201 episodes

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Hasrizal Hasrizal Abdul Jamil

    • Education

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    The Injection of the Religious Flavour Into Zionism

    The Injection of the Religious Flavour Into Zionism

    Here is a snippet from Saturday’s talk in DublinThe injection of the religious flavour into Zionism and what we as Muslims should learn from it.#freepalestine #irishpalestinian #irelandpalestine #irelandpalestinesolidarity


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 5 min
    Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

    Masihkah Kita Bersolidariti Tanpa Jemu?

    Konflik yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza, sudah menghampiri tiga bulan. Jumlah mangsa yang terkorban mencecah sekitar tiga puluh ribu orang. Ini jauh daripada angka dan apa yang telah kita saksikan di peringkat awal dahulu. Kini, kita perlu menyoal, adakah kita masih komited dengan perjuangan membantu dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Gaza, atau bagaimana?Jika kita sandarkan komitmen solidariti kita kepada usaha menyebarkan foto-foto mangsa yang terkorban, jumlah yang terkorban itu sudah berganda-ganda jauh lebih besar daripada apa yang terjadi dua bulan yang lalu. Ketika menyentuh hal ini dua bulan yang lalu, saya berdepan dengan serangan daripada sesetengah netizen. Seumpama mereka hanya membaca tajuk, lantas salah faham dan tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan. Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca, bahawa konflik Palestin ini memerlukan kita bernafas panjang. Ia tidak boleh bergantung semata-mata kepada emosi amarah dan sedih yang berhubung rapat dengan penyebaran imej dan video grafik mangsa kekejaman Zionis itu.Teruskan bersolidariti, jangan patah semangat dan murung dengan kesedihan demi kesedihan yang melanda.Fokus, kukuhkan diri, ikuti laporan berita setiap hari, fahamkan daripada dimensi yang pelbagai, agar lebih memahami.Jangan lupa berusaha bersama-sama memperbaiki diri, meningkatkan kelayakan kita ketika berdoa, agar Allah lebih memandang doa kita, para hamba-Nya.Sambutlah juga solidariti dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia yang buat pertama kalinya membuka mata untuk melihat siapakah syaitan sebenar di sebalik segala musibah yang berlaku ini.Bebas Palestin!Artikel penuh di blog PALESTIN.SAIFULISLAM.COM#bebaspalestin


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 4 min
    Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

    Fenomena Agamawan Berbahasa Kesat Dalam Ceramah

    𝗙𝗲𝗻𝗼𝗺𝗲𝗻𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa kesat ketika menyampaikan agama.Sesuatu yang mungkin orang ramai kurang faham kerana tidak mengalaminya ialah ujian di meja penceramah. Apabila kita duduk di meja ceramah, bermulalah satu ujian yang besar. Mungkin di peringkat amatur orang ramai berkata, “oh ini geng-geng ‘ustaz sampul’ belaka!” Masyarakat menganggap ustaz atau penceramah itu mahu menjaga kedudukannya berdasarkan kepada lumayannya sagu hati yang diberikan di dalam sampul tadi.Tetapi di satu peringkat, wang bukan menjadi tarikan utamanya lagi. Bukan itu yang menarik perhatian dan mendatangkan lebih kepuasan kepada penceramah. Sebaliknya, apa yang lebih menguji malah beracun iaitu sokongan orang ramai. Orang angguk dengan pendapat kita. Orang ketawa dengan gurauan kita.Kalau kita buat lawak, beratus-ratus malah beribu orang gelak, ‘feeling‘ ketika itu, masya Allah! Kalau kita cakap satu benda yang betul, beribu orang mengangguk kerana bersetuju dengan benda yang kita cakap, ujiannya sangat mendalam.Saya yakin ramai yang tidak pernah kenal dan sudah lupa tentang siapa saya untuk mengulas hal ini.“Siapa beliau nak cakap tentang hal ini?”Saya tidaklah sepopular nama-nama besar yang ada hari ini. Tetapi serba sedikit, sekurang-kurangnya saya pernah berada di dalam situasi itu. Di pentas ceramah, di kaca tv saban waktu, poster dan banner di sana sini, berceramah keliling dunia, Allah rezekikan sedikit untuk berada di dalam situasi berkenaan.Hakikatnya, setiap kita yang duduk di meja ceramah, kita diuji dengan ujian-ujian khusus untuk orang agama.Artikel penuh di blog www.saifulislam.com


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 9 min
    Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok-tembok Rome

    Tragedi Gaza Runtuhkan Tembok-tembok Rome

    Sungguh luar biasa Palestin ini kerana semua kematian yang terjadi di bumi itu adalah kematian yang menghidupkan.


    Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/12/tragedi-gaza-runtuhkan-tembok-rome/



    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 9 min
    Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

    Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

    “Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan”

    Ia adalah kata-kata yang datang daripada ucapan Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi semasa menghantar surat seperti yang dirakam di dalam tarikh A-Tabari dan Al-Bidayah Wa al-Nihayah oleh Ibnu Kathir.

    Kata Khalid bin Al-Walid radiallahu anhu:

    بسم الله الرحمن الرحيم، من خالد بن الوليد إلى ملوك فارس، فالحمد لله الذي حل نظامكم ووهن كيدكم، وفرق كلمتكم… فأسلموا وإلا فأدوا الجزية وإلا فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة.“

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang daripada Khalid bin Al-Walid kepada Raja Parsi, segala puji bagi Allah yang telah membubarkan pemerintahanmu dan melemah hancurkan perancanganmu dan memecahbelahkan kesatuanmu, terimalah Islam atau bayarlah jizyah, jika tidak, aku datang bersama dengan satu kaum, yang mereka itu cintakan kematian seperti kamu cintakan kehidupan.“

    Semangat inilah yang berada di belakang mereka yang berjuang membebaskan bumi Palestin yang tidak ada di dalam jiwa keji, pengecut, penakut yang ada pada tentera Zionis yang sedang berleluasa di bumi Isra wal Mi’raj itu.


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 3 min
    Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

    Penganjuran Malaysian Night: Perbalahan Yang Menguji Jati Diri

    Harapan saya ialah pertembungan yang berlaku di antara pihak yang mahu menganjurkan acara ini dan mereka yang tidak bersetuju, sebolehnya biarlah pertembungan itu lahir dalam bentuk menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kedua belah pihak pada mencari jalan untuk mengharmonikan sesama rakyat Malaysia yang ada latar belakang yang berbeza dan bukan semata-mata menyambung bahasa pertembungan daripada masyarakat di tanah air yang sudah begitu kronik terpisah hidup dalam dunia masing-masing walaupun kita masih lagi berbangga untuk mendakwa Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, pelbagai agama, tetapi ia sukar untuk diserlahkan dalam hal-hal yang seperti ini.Namun dalam suasana semasa ketika pelbagai perkara yang menyedihkan berlaku terutamanya dengan serangan yang terjadi di Palestin, jika kita hendak bersuka ria, nak berseronok, itu hak masing-masing, terpulanglah dengan agenda masing-masing, Friday night, Saturday night, Sunday night tetapi jika ia membabitkan penganjuran oleh rakyat Malaysia sendiri, sesama pelajar Malaysia, Mungkin masa ini adalah masa yang tidak sesuai, adalah lebih baik untuk perbelanjaan yang ada disumbangkan untuk membantu mangsa kepada peperangan tersebut yang amat memerlukan kepada bantuan.Berusahalah untuk duduk semeja, berbincang dan mencari jalan yang lebih aman dan harmoni, menjauhkan diri daripada sikap memandang rendah dan memperlekeh antara satu sama lain, apatah lagi menyerang, mengaibkan sesama kita rakyat Malaysia dengan mencari keburukan, kesalahan, hal-hal peribadi individu-individu yang kita tidak setuju kerana itu adalah akhlak rendah yang tidak menggambarkan kualiti pelajar yang dibiayai sama ada oleh kerajaan ataupun oleh keluarga masing-masing dengan jumlah yang begitu besar untuk belajar di luar negara, tetapi berada hanya di tahap demikian untuk mengadu domba atau membawang bak kata orang sekarang.Take care, jaga diri baik-baik, usahakanlah untuk mencari jalan perdamaian dan persahabatan sesama kita.Artikel penuh di https://saifulislam.com/2023/11/penganjuran-malam-malaysia-perbalahan-yang-menguji-jati-diri/


    ---

    Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

    • 9 min

Top Podcasts In Education

The Mel Robbins Podcast
Mel Robbins
The Jordan B. Peterson Podcast
Dr. Jordan B. Peterson
The Rich Roll Podcast
Rich Roll
Mick Unplugged
Mick Hunt
Do The Work
Do The Work
TED Talks Daily
TED