The Geng Podcast

The Geng

The Geng Podcast ialah sebuah podcast berbahasa Melayu yang membawakan kisah realiti kehidupan merangkumi keluarga, kesihatan, isu sosial dan nostalgia yang dekat di hati. Podcast ini menampilkan wajah dan suara yang tidak asing lagi seperti Linda Onn, C-Lan Paul, David Low dan Rostam Said.

  1. Episod 2: Geng Sihat - Diet Malaysia Dan Masa Depan Kita

    FEB 3

    Episod 2: Geng Sihat - Diet Malaysia Dan Masa Depan Kita

    🇲🇾 Malaysia kaya makanan, tapi miskin kesihatan? Satu daripada enam kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit jantung dan apa yang kita makan hari ini sebenarnya sedang membentuk kesihatan kita 20-30 tahun akan datang. Episod Geng Sihat kali ini berbual panjang dan jujur tentang: • Realiti pemakanan rakyat Malaysia • Kenapa sayur & buah selalu jadi prioriti terakhir • Hubungan diet, gaya hidup sedentari & penyakit jantung • Kenapa penyakit kronik kini menyerang usia lebih muda • Peranan ibu bapa dalam membentuk tabiat makan anak • Makan luar, fast food, air manis & “kalori tak nampak” • Kos kesihatan yang bakal ditanggung negara jika tiada perubahan Perbincangan ini bukan tentang “tak boleh makan”, tetapi tentang: ✅ Kesedaran ✅ Keseimbangan ✅ Perubahan kecil yang konsisten ✅ Hidup lebih lama dan berkualiti, bukan sekadar panjang umur 💡 “Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.” 📌 Pesanan penting: • Jangan tunggu sakit baru nak jaga makan • Buat pemeriksaan kesihatan walaupun rasa “sihat” • Ajar anak kenal sayur & buah dari kecil • Kurangkan makanan ultra-proses & minuman manis • Perubahan hari ini = masa depan lebih sihat 👉 Kongsikan video ini dengan keluarga & rakan-rakan 💬 Tinggalkan komen: apa satu tabiat makan yang paling susah anda nak ubah? 👉 Follow Puan Mazuin Kamarul Zaman di Instagram 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    40 min
  2. Episod 4: Geng Spotlite - Dari Cikgu Ke Kopi Bersama Apek

    FEB 2

    Episod 4: Geng Spotlite - Dari Cikgu Ke Kopi Bersama Apek

    Dari meniaga kopi tepi jalan RM5 sehari, sampai jadi coffee roaster, barista trainer & consultant yang bantu orang buka kafe dengan risiko minimum. Episod ni bukan sekadar borak kopi sedap, tapi kupas realiti dunia kopi & F&B yang ramai tak cerita. Antara topik menarik dalam episod ini: • Kenapa trend “jom mamak” bertukar jadi “jom coffee” • Perjalanan Apek dari cikgu → peniaga kopi → coffee consultant • Modal sebenar buka kafe (real talk, bukan TikTok talk) • Cara pilih lokasi, menu & mesin ikut target market • Beza single origin vs blend • Light roast, medium, dark roast, mana sesuai dan untuk siapa • Kenapa kopi masam bukan semestinya rosak • Espresso, Americano, Latte, Cappuccino, Flat White explained • Instant coffee, kapsul vs kopi segar • Coffee wave 1st sampai 4th wave • Trend coffee rave & komuniti kopi • Realiti untung rugi bisnes kafe • Coffee lover “pahit” vs coffee lover “manis” • Automation vs barista manusia Episod ni memang untuk geng yang: ✅ Minat kopi ✅ Tengah plan nak buka kafe ✅ Selalu pening tengok menu kopi ✅ Nak faham kopi tanpa jargon pelik 📍 Nak buka kafe atau nak belajar kopi? Apek share juga cara dia bantu dari A-Z: mesin, layout kedai, menu, costing, supplier & networking. 💬 Tinggalkan komen kalau ada soalan pasal kopi yang Linda terlepas tanya. Apek akan jawab! 👉 Follow Apek di Instagram 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    1h 5m
  3. Episod 3: Geng Retro - Aris Ariwatan, Satu Kupasan

    JAN 30

    Episod 3: Geng Retro - Aris Ariwatan, Satu Kupasan

    Dalam episod Geng Retro kali ini, The Geng membawakan satu perbualan jujur, panjang dan sangat membuka mata bersama legenda rock Malaysia, Aris Ariwatan. Bermula dari cerita anak kampung yang berani berhijrah ke Kuala Lumpur pada era 80-an, Aris berkongsi perjalanan sebenar dunia seni yang tak pernah glamor seperti yang orang bayangkan. Dari kisah band awal, proses audition dengan M. Nasir, kelahiran nama Ariwatan, sehinggalah album pertama yang dihasilkan dalam keadaan serba kekurangan. Episod ini juga menyentuh sisi gelap industri muzik: • Kenapa hampir tiada artis yang benar-benar suka album pertama mereka • Realiti kontrak rakaman dan klausa yang menekan artis• Isu cetak rompak dan bagaimana ia “membunuh” kerjaya senyap-senyap • Detik paling pahit bila suara lantang membawa kepada nasihat terkenal, “Jangan jadi hero.” Aris turut berkongsi pandangan matang tentang: • Hak cipta dan harta intelek • Kepentingan kejujuran dan niat dalam berkarya• Bahaya populariti tanpa adab • Nasihat ikhlas untuk generasi baru dalam industri seni Ini bukan sekadar nostalgia. Ini kelas kehidupan, industri dan prinsip dari seorang seniman yang pernah berada di atas, di tengah dan di bawah radar hiburan. 📌 Episod ini wajib ditonton sampai habis jika anda: • Peminat muzik rock & era 80-90an • Artis atau pencipta kandungan baru • Atau sekadar mahu faham realiti sebenar dunia seni 👇 Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. Adakah suara lantang masih relevan, atau sistem memang tak suka “hero”? 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    52 min
  4. Episod 3: Geng Apa Saja - Borneo Bukan Trip Biasa bersama Baki Zainal

    JAN 29

    Episod 3: Geng Apa Saja - Borneo Bukan Trip Biasa bersama Baki Zainal

    Common sense is no longer common... sampai masuk hutan pun boleh pancit. 😅 Dalam episod Geng Apa Saja kali ini, The Geng Podcaster David Low borak santai tapi deep bersama Baki Zainal, seorang pengacara, penyelam, personaliti internet dan duta 4x4 yang baru pulang daripada Borneo Safari ke-33 di Sabah. Bukan cerita kereta semata-mata. Ini kisah 8 hari dalam hutan tanpa line, tanpa wifi, penuh lumpur, pacat, hujan, kesabaran mental, teamwork dan keikhlasan. Dari budaya orang Sabah, survival basic, sampai real talk pasal civic minded, common sense dan hidup bila teknologi hilang. Podcast ni buat kita fikir: • Boleh ke hidup tanpa data? • Kenapa teamwork lagi penting daripada ego? • Bila susah, siapa kawan sebenar? • Kenapa hutan ajar manusia jadi manusia balik? Kalau suka cerita adventure yang jujur, kelakar dan penuh pengajaran hidup, episod ni memang wajib tengok sampai habis. 👇 Drop komen, kalau disuruh masuk hutan 8 hari tanpa line, boleh survive ke? 👉 Follow Baki Zainal di Instagram 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    42 min
  5. Episod 3: Geng Famili - Menghadapi Penyakit Kritikal

