KelakaBelia

KelakaBelia

Sarawak’s youth-focused podcast for real issues. Kamek Madah Ajak Bah! 🎙️

  1. 5d ago

    Episode 16: Scammer Kinek Tok Lebih Rajin Dari Kitak

    🔥 KelakaBelia Ep.16 is OUT NOW! 🔥 “Scammer Kinek Tok Lebih Rajin Dari Kitak” 📱💸 Ramai orang fikir, “Aku sikkan mudah kena scam.” Tapi kinek tok, scammer makin kreatif. Bukan setakat money scam, malah love scam, job scam, fake lifestyle, sampai AI voice cloning & deepfake pun semakin digunakan untuk memperdayakan mangsa. Jadi, sejauh mana kitak benar-benar bersedia menghadapi scam kinek tok? 🤔 Dalam Episod 16 kali tok, kamek orang berkelaka bersama Haziq Fadhullah untuk membongkar realiti dunia scam hari tok. Dari manipulasi emosi dalam love scam, tawaran duit mudah yang nampak terlalu menarik, hinggalah kepada taktik scammer yang mengeksploitasi psikologi dan kepercayaan manusia. 🚨 Scam bukan sekadar pasal duit. Kadang-kadang emosi, kepercayaan dan rasa malu pun boleh jadi senjata scammer. Ketahui kenak org pun boleh menjadi sasaran, apakah red flags yang patut kitak perasan, dan apa yang perlu dibuat mun kitak atau orang terdekat baruk jak sedar dah kena scam. ✨ Scammer semakin rajin, jadi kitak pun kena semakin alert. ✨ Verify dulu sebelum percaya, especially bila melibatkan duit & emosi. ✨ Kena scam bukan bermakna kitak bodoh, yang penting, bertindak cepat dan jangan malu untuk minta bantuan. Santai jak, real talk, no pressure — exactly what KelakaBelia is all about. 💬 📍 Available now on: YouTube | Spotify | Apple Podcasts Jangan lupa like, share & komen! Kamek madah ajak bah! 🔥 #AZAMSarawak #Ibrandium #KelakaBelia #KamekMadahAjakBah #OurSafeSpace

  2. Jul 18

    Episode 12: Seamin Tapi Tak Seiman

    🔥 KelakaBelia Ep.12 is OUT NOW! 🔥 "Seamin Tapi Tak Seiman" ❤️🤔 Di Sarawak, kita membesar dalam masyarakat yang penuh dengan kepelbagaian. Kawan sekolah, kawan universiti, kawan sekerja semuanya datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Bila persahabatan bertukar menjadi cinta, semuanya mungkin terasa mudah pada awalnya. Tapi bila hubungan semakin serius dan mula bercakap tentang perkahwinan, banyak persoalan mula timbul. Agama macam mana? Keluarga boleh terima kah? Adat dan budaya pula macam mana? Dan yang paling penting, adakah cinta sahaja cukup untuk membawa hubungan ini ke alam perkahwinan? Dalam Episod 12 kali tok, kamek orang berkelaka mengenai realiti hubungan dan perkahwinan berlainan agama dalam masyarakat majmuk seperti Sarawak bersama Puan Nur Farhani. Perbincangan tok bukan bertujuan menghakimi mana-mana pihak, tetapi membuka ruang untuk memahami cabaran, tanggungjawab dan perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan besar dalam hidup. ✨ Cinta penting, tapi komunikasi dan kefahaman lebih penting. ✨ Perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua individu, tetapi juga dua keluarga, budaya dan cara hidup. ✨ Setiap keputusan besar memerlukan kematangan, rasa hormat dan tanggungjawab. Santai jak, real talk, no pressure — exactly what KelakaBelia is all about 💬 📍 Available now on: YouTube | Spotify | Apple Podcasts Jangan lupa like, share & komen! Kamek madah ajak bah! 🔥 #AZAMSarawak #Ibrandium #KelakaBelia #KamekMadahAjakBah #OurSafeSpace

About

Sarawak’s youth-focused podcast for real issues. Kamek Madah Ajak Bah! 🎙️