sebagai alat mobiliti sosial, inisiatif pendidikan percuma kepada golongan memerlukan serta isu kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja semasa. Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat) Dengarkan episod ini untuk memahami bagaimana suara mahasiswa hari ini bukan sekadar pandangan — tetapi asas kepada pembinaan masa depan negara yang lebih inklusif dan progresif. 🎙️

    52 min
  4. Mar 7

    Podcast KPT Episod 17 (Khas): Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia RPTM (2026-2035)

    Apakah hala tuju baharu pendidikan tinggi negara untuk satu dekad akan datang? Bagaimana Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 akan memperkasa akses pendidikan, kebajikan mahasiswa serta pembangunan bakat negara? Dalam episod khas Podcast KPT kali ini, kita meneliti pengumuman penting yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sempena peluncuran RPTM, termasuk inisiatif yang memberi impak langsung kepada pelajar dan ekosistem pendidikan tinggi negara. Antara yang dikupas dalam episod ini: Segmen Polisi & TVET: Dr. Shamsuri Abdullah (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti) Kupasan mengenai pemerkasaan TVET, digitalisasi dan AI dalam politeknik serta perancangan menaik taraf politeknik Premier. Segmen Suara Mahasiswa: Haikal Nazhan Hamdan (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan / Pelajar USIM) Pandangan mahasiswa terhadap pengumuman penting RPTM termasuk jaminan tempat IPTA, tambahan kuota kemasukan serta kebajikan pelajar. Segmen Perspektif Mahasiswa OKU: Khoo Chong Tian (Brian) – Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia / OKU Penglihatan Perkongsian pengalaman sebagai mahasiswa OKU serta pandangan mengenai inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar OKU. Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat) Dengarkan episod khas ini untuk memahami bagaimana RPTM 2026–2035 menjadi pelan strategik yang membentuk masa depan pendidikan tinggi Malaysia serta memperluaskan peluang kepada semua lapisan masyarakat. 🎙️

    55 min

About

Berita bukan sekadar fakta. Di Borak Daily Podcast, kami bedah isu, soal naratif, dan bawa suara rakyat ke pentas utama. Satu podcast untuk anda faham cerita di sebalik berita