Hasrizal

Hasrizal Abdul Jamil

PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

  1. 11/28/2025

    Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu

    Musโ€™ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ๏ทบ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ๏ทบ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ๏ทบ hendaklah menyingkir kelompok โ€˜low classโ€™ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang โ€˜marginalisedโ€™ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.โ€œKita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemahโ€ ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ๏ทบ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ๏ทบ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.#pendidikaninklusif #inclusiveeducation

  2. 11/19/2025

    Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

    โ€œAduhai, seorang lagi!โ€ keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut. โ€œBukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!โ€ kata hati guru tadi. Namun Allah ๏ทป takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah โ€˜Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ๏ทบ. SURAH โ€˜ABASA Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan. Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ๏ทบ. Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA. Baginda ๏ทบ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau. Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil โ€“ kerutan kening, gangguan hati โ€“ yang dalam timbang tara langit dianggap besar. https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/ #PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

About

PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal