🎙️ OMG Podcast - Episode #25mg: PrEP, Antara Nyawa atau Akhlak Malaysia ada 3,185 kes HIV baru pada 2024. 96% daripada jangkitan tu melalui hubungan seksual. Ubat pencegahan dah wujud. Tapi kenapa ia masih jadi isu paling sensitif dalam sistem kesihatan negara? Dalam episod ni, Dr Aizul dan Ustaz Dr Jihad duduk semeja, bukan untuk bersetuju, tapi untuk menjawab soalan yang ramai takut nak tanya. Episod ini membincangkan: ▸ Apa sebenarnya PrEP dan siapa yang betul-betul perlukan ia, bukan versi sanitized, tapi realiti klinikal di Malaysia ▸ Adakah PrEP mencegah penyakit atau menggalakkan perbuatan yang dilarang dan kenapa jawapan tu tak semudah yang disangka ▸ Malaysia dah jalankan program tukar jarum untuk penagih dadah atas nama "mudarat lebih kecil" kenapa logik yang sama tak dipakai untuk jangkitan seksual? ▸ Stigma HIV dalam kalangan doktor sendiri bukan sekadar dalam masyarakat ▸ Di mana garis antara maslahah dan mafsadah apabila nyawa dan akhlak berada di hujung yang berbeza ▸ Kenapa kontroversi PrEP mungkin bukan tentang ubatnya tapi tentang siapa yang kita sanggup selamatkan Ustaz Dr Jihad kembali selepas episod #20mg dengan perspektif yang lebih tajam. Dr Aizul membawa realiti klinikal yang jarang didengari secara terbuka. Dua bidang, satu persoalan yang Malaysia masih belum selesaikan.Kata kunci episod ini: Mudah untuk bersetuju bahawa nyawa perlu dijaga dan akhlak perlu dipertahankan. Yang susah bila kedua-duanya tidak boleh dipenuhi dalam masa yang sama, mana satu yang kita pilih dahulu? Sokongan kami:TheScrubLab (TSL): Scrub berkualiti untuk profesional kesihatan Malaysia. Email dr.aizzat@thescrublab.com.my atau WhatsApp 019-707-3287 untuk tempahan pukal. Subscribe dan ikuti perjalanan kami dari mg ke g ke kg — satu episod pada satu masa. Disclaimer: Pandangan yang dikongsi adalah pendapat peribadi tetamu dan host, dan tidak mewakili institusi atau organisasi berkaitan. 00:00, Introduction to OMG #25mg and the topic of PrEP 00:01, Explanation of the difference between HIV and AIDS 00:02, Introduction of guests: Dr. Aizul Hafizi and Dr. Ahmad Jihad 00:04, Discussion on the viral social media post and the "enabler" controversy 00:06, The landscape of HIV in Malaysia from 1986 to present 00:08, Impact of the needle exchange program on HIV rates among drug users 00:10, Misperceptions of HIV as only affecting the LGBT community 00:12, Dr. Aizul's intention behind his viral comment and awareness efforts 00:14, Religious perspective: Lack of law enforcement vs. health complications 00:16, Fatwa position on the three specific groups eligible for PrEP 00:19, How doctors handle requests for PrEP while respecting patient privacy 00:20, Methods of PrEP administration: Oral medication vs. injection 00:22, Importance of awareness for high-risk individuals regardless of sexual orientation 00:27, The breakdown of government funding for HIV prevention and treatment 00:30, Strategic ways to provide awareness within religious guidelines 00:35, The psychological experience of patients seeking PrEP 00:38, Comparison of behavioral changes: PrEP vs. smoking cessation 00:43, Clinical complications of untreated HIV 00:48, Religious debate: Is PrEP a "mukadimah" to sin? 00:50, Explanation of the Perlis Fatwa on the permissibility of PrEP 00:53, Discussion on PrEP within the framework of Maqasid Syariah 00:58, Difference between PrEP (pre-exposure) and PEP (post-exposure) 01:01, Costs and medical screening procedures for starting PrEP 01:04, Clarification that PrEP does not prevent other STIs 01:08, Reducing stigma and supporting "People Living with HIV" (PLHIV) 01:14, Final messages: Hope, repentance, and the doctor's duty to the community