    JAN 27

    Episod 3: Geng Famili - Menghadapi Penyakit Kritikal

    Dalam podcast Geng Famili kali ini, jom menyelami satu topik yang sangat dekat dengan realiti ramai keluarga iaitu penyakit kritikal dan impaknya terhadap keluarga. Bersama tetamu istimewa, Dr. Kartini Kamalul Ariffin, seorang personaliti, pensyarah dan trainer yang juga merupakan kanser survivor. Beliau berkongsi perjalanan peribadi dari saat menerima diagnosis kanser payudara tahap satu, proses rawatan, sehinggalah bagaimana pengalaman ini mengubah cara beliau melihat kehidupan, keluarga dan hubungan dengan Allah. Perbualan ini menyentuh banyak perkara penting, antaranya: • Realiti kanser sebagai “pembunuh senyap” • Kepentingan early detection dan tindakan pantas • Cabaran memberitahu pasangan dan anak-anak tentang diagnosis • Peranan sokongan keluarga dalam proses penyembuhan • Isu suami yang menghalang isteri mendapatkan rawatan • Keberanian berkongsi kisah kanser di media sosial • Kesedaran bahawa kesihatan lebih bernilai daripada harta dan status • Bagaimana penyakit menjadi titik perubahan spiritual dan emosi • Tiga nasihat penting untuk individu dan keluarga yang melalui penyakit kritikal Episod ini bukan sekadar kisah kanser, tetapi satu perbualan jujur tentang keberanian, penerimaan, kepimpinan dalam keluarga dan kasih sayang terhadap diri sendiri.Jika anda atau ahli keluarga sedang melalui fasa sukar, atau mengenali seseorang yang diuji dengan penyakit kritikal, episod ini mungkin boleh menjadi sumber kekuatan dan kesedaran. 📌 Peringatan penting: Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Jangan berlengah. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. 👉 Follow Dr. Kartini Kamalul Ariffin di Instagram dan Facebook 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    49 min
  6. Episod 3: Geng Spotlite - Di Sebalik Dapur Bersama Chef Zam

    JAN 26

    Episod 3: Geng Spotlite - Di Sebalik Dapur Bersama Chef Zam

    Dalam episod Geng Spotlite kali ini, The Geng Podcaster Linda Onn membawakan satu perbualan yang jujur, panjang dan penuh makna bersama Prof. Dato’ Chef Zam. Bermula daripada zaman rendah diri, masuk TV tanpa audition, dari seorang “kuli dapur”, sehinggalah menjadi chef selebriti, pendidik TVET dan tokoh kulinari yang mengharumkan nama Malaysia di dalam dan luar negara. Perbualan ini bukan sekadar pasal masak, tetapi tentang: • Keyakinan diri • Disiplin & ilmu • Beza kejar populariti vs bina kredibiliti • Realiti dunia TV & kandungan masakan • Kehilangan ibu & bagaimana iman mengubat luka • Kenapa kemahiran (TVET) adalah masa depan anak-anak kita Antara topik menarik yang dikongsi: • First time masuk TV & rasa “aku dah jadi orang TV ke?” • Kenapa Chef Zam percaya skill dulu, glamour kemudian • Kisah dibesarkan dengan nenek & dapur minyak tanah • Dari hotel → PR → akademik → chef selebriti • Realiti dunia lakonan vs dunia masakan • Kenapa TV masakan perlukan ilmu, bukan sekadar viral • Perjalanan menubuhkan Silver Spoon International College & Rich Talents International College • Apa itu TVET & kenapa ia penting untuk masa depan anak Malaysia • Kisah menyentuh hati tentang menjaga ibu hingga ke akhir hayat 🎓 Berminat belajar seni kulinari / TVET? • Umur minimum 16 tahun • Tak lulus SPM? Tak jadi masalah • Boleh membaca, menulis & mengira (3M) 🌐 Info lanjut: • Technical and Vocational Education and Training (TVET) • Rich Talents International College 👉 Follow Chef Zam di Instagram dan TikTok 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    1h 6m
  7. Episod 2: Geng Retro - Che Dean Di Balik Pena Hiburan

