Radio Pendidikan KPM Radio Pendidikan Mendidik Jiwa dan Minda
-
- Education
Himpunan Podcast terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #Podcast Pendidikan
-
Peminangan Puteri Gunung Ledang KOMSAS
SINOPSIS
Selepas kerangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang untuk membezakannya daripada raja-raja lain. Baginda telah menitahkan Tun Mamat untuk melaksanakan tugas peminangan, bersama-sama Laksamana, Sang Setia dan beberapa orang Inderagiri.
Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya hanya Tun Mamat dan dua orang pengiring sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung Ledang. Tun Mamat telah menyaksikan pelbagai keajaiban sewaktu berada di puncak gunung tersebut. Tun Mamat mendapati buluh perindu berbunyi, bunga bunga menyanyi, balai diperbuat daripada tulang. dan atapnya daripada rambut. Setelah diberitahu tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sultan sebelum berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang, Tun Mamat dan rombongannya telah kembali semula ke Melaka. Tun Mamat telah menyampaikan segala perkhabaran kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melupakan hasratnya kerana tidak sanggup memberikan darah anakandanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Puteri Gunung Ledang. -
Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Hindari Sifat Negatif
Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
-
Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Konsep Kenabian
Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapakah nabi dan rasul serta apakah peranan mereka . Seterusnya dijelaskan juga hikmah rasul daripada kalangan manusia. Kecintaan terhadap rasul dapat dipupuk apabila mereka memahami konsep kenabian ini dengan sepenuhnya.
-
SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.
-
SEJARAH TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan
masyarakat sehingga kini. -
SEJARAH TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.