Sekilas Fakta

Malaysiakini

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM

  1. 5d ago

    RM20 Jadi RM1500? 7 Pegawai ‘Untouchable’? Sindiket Pas Khas Imigresen Dibongkar |EXPLAIN SIKIT EP44

    Pas khas (special pass) imigresen yang sepatutnya berharga RM20 didakwa ditawarkan sehingga RM1,500 menerusi sindiket yang dipercayai membolehkan warga asing tinggal lebih lama di Malaysia.Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, wartawan Malaysiakini B Nanta Kumar membongkar hasil siasatan mengenai dakwaan penglibatan ejen dan pegawai imigresen, serta bagaimana sindiket pas khas ini dipercayai beroperasi. https://www.malaysiakini.com/news/887292-xxxxxSiapa dalangnya dan sejauh mana kegiatan ini berlaku? Ikuti kupasan penuh bersama Jimadie Shah Othman dan Ayesha Sheik Mazrul. ----------------------------------------------------------------------------------►Timestamps1:50 - Latar belakang sindiket pas khas (SP) warga asing 7:43 - Bagaimana bermulanya sindiket SP? 10:57 - Modus operandi sindiket SP 14:51 – Nombor giliran didakwa mencecah RM30018:15 – Wartawan Malaysiakini menyamar jadi pemohon 19:57 – RM20 secara rasmi, RM1,500 melalui sindiket24:14 – Kenapa mereka pakai baju putih?26:21 – Berapa pegawai imigresen didakwa terlibat?28:17 – Sindiket ini semua berlaku dalam bangunan Imigresen29:15 – Siasatan sejak Ogos 2026, apa tindakan JIM?42:12 - Kenapa dapat permintaan tinggi warga asing China?1:03:36 – Salah sistem, kerajaan atau PMX?------------🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara: Jimadie Shah Othman & Ayesha Sheik MazrulPenerbit: Azreen MadzlanJurukamera: Phung Yie WenPenyunting Visual: Phung Yie WenTerbitan: KiniTV

  2. 6d ago

    “The Stupidest Thing” — Salah Ke Mahasiswa Tanya Soalan Tentang Rasuah? | EXPLAIN SIKIT EP43

    Ummi Umairah Bakhit menjadi tumpuan selepas mengemukakan soalan tentang rasuah dan sumbangan kepada bekas perdana menteri Najib Razak di forum iFuture 2026.Tetapi mengapa soalan itu mencetuskan reaksi begitu besar? Adakah mahasiswa tidak boleh mempersoalkan pemimpin apabila isu integriti dibangkitkan?Bagi aktivis mahasiswa Brendon Gan, jasa seseorang pemimpin juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan rasuah.Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Ummi dan Brendon berkongsi pandangan tentang kecaman terhadap mahasiswa yang bersuara, kebebasan aktivisme di kampus, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ketelusan pentadbiran universiti serta prestasi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli.----------------------------------------------------------------------------------►Timestamps00:00 - Saya tanya sebab nak tahu apa pandangan Khairy07:46 - Jasa pemimpin tidak menghalalkan rasuah14:05 - Saya bukan orang suruhan mana-mana parti politik19:26 - Aktivis mahasiswa terlalu emosi?23:34 - Kesatuan mahasiswa turut dipengaruhi parti politik26:42 - Salah guna kuasa juga boleh bermula di universiti30:45 - Rasuah di Malaysia sistemik, dilindungi undang-undang36:00 - Mansuh AUKU - Adakah hanya nak tarik undi anak muda?41:39 - AUKU ada banyak peruntukan bersifat regresif44:57 - AUKU menginstitusikan rasuah, sangat membimbangkan46:52 - Disiasat polis lepas bersuara depan Zambry49:41 - Prestasi Adam Adli - apa kata Ummi, Brendon?56:19 - Undi18 - Pengundi muda dah cukup literasi politik?🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara: Yiswaree PalansamyPenerbit: Azreen MadzlanJurukamera: Tan Fu QiPenyunting Visual: Mohd Azudin ShahTerbitan: KiniTV

  3. 6d ago

    Pak Hassan Kecewa Dengan Nurul Izzah? Kerajaan dilema isu pengampunan Najib? | EXPLAIN SIKIT EP42

    Empat Ahli Parlimen keluar PKR dan menyertai Bersama. Bekas pemimpin yang pernah meninggalkan parti pula diterima semula. Di tengah kemelut dalaman PKR, ke mana hala tuju reformasi?Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berterus terang tentang krisis PKR, kekecewaannya terhadap Nurul Izzah Anwar yang memilih untuk berundur ketika parti dilanda kemelut.Hassan turut mengulas dilema kerajaan dalam menangani isu pengampunan Najib Razak, ketika prinsip reformasi dan tuntutan keadilan terus menjadi persoalan.Dengarkan pandangan lantang Ahli Parlimen Pasir Gudang itu bersama editor Malaysiakini, Yiswaree Palansamy dan Jimadie Shah Othman.----------------------------------------------------------------------------------►Timestamps00:00 – Lepas 4 MP keluar, bagaimana PKR nak 'move on'?10:26 – Wajarkah PKR terima kembali pengkhianat parti?16:48 – Rafizi, Nik Nazmi, Wong Chen, Chean Chung di mata Hassan20:30 – Adakah kemungkinan satukan kembali parti-parti berpecah?24:43 – Belanjawan 2027 demi kesinambungan Anwar dan PKR?30:20 – Mampukah belanjawan tutup kelemahan janji manifesto?36:59 – Kerajaan amalkan 'cash is king' macam BN?40:43 – Nurul Izzah tinggalkan parti ketika krisis - Hassan kecewa?50:22 – PH ada keupayaan bergerak solo dalam pilihan raya?57:39 – Kerjasama dengan UMNO jejas sokongan tegar PKR?1:01:38 – Isu 'royal pardon' - kenapa PH sukar nyata pandangan?1:06:16 – Saya tiada dilema isu 'royal pardon' - Hassan1:10:29 – Campur tangan diraja: Dr M lebih tegas dari Anwar?1:14:28 – Siapa Hassan mahu gantikannya di Pasir Gudang?1:20:00 – Reformasi institusi - NGO kritik, masih tak lulus1:25:17 – Berapa markah Hassan bagi?------------🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara: Yiswaree Palansamy, Jimadie Shah OthmanPenerbit: Azreen MadzlanPenyunting Visual: Firdaus HanafiahTerbitan: KiniTV

About

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM

You Might Also Like