    JAN 23

    Episod 2: Geng Retro - Che Dean Di Balik Pena Hiburan

    Dalam episod Geng Retro kali ini, The Geng Podcaster Pak Tam bersembang panjang bersama Saharudin Mohd Musthafa, atau lebih dikenali sebagai Che Dean, tokoh kewartawanan hiburan yang sudah lebih dua dekad dalam industri media. Bermula sebagai pembaca setia akhbar sejak usia 7 tahun, Che Dean berkongsi perjalanan hidup daripada lepasan SPM, bekerja sebagai kerani bank, sehinggalah berani meletakkan jawatan demi mengejar impian menjadi wartawan di Utusan Melayu. Episod ini penuh dengan kisah jatuh bangun, proses keras dunia newsroom, dimarahi editor sebagai “learning process”, serta bagaimana etika, ketepatan dan keberanian membentuk seorang wartawan sejati. Antara topik menarik yang dikupas: • Zaman kegemilangan media cetak dan hiburan 90-an • Proses kewartawanan sebelum era media sosial • Kisah eksklusif dunia artis dan harga profesionalisme • Artikel paling peribadi yang pernah ditulis Che Dean • Amanat arwah Tan Sri SM Salim yang meremangkan bulu roma • Cabaran media hari ini antara kecepatan vs ketepatan • Peranan mentor, persahabatan dan ilmu dalam membina kerjaya Satu episod sarat nostalgia, ilmu dan realiti dunia media yang jarang diceritakan. Wajib tonton untuk geng yang minat kewartawanan, media, sejarah hiburan dan kisah benar di sebalik tabir industri. 👉 Follow Che Dean di ⁠Instagram⁠ 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠⁠⁠YouTube⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠Spotify⁠⁠⁠⁠ dan ⁠⁠⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠⁠⁠Facebook⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠Instagram⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠TikTok⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠X⁠⁠⁠⁠, ⁠⁠⁠⁠Threads⁠⁠⁠⁠ 🌐 Layari ⁠⁠⁠laman web rasmi⁠⁠⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    40 min
  8. Episod 2: Geng Apa Saja - Cabaran Paling Ekstrem Henzi Demi Rekod Asean

    JAN 22

    Episod 2: Geng Apa Saja - Cabaran Paling Ekstrem Henzi Demi Rekod Asean

    Dalam episod Geng Apa Saja kali ini, The Geng Podcaster David Low membawakan perbualan santai tetapi penuh isi bersama tetamu istimewa Henzi Andalas Nusantara, seorang pelakon, stuntman, mentalis dan ahli kuasa minda ekstrem yang sudah lebih 25 tahun dalam industri. Henzi berkongsi perjalanan uniknya bermula sebagai stuntman seni bela diri, sebelum terlibat dalam lebih 30 filem dan pelbagai siri drama. Beliau juga dikenali sebagai Mr. Minda, dengan trademark “Anda percaya?” yang melekat di ingatan penonton sejak era Super Game Boy. Dalam episod ini, Henzi bercerita tentang: • Dunia stunt dan risiko sebenar di sebalik tabir • Pengalaman latihan profesional sebagai stuntman di Australia • Peralihan daripada stunt & lakonan kepada mentalisme dan magic ekstrem • Aksi-aksi berbahaya, kecederaan, disiplin, latihan dan persediaan mental • Nasihat jujur untuk anak muda yang mahu terjun ke bidang seni dan lakonan • Kenangan bekerja dengan legenda industri dan kisah-kisah yang jarang didengar Perbualan ini membuka mata tentang realiti industri hiburan, bukan sekadar populariti, tetapi latihan, ilmu, pengalaman dan tanggungjawab terhadap keselamatan diri. Geng, kalau anda minat dunia lakonan, stunt, magic, mentalisme atau sekadar suka dengar cerita “belakang tabir” yang padu, episod ini memang untuk anda. 👉 Follow Henzi Andalas Nusantara di TikTok, Instagram dan Facebook 🎧 Dengar playlist penuh di ⁠⁠YouTube⁠⁠, ⁠⁠Spotify⁠⁠ dan ⁠⁠Apple Podcasts⁠⁠ 📲 Ikuti kami di semua platform media sosial ⁠⁠Facebook⁠⁠, ⁠⁠Instagram⁠⁠, ⁠⁠TikTok⁠⁠, ⁠⁠X⁠⁠, ⁠⁠Threads⁠⁠ 🌐 Layari ⁠laman web rasmi⁠ Jangan lupa FOLLOW dan ADD TO PLAYLIST untuk lebih banyak pengisian menarik tentang realiti kehidupan daripada isu keluarga dan kesihatan, hinggalah ke topik sosial dan nostalgia yang dekat di hati.

    26 min

About

The Geng Podcast ialah sebuah podcast berbahasa Melayu yang membawakan kisah realiti kehidupan merangkumi keluarga, kesihatan, isu sosial dan nostalgia yang dekat di hati. Podcast ini menampilkan wajah dan suara yang tidak asing lagi seperti Linda Onn, C-Lan Paul, David Low dan Rostam Said.